PANDUAN LENGKAP : MOTORSIKAL HARIAN RM30,000 KE BAWAH
Serik menghadap toll dan traffic jam setiap hari ke pejabat? Mungkin ini masanya untuk anda beralih kepada motorsikal pula. Tetapi dengan pelbagai jenis motorsikal dalam lingkungan bajet yang sama mungkin bakal membuatkan anda pening kepala jika tidak jelas dengan apa yang anda mahukan.
Jadi di sini izinkan saya untuk kongsikan kelebihan dan kekurangan setiap jenis motorsikal, yang mana akan dihadkan kepada motorsikal-motorsikal yang dijual di pasaran dalam lingkungan harga Rm30,000 ke bawah sahaja. Kenapa saya pilih Rm30,000? Sebab ini merupakan harga yang masih boleh diterima akal oleh kebanyakan rakyat Malaysia untuk sebuah motorsikal tunggangan mereka ke pejabat seharian. Lebih daripada itu, sesuai untuk tunggangan santai hujung minggu sahaja.
Sportbike
Honda CBR250RR |
Berikut merupakan kelebihan dan kekurangan sportbike secara general sebelum kita perincikan antara yang mempunyai fairing dan naked.
Kelebihan
(+) Prestasi lebih tinggi, dari segi pick up dan top speed.
(+) Tangki minyak yang lebih besar, sesuai untuk penjalanan jauh (200-300km)
(+) Pengendalian lebih stabil terutama di lebuh raya
Kekurangan
(-) Harga yang lebih tinggi, sekitar RM7000 ke RM20,000 untuk jenis mampu milik.
(-) Kos maintenance yang lebih tinggi, dari segi alat ganti, insurans dan cukai jalan.
(-) Kurang kemudahan membawa muatan
(-) Sistem transmisi menggunakan klac manual yang tidak diajar di sekolah memandu (untuk lesen B2)
(-) Penggunaan bahan api yang ketara lebih tinggi berbanding kapchai, terutama yang berkapasiti 250cc ke atas.
Nakedbike / Streetbike
KTM Duke 250 '17 |
(+) Posisi tunggangan yang selesa dengan kedudukan hendal yang tinggi dan posisi badan menegak
(+) Pengendalian dalam bandar lebih mudah disebabkan aras penglihatan lebih tinggi
(+) Akses ke bahagian enjin yang lebih terbuka, motorsikal nampak gagah (subjektif)
(+) Harga sedikit murah dari model berfairing
Kekurangan
(-) Kurang selesa untuk kelajuan tinggi disebabkan terjahan angin yang kuat di bahagian dada
(-) Posisi tunggangan yang tinggi kurang stabil (terasa gayat) semasa mengambil selekoh
(-) Motorsikal nampak kurang cantik pada pandangan masyarakat yang tidak mampu menilai (ini subjektif)
Sportbike (versi berfairing)
Kawasaki Ninja 250SL |
(+) Posisi tunggangan ke arah sporty, hendal lebih rendah dan posisi alas kaki ke belakang
(+) Kurang terjahan angin pada badan penunggang, badan dan lengan direhatkan atas tangki minyak
(+) Boleh mencapai kelajuan lebih tinggi dari model naked dan lebih stabil di selekoh
(+) Motorsikal nampak ala-ala model perlumbaan Moto GP, jadi tarikan mata yang memandang (subjektif)
Kekurangan
(-) Tidak selesa untuk perjalanan di dalam bandar disebabkan tekanan ke atas pegelangan tangan dan posisi tunggangan membongkok boleh menyebabkan sakit belakang.
(-) Harga lebih mahal daripada model naked
(-) Lebih sukar untuk maintenance/baik pulih disebabkan fairing perlu dibuka terlebih dahulu (boleh jadi kos upah tambahan)
Kebanyakan sportbike/streetbike bawah di pasaran Malaysia dijual dalam braket harga mengikut sesaran yang popular seperti RM10,000 untuk motorsikal 150cc dan RM11,000 ke RM25,000 untuk motorsikal 250cc pula.
Harga RM10,500 ke bawah
Yamaha FZ 150i | 150cc | RM8,500
Demak Skyline | 200cc | RM7,500
Modenas V15 | 150cc | RM6,500
Modenas Pulsar NS200 | 200cc | RM9,200
Modenas Pulsar RS200 | 200cc | RM10,200
Yamaha FZ150i dan Demak Skyline |
Dalam segmen ini Yamaha FZ 150i menjadi pilihan sejak sekian lama disebabkan faktor penggunaan bahan api yang efisien dengan adanya sistem suntikan bahan api dan juga kurangnya pesaing yang kuat dalam kelasnya. Daripada pengalaman peribadi saya, motorsikal ini mampu berkendara sejauh 320km dengan 8liter petrol (RM18, 2.10/ltr) dan disebabkan saya hanya mengisi minyak di hujung minggu, layak mendapat rebate 5% apabila menggunakan kad kredit.
