Bahagian 2.3 Graphics Settings Yang Biasa Dijumpai - View Distance & Field of View, Refresh Rate & VSync

View Distance & Field of View


Kiri: view distance low, Kanan: view distance high. Perhatikan pokok-pokok extra yang berada jauh ke ufuk pada gambar sebelah kanan.


Fungsi: Kedua-dua settings ini menentukan "apa" yang kita dapat lihat dalam game. View distance atau Draw distance pada sesetengah game merujuk kepada jarak penglihatan seperti yang ditunjukkan di atas menentukan seberapa jauh kita dapat lihat tanpa membuang perincian. Jalankan game pilihan seperti Skyrim atau GTA IV dan tentukan supaya karekter melihat ke arah garis ufuk (horizon) bumi. Semakin tinggi settings View Distance ini semakin banyak objek yang kita dapat lihat mengarah ke garis ufuk.  Pada settings yang rendah objek-objek ini tetap ada cuma akan kelihatan muncul secara tiba-tiba apabila kita bergerak ke arah mereka.

Perbezaan untuk berbilang settings FOV dalam Skyrim. Untuk setiap penungkatan FOV karekter kelihatan lebih jauh.


Field of view (FOV) berbeza sedikit di mana ia melibatkan keluasan medan penglihatan. Semakin tinggi nilai settings ini semakin banyak objek yang kita lihat pada sisi kiri dan kanan karekter tetapi ia turut membuatkan objek di hadapan "mata" karekter kelihatan mengecil atau semakin jauh. 

Impak: Kebiasaannya view distance memberi impak yang sederhana tetapi bagi game seperti GTA IV di mana terdapata banyak karekter tambahan (non-playable character/NPC) dan objek yang bergerak maka perbezaan settings antara tinggi dan rendah amat ketara.

Cadangan: Penulis mencadangkan hanya mengubah kedua-dua settings ini jika perlu. Field of view pula bergantung kepada cita-rasa individu - Field of view yang tinggi membenarkan kita lebih cepat berinteraksi dengan objek yang berada di sebelah sisi tetapi turut menyukarkan apabila ingin menyasar (aim) target dalam game first person shooter disebabkan ia kelihatan mengecil daripada biasa. 

Refresh Rate dan VSync

Perhatikan screen tearing pada Tear Point #2 menunjukan garisan lorong pejalan kaki tidak selari.


Fungsi: Refresh rate merujuk kepada seberapa banyak kali monitor kita melukis semula (refresh) imej yang dipaparkan atas skrin pada setiap saat. Jika mempunyai monitor 60Hz yang penulis merasakan masih popular di kalangan PC gamer di Malaysia ini bermaksud skrin akan refresh monitor sebanyak 60 kali setiap saat - walaupun kita mendapat lebih banyak frame (fps) di dalam game. Bacaan FPS dalam game merujuk kepada seberapa banyak frame yang graphics card kita janakan, bukan bermaksud berapa banyak yang kita lihat. Monitor 120Hz wujud bagi menampung keperluan gamer yang mahukan pengalaman yang lebih lancar kerana monitor ini mampu memaparkan 120 frame setiap saat.

Jika mendapat lebih frame dalam game daripada yang mampu dipaparkan oleh monitor,  akan terjadinya situasi "screen tearing" di mana terdapat frame baru akan tertindih dengan frame lama dan menghasilkan efek seperti yang dapat dilihat pada contoh di atas.

Impak: VSync akan tetapkan/kunci frame rate kepada 60FPS atau 120FPS mengikut spesifikasi monitor. Masalah dengan VSync terutamanya pada game-game lama, jika frame rate jatuh kurang daripada 60fps pada masa-masa tertentu ia akan kunci frame rate pada 30fps yang mana merupakan impak performance yang berat.

Walaubagaimanapun jika terdapat pilihan untuk "Triple Buffering", patut di-On sekali bersama-sama dengan VSync. Triple buffering membantu mengurangkan impak performance drop pada VSynce dengan menghasilkan pergerakan game yang lebih lancar dan bebas tearing. 

Cadangan: Jika mempunyai masalah screen tearing dan game sentiasa memaparkan lebih daripada 60fps pada 60Hz monitor, turn on VSync. Jika tiada masalah tearing atau game tidak mampu memaparkan lebih dari 60fps disarankan untuk turn off terus. Sesetengah game sekarang menyediakan VSync yang sedia ada Triple Buffering atau Adaptive VSync, yang mana buat setakat ini turut terdapat pada graphics card Nvidia melalui Nvidia Control Panel. Dikenali sebagai Dynamic VSync untuk AMD pula ia hanya boleh didapati jika menggunakan RadeonPro untuk mengubah tetapan grafik. 

Jika dibanding dengan VSync + Triple Buffering, kelebihan Adaptive VSync ialah VSync hanya aktif apabila frame rate melebihi refresh rate monitor dan Off secara langsung apabila frame rate kurang daripada itu - maka tiada input lag seperti mana yang diperoleh jika menggunakan Triple Buffering.
Apa-apa pun jika terdapat pilihan untuk menggunakan kedua-dua ini, penulis sarankan untuk gunakan Adaptive VSync jika menggunakan monitor 60Hz dan VSync + Triple Buffering bagi mereka yang mengunnakan monitor 120Hz.

Sumber Rujukan Yang Disarankan

Sepanjang 4 bahagian ini, penulis hanya memberikan asas-asas yang mudah difahami bagi newbies, jika berminat lebih lanjut mengenai Graphics Settings ini disarankan untuk membuat rujukan di website-website berbahasa inggeris berikut: 

  • Gamer Graphics& Display Settings Guide daripada TweakGuides.com. Panduan ini menerangkan dengan lebih teknikal mengenai bagaimana komputer melakar imej-imej pada paparan skrin dan lebih terperince mengenai bagaimana setiap setting berfungsi.
  • NVIDIA's Optimize guides, yang mana melibatkan settings secara terperinci untuk setiap game jadi jika game pilihan anda tersenarai dalam panduan tersebut disarankan untuk mencuba settings yang diberikan. Panduan ini juga berguna walaupun tidak menggunakan graphics card Nvidia.
Sebagai penutup, panduan-panduan ini cuma membantu untuk mendapatkan graphics yang terbaik dengan hardware yang sedia ada. Untuk mendapatkan performance yang terbaik hanyalah dengan upgrade PC anda atau paling kurang. overclock. Apa-apa pun melainkan anda mempunyai komponen yang terbaik, tweak settings merupakan cara yang paling mudah dan murah maka cuba pelajari langkah-langkah yang diberikan, fahami prosesnya dan anda akan keluar dari kumpulan newbies dalam masa yang singkat.


Credit:
Thanks to Whitson Gordon from lifehacker,com for his awesome guide "Get More From Your Games: A Beginner's Guide to Graphics Settings" which I've used as a basis for these series of articles.


Comments

Trending