MEMANG AWESOME! TONTON BAGAIMANA PEMBAKARAN ENJIN BERLAKU DENGAN HEAD LUTSINAR - SECARA SLOW MOTION ULTRA HD!


Nak tahu apa yang berlaku di sebalik enjin motorsikal anda semasa ia beroperasi?

Selama ni walaupun kita sedia maklum bagaimana sistem enjin kenderaan seperti kereta dan motorsikal berfungsi, gambaran visual yang kita biasa lihat hanyalah dalam bentuk gambar rajah atau animasi sahaja. Almaklum, semua proses ini berlaku di sebalik komponen yang dibina daripada campuran besi yang semestinya tidak telap cahaya.


Tetapi apa yang telah dibuat lelaki dari Amerika Syarikat ini membolehkan untuk kali pertama kita untuk lihat bagaimana proses pembakaran enjin ini berlaku di sebalik tabir. Berbekalkan enjin mesin rumput dan 'head' yang ditempa sendiri daripada kaca, beliau berjaya merakam proses ini dalam slow motion 4000FPS untuk tatapan kita semua.

Anda boleh tonton rakaman ini melalui pautan Youtube di bawah. Untuk mereka yang tidak sabar, boleh terus langkau ke minit 1:09.


p/s : Inilah gunanya ada internet. Bukan setakat tengok video minah rempit fly atas highway sahaja.

Comments

Trending