Review Pemilik KTM 250 Duke (2021) - NaikTaraf Yang Paling Low-Profile Di Dunia

duke 250 2021

Naik taraf yang paling low-profile di dunia?

Heh, jujur kata aku pun rasa tajuk ni click-bait sangat. Cringe.

Tapi dah lebih 30 hari sejak motor ni keluar kedai (kali ni motor beli sendiri, bukan pinjam), aku rasa tajuk tu well fitting dengan penambah baikan yang KTM dah buat pada 250 Duke atau Duke 250 ni.

Bagi anda-anda yang tak mengenali penulis review ni, sebenarnya aku pernah test ride KTM 250 Duke versi facelift atau kita panggil dia Duke 250 v2 masa mula-mula launch tahun 2017 dulu. Masa tu aku masih contributor untuk blog terkemuka Pandulaju.com.my dan page FB Arena Permotoran. Terima kasih kepada Abang Gan yang bagi peluang dan kepercayaan kepada muka baru ni untuk cover story dan join media test ride bersama otai-otai journalist dan blogger. Kalau berminat boleh baca story first impression dan review lengkap di link bawah ni. Tak mau baca pun takpa, boleh skip terus ke perenggan bawah.

#TunggangUji: Reviu KTM 250 Duke dan 390 Duke (2017), dari USJ ke Bukit Tinggi

#TunggangUji: Analisis Lengkap KTM 250 Duke (2017) - Rupa Agresif, Mantap di Selekoh

Penambah baikan pertama - Power delivery 

Walaupun banyak aku puji Duke 250 v2 dalam review tu, tapi ada satu point kritikal yang buatkan aku kurang bernafsu nak beli (padahal belum mampu masa tu..kikiki).

Throttle kurang responsif pada rev rendah. LEMAU. 

Lemau ni aku describe sebagai kurang daya pecutan pada RPM sekitar 4,000 - 5,000 ke bawah. Kalau bawak meligan dekat Berjaya Hills ke, Fraser ke, tak rasa sangat sebab RPM tu aku memang maintain around 6000 - 7,000 kerana situ la puncak tork dia (7,250RPM secara tepatnya). 

Tapi untuk kegunaan harian, boleh kata kurang memuaskan bagi sebuah motosikal berwajah street fighter dengan enjin single cylinder paling pickup dalam kelas naked 250cc (24Nm). Bayangkan bila traffic light hijau kau pulas throttle tak ingat dunia, tapi motor rasa semput, tersengguk macam kau lari sprint sambil pakai mask. Bila pulas dan lepas, lepas tu pulas lagi, akan rasa delay pada power delivery Duke 250 tu.

So bila aku beli Duke 250 v2 di tahun 2021 ni untuk gantikan Kawasaki Ninja 250SL, aku memang niat nak pencen ride laju-laju, nak santai-santai je sekarang so instead of LEMAU, aku anggap karekter Duke 250 ni more kepada RELAXED riding behavior

Tapi kelaut sudah niat aku tu, sebab berlainan dengan expectation asal, rupanya Duke 250 ni lagi agresif dan lebih bersedia menerkam. Tiada lagi lemau pada rev rendah, dari stop ke go, bila pulas minyak tu cepat je rev naik 6,000RPM - tak ada semput-semput nak sampai situ lagi dah. Pengalaman sama bila downshift untuk ambil selekoh, asalkan berada pada gear yang betul, mudah sahaja nak pecut semula apabila keluar selekoh. Tambahan pula dengan ada slipper clutch, buttery smooth dari entry sampai exit.

Ini perubahan ketara yang aku rasa bila ride Duke 250 baru ni. Aku pasti KTM dah improve sebab power delivery ni antara komplen utama aku masa mula-mula test ride dulu so masih ingat lagi. Dan bukan aku seorang yang perasan sebab bila aku tengok video reviewer India oleh Dino dari Dino's Vault pasal Duke 250 2019 di mana itu merupakan model baru dengan ABS (compare dengan Malaysia, India cuma dapat versi non-ABS pada tahun 2017), dia pun ada mention pasal improvement pada power delivery ni. 

Ini baru satu penambah baikan yang KTM tak canang-canang, tak ada langsung mention dalam website ktmmalaysia.com. Kalau pengeluar lain (motosikal atau kereta) aku rasa bukan setakat heboh ada version baru, siap kira berapa biji skru dah ditukar.

Penambah baikan kedua - Fender hadapan atau mud-guard dengan fork cover.

Antara masalah utama upside down yang diguna pakai pada model KTM sebelum-sebelum ni adalah senang bocor. Bukan nak kata fork tu bermasalah, tapi kurangnya kesedaran pada pemilik untuk bersihkan fork yang membuatkan fork ni mudah bocor. Kalau anda-anda nak tahu, punca utama fork bocor adalah disebabkan kehadiran debu atau pasir halus pada inner tube yang seterusnya melekat pada getah seal fork. Bila debu atau pasir yang melekat pada inner tube ni mencelah masuk ke bahagian dalam fork, ini yang membuatkan getah seal mudah bocor.

Untuk model baru (aku tak pasti sama ada turut digunakan pada model keluaran tahun 2018 hingga 2020), terdapat cover pemisah antara fork dan ruang roda so kotoran yang dibawa daripada rim dan tayar tak mudah melekat pada fork. So setakat sebulan aku pakai Duke 250 ni, bahagian inner fork tu masih bersih dan tak ada tanda-tanda kebocoran. 

