Panduan Newbies Overclocking Tool: MSI Afterburner - Monitoring dan Overclocking

Bagi PC Gamer yang hendak melangkah masuk ke dunia overclocking pasti akan terdengar mengenai MSI Afterburner / Afterburner yang biasa dicadangkan oleh otai-otai PC Gaming. Walaupun terdapat perlbagai lagi overclocking software di pasaran, MSI Afterburner tetap menjadi pilihan utama dan kali ini ZY akan menerangkan sedikit sebanyak mengenai software yang cukup popular ini.

Daripada namanya, jelas MSI Afterburner merupakan produk MSI yang mana ia merupakan kolaborasi dengan Alexey Nicolaychuk, developer RivaTuner yang merupakan overclocking software pilihan sebelum ini. Afterburner menggunakan teras RivaTuner sebagai asas dan antara-muka (interface) daripada MSI - hasilnya features yang tidak terdapat pada overclocking software yang lain.



Walaupun pengfokusan Afterburner lebih kepada graphics card MSI, tools ini masih boleh digunakan oleh jenama graphics card yang lain seperti Asus dan Sapphire dengan graphics card yang berasaskan teras NVIDIA dan AMD


Tanpa menlengahkan masa kita teruskan dengan mengfokuskan kepada 2 tujuan utama Afterburner ini, memantau (monitoring) status graphics card dan overclocking. Sebelum itu dapatkan dan install version terbaru MSI Afterburner di sini (klik pada ruangan Download).


MONITORING

Antara perkara utama yang dititik beratkan semasa overclocking ialah load dan temperature. Load di sini bermaksud seberapa berat penggunaan GPU manakala temperature seperti yang kita maklum berkait dengan suhu.

Pertama sekali apabila memulakan MSI Afterburner kita akan ditayangkan dengan interface seperti di bawah ini.



Bagi tujuan monitoring kita akan fokuskan kepada panel sebelah kanan dahulu yang terdapat segala macam graf. Graf-graf ini di-update mengikut keadaan semasa jadi sekiranya anda berniat untuk melihat graf-graf ini selepas menutup game maka bacaan yang akan dipaparkan ialah semasa idle dan bukan semasa bermain.Untuk memudahkan monitoring semasa dalam permainan kita perlukan statistik -statistik ini dipaparkan pada OSD (On-Screen Display) yang mana perlu diaktifkan terlebih dahulu.

Mula-mula klik pada Settings



Pergi ke bahagian Monitoring



Pada bahagian Active hardware monitoring graphs kita boleh pilih apa yang ingin dipaparkan pada OSD.



Di sebelah kiri terdapat pelbagai graf yang boleh dipilih. Untuk memilih, klik pada graf yang diinginkan sehingga ia bertanda 'Check' (atau tanda right baK kata orang melayu) kemudian pilih bagaimana cara statistik graf itu akan dipaparkan sama ada Show in On-Screen Display, Show in Logitech keyboard LCD display atau Show in tray icon. Seperti FRAPS, memilih Show in On-Screen Display akan memaparkan statistik pada penjuru srin manakala untuk LCD ia akan dipaparkan jika mengguna LCD yang disupport seperti yang terdapat pada keyboard Logitech G510. Setelah siap pilih hanya tekan butang ok dan OSD sudah sedia untuk dipaparkan. Kebiasaanya penulis akan memilih option yang dirasakan relevan semasa overclock seperti GPU speed, usage dan temperature, Memory temperature, Framerate untuk memantau FPS serta Fan speed. Perhatian - hanya graf bagi sensor yang boleh dibaca sahaja yang akan ditunjukkan. Sesetengah graphics card tidak support gpu voltage monitoring jadi grafnya tidak boleh dipilih.

Seterusnya ke tab On-Screen Display boleh digunakan untuk mementukan hotkeys sekiranya berminat untuk toggle paparan OSD ini. (Toggle = on/off). Untuk ini penulis menetapkan kombinasi hotkeys Ctrl-Alt-T untuk mengelakkan konflik dengan keys dalam game. Di bawahnya pula terdapat butang More jika ingin mengubah rupa paparan OSD ini.



Biasanya penulis hanya ubah pada bahagian kedudukan dan warna sahaja, yang lain-lain dibiarkan pada default.



Jika tiada masalah, Afterburner akan memaparkan statistik di bawah selepas game dimulakan.



Fan Control



Selepas memantau suhu dan merasakan suhu graphics card agak tinggi sebelum overclock dan ingin rendahkannya, atau merasakan suhu sudah cukup dan ingin mengurangkan bunyi yang datang dari kipas - kedua-dua ini boleh diselesaikan dengan mengubah tetapan kelajuan kipas kepada tetapan manual.

Selepas menyah-aktifkan tetapan automatik dengan klik butang Auto, pengguna boleh gerakkan slider antara Min dan Max untuk memilih kelajuan kipas dalam %. Dalam contoh di atas, 68 bermaksud kipas akan berpusing maksimum pada 68% - klik Apply selepas itu untuk tetapkan. 

Pengguna juga boleh mengubah kelajuan kipas melalui custom fan profile yang boleh diakses melalui menu Settings>Fan. Untuk ini penulis biasanya menetapkan 100% pada suhu 75c ke atas untuk mengelakkan graphics card cepat panas.



