Bahagian 2.2 Graphics Settings Yang Biasa Dijumpai - Texture, Anisotropic dan Shadow

Texture Quality


Kiri: Texture quality low, Kanan: Texture quality high


Fungsi: Texture merujuk kepada "gambar" yang ditampal ke atas model di dalam game.Contohnya, game boleh janakan "bentuk" tangga dan kemudian menampal texture ke atas model tangga tersebut untuk memberikannya imej seperti tangga kayu atau batu. Seperti contoh di atas, ia memperlihatkan imej setiap helai daun pine yang ada di pokok pine tersebut. Texture berkualiti/beresolusi rendah membuatkan imej nampak kabur dan pudar manakala texture berkualiti/beresolusi tinggi memberikan impresi imej yang jelas dan realistik.

Impak: Kebiasaanya texture quality tidak memberi impak pada frame rate disebabkan ia tidak memaksa processor graphics card. Walaubagaimanapun texture quality memerlukan video RAM yang banyak dan sekirang graphics card tidak mempunyai jumlah VRAM yang mencukupi, gamer akan menghadapi masalah sangkut-sangkut (stuttering) berbanding merendahkan frame rate setiap masa dengan setiap peningkatan setting ini.

Cadangan: Texture quality mampu mengubah sesebuah game dari kelihatan biasa kepada menawan dalam masa yang singkat tanpa impak yang tinggi kepada performance. Penulis mencadangkan untuk tetapkan setting High pada game zaman 2013 dan sebelumnya sekiranya pembaca mempunyai graphics card ber-VRAM serendah 1GB. Untuk game pasca 2013, iaitu sezaman PS4 dan Xbox One seeloknya menggunakan tetapan low untuk 1GB, dan medium untuk 2GB terlebih dahulu.Sesetengah game seperti Ryse akan lock tetapan untuk texture maka gunakanlah kuasa internet untuk mencari penyelesaian bagi mengubah setting yang di-lock ini. Kebiasaanya boleh diubah hanya dengan menukar setting pada fail setting.cfg game tersebut. 

Anisotropic Filtering


Kiri: anisotropic filtering off, Kanan: anisotropic x16. Perhatikan kekaburan pada permukaan jalan dan pokok-pokok kecil di tepinya dan hilangnya asap daripada obor yang berada jauh di belakang.


Fungsi: Anisotropic filtering mengubah texture yang dilihat pada sudut tertentu, contohnya permukaan jalan. Di bawah kaki, texture akan kelihatan jelas tetapi semakin jauh kita melihat ke penhujung jalan texture kelihatan semaikn kabur. Anisotropic filtering mengaduk (blends) texture-texture ini supaya ia kelihatan kekal jelas semakin jauh dari "mata" karekter.

Impak: Untuk graphics card moden, impak anisotropic filtering amat minima walaupun at tahap setinggi 16x

Cadangan: Kebiasaannya tetapan anistropic filtering tidak memberi masalah walaupun pada graphics card lama maka boleh terus set ke paling tinggi x16. Jika terasa ada impak pada performance cuba turunkan dahulu sedikit ke x8 dan seterusnya.

Shadow Quality


Kiri: Shadow quality low, Kanan: Shadow quality high. Perhatikan pada garisan luaran bayang-bayang di sebelah kiri yang kelihatan bergerigi.


Fungsi: Seperti namanya, shadow quality menentukan kualiti bayang-bayang dalam game. Pada kualiti rendah bayang-bayang akan kelihatan berpetak-petak dan tidak menepati bentuk model. Pada tetapan kualiti tinggi garis bayang-bayang kelihatan lebih lancar dan realistik.

Impak: Bayang-bayang agak sukar untuk diproses disebabkan game perlu menentukan kedudukan sumber cahaya daripada pelbagai arah, jarak objek dari sumber cahaya, pergerakan, material objek dan lain-lain lagi membuatkan Shadow quality antara yang menentukan performance game.

Cadangan: Bayang-bayang membuatkan grafik kelihatan lebih realistik tetapi tidak sepenting graphics setting berimpak tinggi yang lain seperti anti-aliasing. Jika perlukan sesuatu untuk dikorbankan, shadow quality antara yang mula-mula direndahkan atau di-turn off terus. Walaubagaimanapun jika mampu, medium dan high setting sudah cukup untuk efek realistik.

Next>>
View Distance, Field Of View dan VSync

Comments

Trending