Bahagian 2.1 Graphics Settings Yang Biasa Dijumpai - Resolution dan Anti-Aliasing

Terdapat pelbagai jenis pilihan settings kualiti (variables) yang kita boleh gubah, tetapi majoriti game yang ada sekarang mempunyai persamaan dari segi settings asas yang merupakan tempat yang baik untuk kita mula mengubah ketetapan grafik. Dalam bahagian ini akan meliputi sebahagian settings yang popular, apa fungsi mereka, impak pada performance dan cadangan penulis untuk mendapatkan performance yang terbaik daripada mereka. 

Untuk perbandingan kita akan gunakan Skyrim sebagai contoh, tetapi cara  terbaik adalah mencuba sendiri pada game yang ingin kita mainkan kerana setiap game mempunya tahap grafik yang berbeza - apa yang high di sini mungkin kelihatan tahap medium pada game kegemaran pembaca. Gambar-gambar yang disediakan hanyalah untuk menerangkan fungsi setiap satu setting.


Resolution

Fungsi: Pembaca mungkin biasa terdengar dengan nombor-nombor berikut; 4K, 1920 x 1080, 1280 x 720, 1600 x 900, 1366 x 768 dan 1024 x 768. Nombor-nombor ini bermaksud jumlah pixel yang digunakan untuk memaparkan imej pada skrin. Semakin tinggi resolution semakin jelas paparan imej dengan garisan yang lancar. Resolution yang tinggi juga memberi ruang yang lebih untuk paparan UI seperti toolbars dan hotkeys - perkara penting bagi pemain game jenis MMORPG.

Impak: Menggunakan resolution tinggi memberi impak yang besar pada performance tetapi dlm masa yang sama menyumbang kepada kualiti imej yang teramat baik. Setiap peningkatan tahap pada resolution memberikan impak performance yang ketara.

Cadangan: Sekiranya PC pembaca mampu menggunakan resolution asal (native resolution), penulis cadangan untuk biarkan pada tahap itu. Native resolution di sini bermaksud menggunakan resolution monitor/skrin, sekiranya monitor itu dijual dengan resolution 1920 x 1080 eloklah game turut menggunakan resolution yang sama. Menggunakan resolution lebih rendah daripada native akan paling menjejaskan kualiti imej jadi rendahkan hanya apabila setting-setting kecil yang lain tidak mampu membantu. 

Ada kalanya jarak mata dari skrin turut memainkan peranan dalam pemilihan resolution. Dalam kes penulis yang menggunakan TV ruang tamu dan bermain dari jarak 1 meter ke skrin, menggunakan resolution lebih rendah tidak menjejaskan kualiti grafik maka penulis memilih untuk menaikkan kualiti setting grafik yang lain dan menggunakan resolution bertaraf gaming console seperti 1366 x 768 atau 1600 x 900.


Anti-Aliasing

Kiri: anti-aliasing off, Kanan: anti-aliasing 4x. Perhatikan jaggies pada bucu tangga di kiri yang mana telah dilicinkan di sebelah kanan.
Fungsi: Anti-aliasing (AA) bertujuan untuk mengurangkan garisan bergerigi (pixellated/jagged/jaggies) dalam game. Antara graphics tweak yang popular, AA membantu melicinkan garisan objek bila resolution tidak boleh ditingkatkan lagi. Terdapat banyak kaedah AA yang berbeza yang tidak akan sempat dibincangkan di sini tetapi yang paling kerap ialah "multisample anti-aliasing" atau singkatannya MSAA.

Impak: Seperti resolution, AA juga member impak yang tinggi kepada performance dan antara settings awal yang digubah kerana jaggies amat ketara dan ini boleh mengganggu konsentrasi dan membuang perasaan realisma dari game.

Cadangan: Kebiasaannya AA didatangkan dengan level seperti "2x", " 4x" dan "8x", dan kita boleh pilih berapa banyak impak yang kita boleh tanggung. Kerapkali 8x menjadi punca performance menurun tanpa penambahbaikan visual daripada 4x.

Semakin tinggi resolution, semakin tinggi impak apabila AA ditingkatkan. Penulis mencadangkang supaya resolution ditinggikan terlebih dahulu dan naikkan AA hanya bila perlu. Gunakan hanya 2x atau 4x untuk nisbah performance/visual yang terbaik. Jika performance masih tidak memuaskan dicadangkan untuk off AA dan ambil kira penyelesaian yang seterusnya, FXAA.


FXAA

Kiri: FXAA off, Kanan; FXAA on. Sebahagian jaggies berjaya dilenyapkan tetapi turut mengakibatkan kesemuanya kelihatan lebih kabur.


Fungsi: FXAA merujuk kepada Fast Approximate Anti-Aliasing merupakan antara kaedah anti-aliasing yang popular. Seperti anti-aliasing, ia bertujuan untuk mengurangkan jaggies di sekitar objek. Walaubagaimanapun ia menggunakan kaedah/teknik yang berlainan, yang mana hampir tidak memberi impak kepada performance game  - tetapi turut membuatkan grafik kelihatan sedikit kabur dari asal.

Impak: Impak FXAA amatlah minima dan hampir kepada 0%. Sepanjang pengalaman penulis hanya integrated chipset graphics seperti Intel GMA pada laptop yang kelihatan ketara penurunan performance selepas diaplikasi FXAA ini. 

Cadangan: Sekiranya PC pembaca tidak mampu untuk menggunakan kaedah anti-aliasing MSAA dan tidak tahan melihat jaggies, FXAA merupakan penyelesaian lebih mudah. Bagi penulis yang boleh toleransi dengan imej sedikit kabur, FXAA merupakan pilihan utama penulis sekiranya performance game tidak mampu melepasi 60fps. 

Penulis juga mencadangkan untuk mencuba SMAA, yang mana seperti FXAA mampu melenyapkan kebanyakan jaggies tanpa kos pada performance. Boleh rujuk artikel mengenai SMAA di sini.

Next>>
Texture, Anisotropic Filtering dan Shadow

Comments

Trending