OVERCLOCKING 



Dengan slider Core Clock dan Memory Clock pengguna boleh mengubah tetapan kelajuan clock rate GPU dan VRAM. Di sini terdapat perbezaan jika menggunakan graphics card Nvidia dan AMD terutamanya pada model Nvidia yang mempunyai fungsi GPU Boost. 

Bacaan Afterburner dan GPU-Z pada Nvidia GTX 970


Pada graphics card Nvidia yang mempunyai Boost, Afterburner akan menunjukan nilai slider dalam betuk + atau - ; tambah bagi overclock dan minus bagi downclock. Seperti contoh di atas yang menggunakan Nvidia GTX 970, +175 bermaksud +175MHz ke core clock menjadikan 1315Mhz dan +500MHz kepada memor clock menjadikan 2003MHz daripada 1753Mhz.

Bacaan Afterburner dan GPU-Z pada AMD R9 270X


Manakala bagi graphics card AMD dalam contoh ini AMD R9 270x, graf yang dipaparkan adalah lebih telus maka pengguna boleh terus memilih nilai clock yang diinginkan tanpa pelu mengira hasil tambah-tolak.

Mungkin ada pembaca-pembaca yang perasan mengapa bagi GTX 970 yang mempunyai overlock 500MHz tetapi pada GPU-Z pula pertambahan hanya sebanyak 250MHz. Saya akan terangkan sedikit mengenai data rate memory sebelum meneruskan lebih lanjut.

Memory Data Rate

Untuk pengetahuan pembaca, nilai yang dipaparkan pada Afterburner (bagi AMD dan graphics card Nvidia yang tidak mempunyai Boost) dan GPU-Z merujuk kepada kelajuan 'sebenar' memory tersebut dalam nilai data rate DDR2. 
Untuk mengetahui kelajuan efektif (seperti yang tertera pada spesifikasi graphics card) bagi GDDR3 dan GDDR5, pengguna perlu mengganda dua untuk VRAM GDDR3 (double data rate bagi DDR2) dan ganda empat untuk VRAM GDDR5 - (double data rate dari GDDR3 maka 2x2 = 4 atau quad data rate bagi DDR2). Dalam kes GTX 970 yang mempunyai Boost, graf yang dipaparkan adalah dalam double data rate untuk DD2 maka perlu ingat supaya bahagi nilai tersebut kepada dua bagi mendapatkan nilai yang diinginkan pada GPU-Z. 

Overvolting



Jika mempunyai akses untuk overvolting, menaikkan nilai core voltage membantu memberikan lebihan kuasa jika mengenakan overclock dengan nilai yang tinggi. Pada mereka yang menghadapi masalah slider core voltage tidak boleh diubah, boleh cuba aktifkan unlock voltage pada ruangan Settings-General terlebih dahulu seperti gambar di bawah.



Power Limit



Option ini hanya boleh didapati pada mereka yang menggunakan graphics card Nvidia GTX600 ke atas yang mempunyai feature GPU Boost. GPU Boost merupakan feature yang akan meng-overclock graphics card secara automatik selagi tidak melepasi kadar kuasa (TDP) semasa di bawah bebanan (under load). Dengan Power Limit slider boleh diubah melepasi TDP limit dalam bentuk % - sebagai contoh jika ditetapkan pada 120% GPU Boost tetap boleh meningkatkan (boost) clock rate walaupun sudah mencapai 100% TDP.



Temp Limit




Mulai GeForce GTX700 series, Nvidia memperkenalkan GPU Boost 2.0 yang menambahTemp Limit di samping Power Limit - maka boost bukan sahaja ditentukan dari nilai Power Limit, ia juga ditentukan daripada Temp Limit. Untuk mengakses Temp Limit, hanya klik pada anak panah di sebelah Power Limit dan Temp Limit akan ditunjukkan di bawah.

Seperti gambar di atas, nilai asal target temp ialah 79c di mana selagi suhu di bawah 79c GPU Boost akan dijalankan dan dengan meningkatkan nilai ini membenarkan Boost pada suhu yang lebih tinggi.
Pada konfigurasi asal, Power dan Temp limit dihubungkan bermakna menaikkan Power Limit akan turut menaikkan Temp Limit. Jika ingin mengubah tetapan ini hanya uncheck pada Link. Klik pada Prioritize untuk menentukan sama ada Power atau Temp menjadi faktor utama untuk boost.

OC Profiles dan mengaktifkan overclock secara automatik pada system startup



Selepas mengubah tetapan-tetapan di atas pengguna boleh menyimpan tetapan tersebut menggunakan 5 profail yang telah disediakan.Hanya pilih pada nombor profail yang ingin digunakan dan klik save. Jika inginkan overclock di aktifkan secara automatik setiap kali system startup hanya klik pada butang yang tertera hingga ia menyala hijau. Seperti OSD, profail-profail overclock ini juga boleh diaktifkan menggunakan hotkeys - pergi ke Settings>Profiles untuk menentukan hotkeys.



Credits : MSI Global English Forum

Comments

Trending