Road vs Race Shift : gear sungkit terbalik?

PERBEZAAN DAN KEPERLUAN


Untuk kebanyakan pengguna motorsikal di Malaysia, majoriti sedia maklum terdapat dua jenis gear shift pattern yang biasa digunakan; rotary dan sungkit. 



Tetapi untuk yang pernah menukar footrest aftermarket (untuk tinggikan kedudukan footrest) mungkin ada mendengar atau mengalami shift gear terbalik dan merasakan perkara ini sesuatu yang menjengkelkan sebab perlu menukar cara shifting dan ambil masa untuk adaptasi.




Kali ni penulis akan menerangkan serba sedikit tentang kelebihan gear yang nampak pelik tersebut. Teruskan membaca~




APA YANG BERBEZA

Sebelum itu sedikit penjelasan untuk refresh semula pemahaman kita tentang shift pattern motor ni.
Dua2 jenis shift pattern, Rotary dan Road ni memang datang dari kilang tanpa perlu modifikasi.

Rotary



Upshift (naikkan gear) dengan menekan pedal hadapan gear. Pattern N-1-2-3-4
Downshift (turunkan gear) dengan menekan pedal belakang gear. Pattern 4-3-2-1-N.
Biasanya shift pattern ni terdapat pada kapchai berkuasa rendah, yang mana hampir semua tidak menggunakan klac tangan seperti Honda EX5, Yamaha Lagenda. 

Sungkit (Road shift)



Upshift dengan menyungkit pedal gear mula dari gear 2. Untuk upshift gear 1 ke N sahaja perlu ditekan. Pattern 1-N-2-3-4-5-6
Downshift dengan menekan pedal gear. Pattern 6-5-4-3-2-N-1.
Biasanya shift pattern ni mula terdapat dari kapchai sehingga motorsikal yang berkuasa tinggi dan mengguna klac tangan seperti Yamaha 125z, Fz150i sehinggalah sekuat motorsikal Kawasaki H2.

Race (GP setup)


Sama sahaja pattern dengan sungkit cuma cara pelaksanaan terbalik.
Upshift dengan menekan pedal gear mula dari gear dua manakala sungkit untuk upshift dari N ke 1. 
Downshift dengan menyungkit dari gear atas sehingga ke gear 2 dan tekan untuk ke gear 1.



contoh footrest aftermarket untuk Fz150i yang menggunakan Race shift
Untuk shift pattern Race ni selain modifikasi mudah untuk pengguna sportbike, kebiasannya didapati pada aftermaket footrest untuk motorsikal berkuasa rendah seperti kapchai dan naked bike; contoh Yamaha LC135, Fz150i.

Bagi pengguna motorsikal sportbike mungkin tiada keperluan untuk menukar ke set aftermarket kerana kedudukan footrest sudah cukup tinggi tetapi untuk pengguna kapchai atau motor naked yang merasakan kedudukan footrest asal yang rendah menggangu sudut corner mungkin rasa menjengkelkan apabila terpaksa adaptasi dengan shift pattern yang baru hanya sebab untuk menaikkan kedudukan footrest - tanpa memahami rasional kelebihan shift pattern tu.

KELEBIHAN 


kalau dah sebegini rendah nak selit kaki macam mana kan?
Kelebihan utama  menggunakan race shift adalah di selekoh/corner. Terutamanya semasa keluar selekoh dia mana posisi badan kita tergantung/hanging off di sisi motor dan perlu menukar gear tinggi semasa motor dalam keadaan miring. 

Untuk motor yang menggunakan Road shift, penunggang perlu menyelitkan kaki ke bawah pedal untuk menyungkit ke gear seterusnya. Ini agak sukar dilakukan apabila mengambil selekoh ke kiri kerana kelegaan ruang antara footrest ke permukaan jalan adalah sedikit dan berisiko untuk ibu jari kita terseret jika sudut kemiringan agak rendah.

Untuk selekoh ke kanan juga terdapat kelebihan yang mana semasa badan kita dalam posisi tergantung ke sebelah kanan adalah lebih mudah untuk mencari kedudukan pedal dengan hujung ibu hari dan terus menekan tuil gear daripada terpaksa menjangkaukan hujung jari untuk menyelit ke bawah pedal.

Majoriti penunggang (terutama pengguna sportsbike) bersetuju di atas track perlumbaan, Race shift amat membantu dan sebab itu kebanyakan mereka yang mana sudah sedia maklum mengenainya tanpa ragu-ragu mengubah-suai motor mereka untuk menggunakan shift pattern ni semasa perlumbaan tambahan pula pengubah suaiannya agak ringkas dengan hanya menterbalikkan kedudukan komponen penukaran gear.
Untuk mereka yang menggunakan kapchai atau naked bike dan merasakan perkara ini menjengkelkan selepas menukar ke racing aftermarket footrest, kini anda faham apa rasionalnya pengeluar seperti Racing Boy menggunakan shift pattern ini pada produk mereka. 

BAHAYA 

Ambil kira dengan menggunakan Race shift ni kita menukar cara menukar gear yang sudah lama sebati dengan diri kita sehingga dapat kita lakukan tanpa banyak berfikir, agak bahaya apabila terkadang kita lupa yang pattern shift telah ditukar terutamnya apabila menghadapai saat kecemasan di mana kita terlalu panic untuk berfikir. Jika kita sebagai pemilik motorsikal pun boleh rasa janggal walaupun telah menunggang sekian, apatah lagi untuk sahabat2/ saudara mara yang berniat meminjam motor kita untuk ride ke pekan memancing awek. 

Akhir sekali ia turut membuatkan downshift lebih sukar, kerana sudah pasti menekan pedal untuk Downshift adalah lebih mudah dari menyungkit terutamanya semasa tahap awal adaptasi. Untuk penunggang yang mengehadkan penggunaan Race shift di track mungkin tidak menghadapi masalah ini seteruk penunggang yang menggunakan cara shift ni sebagai tunggangan harian untuk ke sekolah atau ke tempat kerja dan pelu menempuh lalu lintas yang sesak dan perlukan penukaran gear yang kerap.

ADAKAH RACE SHIFT LEBIH BAGUS?

Tak semestinya lebih bagus, cuma berbeza.

Untuk penggunaan dalam track atau di jalanan yang banyak selekoh, mungkin kelebihan Race shift lebih terserlah tetapi untuk penggunaan harian mungkin terasa ia menyusahkan.

Apa-apa pun terpulang pada penunggang sebab lain orang lain rasa. Max Biaggi yang merupakan pelumba motorsikal bertaraf dunia antara yang masih menggunakan road shift untuk perlumbaan - Pemenang perlumbaan 250cc, Moto GP dan World Superbike, boleh dikatakan pemilihan Road shift pattern oleh beliau tidak menjadi halangan baginya.



*artikel adaptasi dari biketrackdayshub.com/road-vs-race-shift-pattern








Comments

Trending