Pelancaran Modenas Pulsar dan V15. Foto daripada The Sun Daily |
Namun demikian, dengan pengenalan tiga model motorsikal terkini daripada Modenas pada 19 Mei 2017 yang lepas iaitu Pulsar NS200, Pulsar RS200 dan Modenas V15 bakal memberi saingan sengit kepada streetbike 150cc tunggal keluaran Hong Leong Yamaha itu. Manakan tidak, dengan spesikasi yang lebih tinggi seperti enjin bersesaran 200cc dengan kuasa 24.5 HP bagi kedua-dua Modenas Pulsar digabungkan pula dengan harga jualan yang benar-benar kompetitif pasti buatkan ramai berkira-kira untuk memilih FZ150i dengan hanya bersandarkan kepada jenama Yamaha sahaja.
Harga RM11,000 ke RM16,000
Naza N5 | 250cc | RM13,000
Benelli TNT 25 | 250cc | RM12,000
Naza Blade 250R | 250cc | RM15,000 (terdapat juga versi naked)
KTM Duke 200 | 200cc | RM14,500 (non ABS)
KTM Duke 250 | 250cc | RM18,000 (versi ABS sahaja)
Kawasaki z250SL | 250cc | RM15,000
KTM Duke 250 2017. Foto daripada iambiker.com |
Harga RM16,000 ke RM25,000
Kawasaki Ninja 250SL | 250cc | RM16,300 (versi fairing kepada z250SL)
KTM Duke 250 | 200cc | RM18,800
KTM RC250 | 250cc | RM19, 800
Yamaha YZF-R25 | 250cc |
Kawasaki z250 | 250cc | RM20,000
Naza Blade 650R | 650cc | RM20,000
Kawasaki Ninja 250 | 250cc | RM22,000
Honda CBR250R | 250cc | RM22,000
Honda CBR250RR (kami masih menunggu, Boon Siew Honda)
Bagi segmen harga ini pula, kebanyakan sportbike yang ditawarkan adalah dari jenis ber-fairing kecuali sedikit motorsikal naked kelas 'premium' dan Naza Blade 650R yang memerlukan penunggang berlesen B penuh (lesen B2 terhad kepada motorsikal berkapasiti enjin 250cc ke bawah). Antara sportbike dalam kelas ini yang begitu popular ialah Yamaha R25 dan Kawasaki Ninja 250R - dan populariti ini penting kerana turut membantu dalam memberikan harga yang lebih kompetitif di samping alat ganti mudah tersedia lantas memberikan sedikit ketenangan jiwa andai ada perkara yang tidak diingini terjadi (seperti kemalangan, dsb)
Yamaha MT07 |
Brochure Pulsar NS200. Imej daripada Bikes Republic |
Untuk yang pernah baca artikel ini versi sebelumnya, mungkin anda masih ingat saya memilih KTM Duke dan Yamaha FZ150i untuk tunggangan dalam dan antara bandar utama seperti Petaling Jaya atau Kuala Lumpur. Dengan pengenalan Modenas Pulsar NS200; harga yang sangat mampu milik, kuasa yang mengcukupi untuk meredah traffic jam atau highway dan juga design yang menarik - boleh saya katakan ini ialah motorsikal streetbike terbaik yang anda boleh beli sekarang untuk tunggangan harian ke pejabat.
Tapi... bagaimana pula jika anda perlukan motorsikal yang mempunyai ruang simpanan untuk bawa keperluan anda seperti backpack, baju hujan, helmet tambahan dan lain-lain? Teruskan ke segmen motorsikal seterusnya.
KTNS RS3 250cc |
Mengekalkan sebahagian ciri pengendalian sesebuah sportbike dan dilengkapi fitur-fitur tambahan untuk berkendara jarak jauh, Sport Tourer atau Dual Purpose sangat sesuai bagi mereka yang menetap agak jauh daripada pejabat (sekitar 100km sehala).
Jika sebelum ini didominasi oleh motorsikal bersesaran tinggi seperti Kawasaki Versys 650 yang pastinya lebih mahal (lebih daripad RM30,000), dengan pengenalan KTNS RS3 dan Kawasaki Versys-X 250 yang berharga daripada RM12,000 hingga RM24,000 membuatkan motorsikal sport tourer semakin menjadi pilihan.
