Perbandingan Spesifikasi : Honda CBR250RR (2016) vs Honda CBR250R (2014)
Sejak 5 tahun selepas Honda CBR250R dilancarkan, nama ini masih kedengaran asing di kalangan peminat permotoran tempatan hinggalah beberapa hari lalu. Ini kerana Honda telah melancarkan CBR250RR untuk tahun 2016 di Indonesia yang mana kali ini tampak lebih garang dan lebih sporty jika dibandingkan dengan keluaran sebelum ini (2011 dan facelift 2014).
Tambah menakjubkan lagi, seiring penampilan yang lebih garang, perubahan paling besar ialah CBR250RR kali ini menampilkan enjin 2 silinder selari (twin parallel) yang dijangka bakal membuatkan sportbike quarter liter Honda ini bersaing hebat dengan nama-nama gah arena sportbike 250cc tempatan seperti Yamaha R25 dan Kawasaki Ninja 250R!
Apa-apa pun, itu cerita untuk masa akan datang. Kita teruskan dahulu dengan perbandingan spefisikasi antara model baru dan model lama Honda CBR250 ini.
Comments
Post a Comment