Tips Mounting Action Cam (GoPro / SJCAM dan sewaktu dengannya)

Apa guna action cam mahal-mahal kalau rakaman hambar, betul tak?
Ikuti artikel kali ini untuk tips pemasangan atau mounting action cam yang diharap dapat membantu anda untuk mendapatkan shot yang lebih awesome!

Dengan lambakan kamera aksi (atau bahasa popularnya - action cam) yang kini berharga semurah RM164.50, buatkan aktiviti merakam aksi lasak semakin mudah dijangkau oleh pengguna di Malaysia - oleh demikian biasa kita lihat pengguna media sosial post video rakaman mereka tapi biasalah, kualiti rakaman ada yang ok, tapi banyak yang syok sendiri, haha.

Salah satu cara paling mudah untuk perbaiki masalah ini adalah dengan memilih mounting yang sesuai dengan video yang anda mahu rakamkan. Mounting di sini lebih merujuk kepada bagaimana dan di mana anda pasangkan action cam tersebut semasa proses rakaman dan setiap posisi mounting memberikan hasil dan impak yang berbeza.

Apakah lokasi mounting yang terbaik?

Ini bergantung kepada apakah hasil yang anda mahukan. Sama ada untuk merakam aksi bersama kawan-kawan rider untuk hiburan atau rakaman cara penunggangan anda sendiri untuk rujukan akan datang (untuk showoff atau perbaiki gaya tunggangan) - contohnya untuk rakaman tunggangan sendiri di atas litar, mungkin anda mahu fokus kepada line yang anda ambil serta timing shifting manakala untuk rakaman bersama rakan konvoi, mungkin anda mahu sudut rakaman yang luas dan mudah diubah posisi supaya dapat merakam gelagat setiap peserta konvoi. Situasi-situasi seperti ini memanfaatkan posisi mounting dan sudut kamera yang berbeza antara satu sama lain. 
Ringkasnya, untuk tentukan posisi mounting terbaik, tentukan hasil yang anda mahukan terlebih dahulu dan semestinya eksperimen dengan pelbagai posisi hingga jumpa yang paling menepati cita rasa.


Posisi Mounting : Pros dan Cons

Setiap posisi mounting yang dinyatakan ada kebaikan dan keburukan masing-masing, dan terpulang kepada cita rasa anda untuk tentukan mana satu yang 'terbaik' berdasarkan tips-tips di bawah.

Mounting Helmet (Atas)



Pros
  • Mendekati pandangan point of view (POV) dari mata penunggang (walaupun perspektif agak tinggi)
  • Gegaran dari motorsikal tidak memberi impak kepada kamera
Cons
  • Mungkin kelihatan kelakar dan bakal menarik perhatian
  • Boleh akibatkan rintangan angin pada kelajuan tinggi, mengakibatkan helmet terasa ditarik ke belakang
  • Penonton mungkin merasa tidak selesa menonton jika terdapat banyak pergerakan kepala
  • Boleh tersangkut pada dahan pokok dan sebagainya jika menunggang off road.
Terbaik untuk : Merakam rider yang berada di belakang anda, terutamanya rakaman group riding.
Mounting yang sesuai : Mounting standard dengan Curved Adhesive Base


Mounting Helmet (Sisi)



Pros
  • Mendekati pandangan point of view (POV) dari mata penunggang (walaupun perspektif agak ke sisi)
  • Gegaran dari motorsikal tidak memberi impak kepada kamera
  • Rasa lebih natural dengan posisi rendah daripada mounting atas helmet
Cons
  • Boleh akibatkan rintangan angin pada kelajuan tinggi, mengakibatkan helmet terasa ditarik ke sisi
  • Penonton mungkin merasa tidak selesa menonton jika terdapat banyak pergerakan kepala
  • Akan menampakkan bahagian sisi helmet setiap masa 
Terbaik untuk : Pilihan kedua jika tak mempunyai mounting dagu

Mounting yang sesuai Mounting sisi dengan Flat atau Curved Adhesive Base



Mounting Helmet (Dagu)



Pros
  • Paling mendekati pandangan point of view (POV) dari mata penunggang, terasa lebih natural.
  • Gegaran dari motorsikal tidak memberi impak kepada kamera
  • Posisi mounting helmet yang paling aerodynamic.
Cons
  • Pemasangan mounting boleh jadi leceh bergantung kepada bentuk helmet
  • Penonton mungkin merasa tidak selesa menonton jika terdapat banyak pergerakan kepala
  • Mungkin memerlukan pemasangan kamera secara terbalik (upside down) bergantung kepada mounting.
Terbaik untuk : Semua rakaman POV riding selagi mana mempunyai helmet yang sesuai - biasanya dari jenis fullface.