Kelebihan
(+) Versatiliti; boleh digunakan untuk tunggangan jarak jauh dalam masa yang sama masih mengekalkan kendalian jitu seperti sebuah sportbike
(+) Kebanyakannya didatangkan dengan kotak ruangan tambahan secara standard
(+) Ergonomik sebuah nakedbike serta penghadang angin yang tinggi membolehkan anda mengekalkan kelajuan tinggi di lebuh raya dan masih merasa selesa melakukannya
Kekurangan
(-) Lebih berat dan tinggi daripada kebanyakan sportbike/streetbike
(-) Pilihan model yang terhad
Antara model yang boleh didapati:
KTNS RS3 | 250cc | RM13,500
Kawasaki Versys-X | 250cc | RM24,000
Honda CB500X | 500cc | RM28,900
Kawasaki Versys 650 | 650cc | RM24,000 - RM30,000 (second hand sahaja)
Kawasaki Versys-X 250. Foto daripada otomotif.com |
Kapchai/ Moped / Underbone
Segmen motorsikal yang mungkin tidak perlu diperkenal dan dihurai lanjut lagi, memandangkan Kapchai atau Underbone merupakan motorsikal pertama bagi hampir semua penunggang motorsikal di Malaysia.
Kelebihan
(+) Penggunaan bahan bakar yang ekonomi, terutamanya bagi model baru yang rata-rata sudah menggunakan sistem pancitan minyak (fuel injection - FI)
(+) Kebanyakkan didatangkan dengan transmisi klac automatik dan rotary gear, memudahkan pengendalian dan penukaran gear bagi penunggang baru
(+) Saiz yang sedikit kecil dan ramping memudahkan pengendalian jarak dekat, terutamanya dalam bandar
(+) Rata-rata boleh dipasangkan raga/bakul. Ada sesetengah model didatangkan dengan ruang simpanan bawah pelana yang besar dan ada yang boleh memuatkan sebiji topi keledar.
(+) Kos penjagaan dan baik-pulih yang rendah
Kekurangan
(-) Saiz tangki yang kecil, iaitu 4 liter menghadkan jarak perjalanan ke sekitar 100km lantas perlu kerap ke stesyen minyak.
(-) Saiz yang kecil membuatkan ia mudah ditampar angin, agak tidak selesa untuk penggunaan di lebuh raya
(-) Sering dikaitkan dengan budaya mat rempit mungkin membuatkan anda dipandang rendah oleh rakan sekerja (subjektif)
Rata-rata mereka yang memilih kapchai adalah yang mementingkan bajet dan ruang simpanan. Dengan harga sekitar RM4,000 hingga RM6,500, boleh dikira mampu milik bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Disebabkan saiz mereka yang agak kecil dan ringan, mudah ditunggang oleh pelbagai peringkat umur, baik mereka yang di bangku sekolah rendah atau yang sudah bergelar atuk. Kekurangan bagi kapchai ini adalah disebabkan saiz tangki minyak yang kecil, menyebabkan penunggang perlu kerap ke stesyen minyak dan mudah kehabisan minyak di tengah jalan.
Antara model kapchai/underbone yang cukup popular ialah Yamaha LC135, antara kapchai paling berkuasa dengan enjin bersesaran 135cc yang sebelum ini didatangkan dengan 2 versi iaitu 4 Speed Klac Automatik dan Extreme Spirit 5 Speed Klac Manual. Walaubagaimana pun, versi 5 Speed kini telah dihentikan pengeluarannya dan digantikan dengan kapchai terbaru yang lebih berkuasa dengan enjin bersesaran 150cc pula!
Yamaha Y15ZR. Foto daripada Mekanika.com |
Ramai yang mengatakan Honda RS150R mempunyai kelebihan berikutan menggunakan enjin DOHC (SOHC pada Y15ZR), jika dinilai secara keseluruhan kedua-duanya tidak mempunyai perbezaan ketara baik dari segi performance dan gaya. Harga yang ditawarkan juga amat kompetitif, bermula daripada RM8,900. Kelebihan utama pada Yamaha Y15ZR terlihat kepada mudahnya modifikasi memandangkan kebanyakan bahagian enjinnya boleh dipadan dengan bahagian aftermarket/perfomance untuk Yamaha FZ150i.
Fokus pada roda depan, nampak tak USD yang seksi tu? |
Benelli pula, walaupun jenama ini agak baharu dalam pasaran kapchai tempatan RFS150i yang ditawarkan agak mengagumkan dari segi prestasi, fitur dan harga. Pada Rm7,000 sahaja, anda bakal peroleh kapchai 150cc SOHC dengan teknologi 3 spark plug (hampir sama dengan Pulsar, sudah jadi trend agaknya) dan paling menarik sekali... UPSIDE DOWN FORKS!