Boleh tengok gambar-gambar bawah ni untuk perbandingan model 2017 dulu dan model sekarang.

Ini dari belah dalam Duke 250 2017, boleh nampak batang inner tube sebelah kanan terdedah.

Ini gambar Duke 390 v2 sebab aku tak ambil gambar jelas Duke 250 masa ni. Boleh lihat, tiada cover di situ so tampak jelas disc break sebelah kiri.



Ini pula fender Duke 250 v2 aku. Mungkin kurang jelas tapi boleh perasan, tak nampak bayang disc break sebelah kiri.

Walaupun cuma perubahan kecil, tapi memberi impak besar kepada peningkatan jangka hayat fork ni. Namun begitu aku sarankan untuk tetap beri perhatian pada bahagian ni dengan selalu lap atau cuci inner tube dan sekitar getah seal.

Penambah baikan ketiga - Cover plat pada sisi catalytic converter (catcon)

Ini aku tak pasti sama ada betul-betul berkesan atau tidak, tapi mana-mana owner pun sedia maklum, memang mudah terasa bahang pada kaki kiri bila menunggang motorsikal KTM ni especially bila berhenti di traffic light untuk beberapa minit.

Berbanding dengan model 2017, untuk model baru ni aku perasan ada cover plat betul-betul pada bahagian catcon. Berdasarkan rekaan dia yang berlubang-lubang tu, aku yakin memang tujuannya untuk memperlahankan penyebaran bahang panas ke kaki penunggang.

Jujur kata, aku tetap rasa panas pada kaki kiri bila berhenti di traffic light dalam cuaca terik tengah hari. Tapi mungkin juga panasnya kurang berbanding model lama sebab buat masa ni ke mana-mana aku selalu pakai seluar cargo yang kainnya kurang tebal berbanding seluar jeans. Apa-apa pun, aku tetap rasa ini masih satu penambah baikan berbanding rekaan model 2017 walaupun perbezaannya tak dapat betul-betul di rasai melainkan aku tunggang dua-dua model baru dan lama dalam tempoh masa yang sama.

Boleh rujuk gambar di bawah untuk lihat perbandingan.

Model 2017. Catcon terdedah.

Model sekarang. Cover plat pada bahagian catcon.


Penutup

Aku pernah juga test ride Honda CB250R (boleh klik link bawah ni). Masa tu compare Duke 250 v2 dengan CB250R, aku rasa CB250R adalah the bettter naked single cylinder 250cc. Smooth pada low RPM ada, top speed pun ada - CB250R senang-senang jejak lebih 160kmj compare dengan Duke 250 yang putus nafas sekitar 150kmj. Keyword di sini, smooth pada low RPM sebab walaupun torque tak setinggi Duke, at least power delivery smooth compared dengan Duke yang boleh rasa sengguk dia pada putaran bawah, sebelum kita pulas lebih 5000RPM.

#TunggangUji: Honda CB250R - Retro Moden dengan Resepi Gaya dan Keunggulan

So kalaulah aku tak beli dan merasa test ride semula Duke 250 v2 pada tahun 2021, memang aku suggest untuk consider Honda CB250R kalau ada orang minta suggestion motor naked apa yang branded dan sedap ride dalam bandar dan buat jalan jauh atas highway. Tapi lepas rasa sendiri perubahan pada Duke 250 ni, aku boleh kata Duke 250 antara pesaing terkuat dalam segmen naked 200-250cc. Walaupun CB250R mempunyai top speed yang lagi tinggi, termasuk juga Yamaha MT-25 dan Kawasaki Z250, KTM 250 Duke ni mempunyai karekter yang unik dengan fokus kepada pikap (torque) dan kendalian agresif. 

Karekter ni bagi aku sesuatu daya tarikan penting dalam memilih sesebuah motorsikal. Bila kita beli motor KTM, kita expect motor ni pikap tinggi, boleh pecut kalahkan motor dwi-silinder, layan corner sedap walaupun top speed kurang.

Sebelum ni aku rasa Duke 250 kurang menepati imej KTM yang aku bayangkan, tapi untuk model baru ni aku rasa ia adalah versi terbaik Duke 250 buat masa sekarang - karekter motor dengan pikap tinggi ada, praktikaliti pun ada especially dengan tambahan cover fork dan catcon yang disebut tadi. So kalau anda-anda tengah consider nak beli Duke 250 baru atau second hand tahun 2017, berbaloi consider untuk beli Duke 250 baru atau mana-mana model KTM Duke yang dah diberi tiga penambah baikan ni termasuklah Duke 200 dan Duke 390. Cuma seperti yang aku kata awal-awal tadi, KTM low profile bab penambah baikan dan perubahan yang mereka buat. Jangan jadikan review semata-mata sebagai penentu keputusan anda-anda, sebaiknya buat test ride dan memang kita boleh request untuk test ride mana-mana motor KTM dengan klik link di bawah dan isi borang yang disediakan.

https://www.ktmmalaysia.com/request-a-test-ride/

So sekian sahaja review aku, kalau ada salah-silap aku mohon maaf siap-siap. Share dan komen sekali experience korang kalau korang pun rasa apa yang aku rasa, mana tau kot-kot aku syok sendiri...haha.




Comments

Trending