[Edisi Musim Hujan] Tayar Mantop Harga Meletop di ACAI TAYAR

Haa... tajuk nak TOP saje.

Kali ni penulis nak share pasal sebuah kedai tayar motorsikal yang menawarkan tayar berkualiti pada harga amat mampu milik. Untuk pengetahuan, penulis tiada apa-apa hubungan dengan pemilik kedai selain sebagai pelanggan yang berpuas hati dengan harga dan servis yang ditawarkan - dan paling penting berdekatan dengan kediaman penulis.











Memandangkan musim hujan sekarang ini, terutamanya pada waktu petang di mana ramai penunggang mula meninggalkan tempat kerja adalah penting untuk pastikan pengendalian motorsikal kekal selamat. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan tayar yang mempunyai cengkaman jalan yang kuat - tapi biasa la, barang baik selalunya harga pun 'baik' juga jadinya ramai penunggang yang kurangkan bajet dalam bab tayar ni padahal tayar ni satu elemen yang penting kerana ia yang menghubungkan kita dengan jalan. Bukan bermaksud tiap kali musim hujan je terus tukar tayar, agak-agak sendiri sama ada keadaan tayar sekarang mampu menampung tunggangan basah atau tidak. Lebih-lebih lagi jika penunggang jenis yang mengamalkan tunggangan sporty seharian (ulang alik kerja corner cecah foot rest dekat selekoh kluar tol - siapa selalu buat angkat tangan.haha).







ACAI TAYAR yang terletak berdekatan dengan Jabatan Pendaftaran Negara Seksyen 8 Kota Damansara menawarkan pelbagai tayar berjenama terkenal dalam bidang permotoran pada harga yang penulis rasakan agak murah jika dibandingkan dengan tayar yang dibeli di kedai-kedai motorsikal sekitar. Apa yang penulis nak highlight-kan di sini, tayar Corsa Sport Rain yang tahan lama dan cengkaman tinggi semasa tunggangan dalam hujan hanya berharga RM108 untuk saiz 100/80! Cuba bawak RM108 tu pergi kedai biasa tanya tayar apa korang boleh dapat.



Lepas telek satu persatu tayar-tayar yang ditawarkan, berbekalkan bajet extra, penulis sambar Corsa Platinum R99 100/80/R17 untuk si kuda hitam. Hanya RM148 + RM7 upah pasang, rasa amat berbaloi dengan bunganya yang menarik dan agak tebal. Corsa Sport Rain 100/80/R17 pula penulis belikan untuk ayah penulis yang menjadikan LC135 v2 sebagai tunggangan ke tempat kerja. Untuk pembaca yang tertanya-tanya saiz apa yang ditawarkan, sepanjang pemerhatian penulis saiz tayar yang ada merangkumi saiz popular untuk kapchai sehingga ke motorsikal 250cc - untuk lebih kepastian boleh hubungi FB page-nya terus (link di sini)


Keseluruhannya penulis amat-amat berpuas hati dengan servis dan produk yang ditawarkan. Owner kedai pun mesra pelanggan dan amat membantu dalam pemilihan tayar - jangan takut nak tanya soalan ke dia, dia tak makan orang.


Sekiranya tuan ada terbaca blog picisan ini, keep up the good work dan semoga bisnes kekal maju!


Comments

  1. Sangat setuju....baru minggu lepas pergi kedai ni...harga yang berpatutan..terus pasang pirelli angel ct depan belakang untuk lc...fully recommended untuk siapa yang berhajat nak tukar tayar...
    ## saya juga tiada apa 2 hubungan dengan toke kedai ni yer...toke nyer pon saya tak kenal...

    ReplyDelete

Post a Comment

Trending