Mounting yang sesuai : Mounting J-hook



Mounting Dada




Pros
  • Mendekati pandangan point of view (POV) dari mata penunggang, dengan tambahan handlebars dan pengendalian dalam rakaman
  • Gegaran dari motorsikal tidak memberi impak kepada kamera
  • Beban dan rintangan angin terasa lebih kurang dibandingkan dengan mounting helmet.
  • Lokasi kamera yang memudahkan operasi rakaman
Cons
  • Mounting dada (chest mount) biasanya perlu dibeli berasingan
  • Perspektif mungkin terlalu rendah untuk sesetengah motorsikal, pandangan boleh terhalang oleh tangki minyak, handlebar atau fairing.
  • Boleh jadi kurang selesa untuk dipasang/tanggal
Terbaik untuk : Rakaman off road riding atau POV yang mengfokuskan kepada kendalian motorsikal

Mounting yang sesuai Chest Mount Harness



Mounting Handlebars




Pros
  • Tiada beban pada penunggang
  • Lokasi mounting yang stabil
  • Lokasi kamera memudahkan operasi rakaman / Kamera mudah diakses
  • Kedudukan rakaman yang lebih rendah daripada mounting helmet
Cons
  • Gegaran daripada motorsikal boleh jejaskan kualiti rakaman / akan ada 'jello effect'
  • Bergantung pada jenis motorsikal, pandangan rakaman boleh terhalang oleh fairing atau penghadang angin (windshield)
Terbaik untuk : Rakaman yang mengfokuskan lokasi / review keadaan track atau untuk rakaman perjalanan harian

Mounting yang sesuai Handlebar Mounting Kit



Tips Tambahan Rakaman Action Cam

  • Untuk hasil video yang menarik, cuba mix klip video lebih daripada satu sudut (boleh cuba gabungkan footage sebelum dan semasa on board ride menggunakan posisi/sudut berbeza. Kalau rasa nak selamat sikit, pertimbangkan untuk tutup/kaburkan nombor plat sekali.
  • Bila menggunakan mounting helmet, cuba kurangkan perubahan posisi mendadak untuk dapatkan hasil yang lebih lancar
  • Pertimbangkan untuk guna stabilizer bagi video yang dirakam sama ada menggunakan perisian pengeditan video atau on-kan fungsi video stabilizer (jika ada) semasa memuat naik rakaman ke media sosial
  • Sentiasa pastikan action cam anda yang mahal tu ditambat - jangan mudah percaya yang mounting anda tu selamanya berfungsi. Boleh cuba parachute cord atau cable tie sebagai tali penambat
  • Jika kamera anda mempunyai audio jack, boleh cuba untuk guna mikrofon external dan letakkan di posisi yang terlindung. Di samping mengurangkan bunyi angin, sesuai untuk merakam bunyi enjin atau ekzos yang garang.
  • Akhir sekali, rajin-rajinkan diri untuk bereksperimentasi dengan pelbagai mounting, sudut dan subjek rakaman serta lain-lain lagi. Manalah tahu satu hari nanti anda pun boleh terkenal sebagai motorbike vlogger professional. 

Anda ada tips-tips lain yang mahu ditambah? Nyatakan di ruangan komen di bawah.

*Artikel diolah untuk pemahaman dan cita rasa pembaca tempatan

Comments

  1. bnyak posisi dah saya cuba.. mula2 letak kat atas helmet. mmg cons part rintangan angin tu terlalu kuat, dan gambar terlalu tinggi.. nmpak gaat plak..

    letak atas moto, memang angle lawa cuma gegar kuat.....

    target nk letak kat dagu tu cuma helmet x sesuai, part dagu dia tajam, x rata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba attach ke bahagian dada, tuan.... sama ada pakai harness (ni biasa dalam Rm50) atau klip (ni jimat sikit, attach ke tali backpack.. lecehnya senang teralih kalau kita gerak-gerak)

      Delete
  2. Salam Tuan,
    Saya berharap laman web Tuan akan menjadi laman web motorsikal yang paling komprehensif dan popular di Malaysia seperti laman web Paul Tan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas maklum balas tuan :)
      InsyaAllah bila ada kelapangan boleh saya fokus untuk kembangkan blog ni.

      Delete
  3. Nk tanya kalau yg biasa rakam dari depan nampak owner tu dia pakai kamera apa ya, maaf nk tahu jenis kamera jah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh guna GoPro, lekatkan dekat side mirror. Trend sekarang guna Insta360, boleh capture pelbagai sudut dalam satu masa. Saya sendiri tak pernah pakai kamera ni tapi menurut kawan, kita boleh pilih sudut mana nak guna sebelum publish video tu.

      Delete

Post a Comment

Trending