Model baru Honda EX5 Fi |
Bagi mereka yang pentingkan ekonomi dan gaya, Honda Ex5 masih ditawarkan dengan wajah yang diperbaharui di samping Yamaha Lagenda dan Suzuki Smash yang kini didatangkan dengan sistem suntikan bahan api (model Fi). Untuk yang memerlukan ruang simpanan lebih besar, boleh cuba Honda Future yang menyediakan ruang simpanan bawah pelana yang cukup besar hingga mampu menyimpan sebuah helmet fullface. Bagi yang inginkan prestasi dan gaya, terdapat pilihan seperti Suzuki Shogun Axelo yang didatangkan dengan versi klac manual tetapi hanya 4 kelajuan dan Honda Wave Dash yang berpenampilan ranggi dengan corak ala motorsikal berkuasa tinggi.
Skuter
Yamaha NMAX |
Antara skuter yang cukup popular buat masa ini, Yamaha NMAX dan Honda PCX 150 menjadi pilihan mereka yang pentingkan gaya dan kuasa; kedua-duanya dipacu oleh enjin silinder tunggal SOHC 150cc dengan harga yang ditawarkan sekitar RM9,000.
Kelebihan
(+) Menggunakan transmisi automatik, amat mudah dikendalikan oleh penuggang kurang mahir
(+) Rata-rata mempunyai pikap yang lebih tinggi pada kelajuan rendah jika dibandingkan dengan kapchai yang mempunyai kapasiti enjin yang sama
(+) Kebiasaannya didatangkan dengan ruang simpanan bawah pelana yang agak besar maka tak perlu menggunakan raga/bakul justru mudah dinaiki oleh gadis-gadis yang memakai kain/skirt atau pak-pak lebai yang berkain sarung/jubah.
Kekurangan
(-) Maintenance yang lebih mahal daripada kapchai disebabkan penggunaan transmisi automatik.
(-) Kelajuan maksima yang lebih rendah jika dibanding dengan kapchai berkapasiti enjin yang sama
Skuter Maxi
Modenas Elegan 250, skuter Maxi termurah dalam kelasnya |
Pada masa ini juga penggunaan skuter berkuasa tinggi a.k.a Skuter Maxi agak popular terutamanya daripada jenama SYM, hinggakan Modenas turut bekerja-sama dengan Kymco (syarikat permotoran Taiwan) dengan melancarkan Modenas Elegan 250 terbaru dengan harga yang amat menarik iaitu daripada RM12,500 sahaja. (untuk skuter bersesaran 250cc, ini boleh dikira agak murah)
Kelebihan
(+) Saiz penghadang angin yang tinggi mengurangkan tamparan angin di samping penunggang masih mengekalkan posisi tunggangan tegak
(+) Amat stabil semasa kelajuan tinggi di lebuh raya (kelajuan 140kmj-160kmj mudah dicapai oleh skuter ini)
(+) Ruang simpanan lebih banyak dan lebih besar, biasanya didatangkan dengan glove box dan ruang bawah pelana yang sungguh besar boleh dimuatkan budak berumur 3-4 tahun.
(+) Amat selesa untuk tunggangan bersama pembonceng
Kekurangan
(-) Harga dan kos penjagaan yang lebih tinggi daripada skuter biasa
(-) Saiz yang besar menyukarkan pengendalian dalam bandar, seperti menunggang sportsbike ber-fairing cuma masih mengekalkan posisi tegak
(-) Kurang selesa untuk pembonceng memanjat ke pelana belakang yang tinggi.
Modenas Elegan 250. Foto daripada MotoMalaya |
Didatangkan dengan kapasiti enjin bermula dari 200cc, boleh dikatakan skuter-skuter ini cukup berkuasa untuk menempuh perjalanan di lebuh raya. Pengalaman peribadi saya menggunakan SYM VTS200, skuter ini mampu mencapai kelajuan 140kmj dengan selesa dibantu oleh penghadang angin yang tinggi mengurangkan kesan tamparan angin. Disebabkan saiz skuter ini yang besar dan atas faktor aerodinamik, ia dirasakan lebih stabil semasa ditunggang di lebuh raya dan memotong kenderaan besar seperti lori.
Skuter ini amat sesuai ditunggang bagi mereka yang dewasa dan berkeluarga manakala kelihatan janggal apabila ditunggang oleh mereka yang bersaiz kecil. Bagi yang inginkan lebih kuasa dan mempunyai lesen B penuh, SYM turut menawarkan MaxSYM 400i pada harga Rm26,000 tapi jika bajet menjadi kekangan, pilihan yang rasa paling berbaloi adalah Modenas Elegan seperti yang penulis nyatakan di awal tadi.
Penutup
Dapat kita lihat, cukup banyak pilihan bagi kita pengguna dalam memilih motorsikal yang bersesuaian bagi tunggangan harian ke pejabat. Apa-apa pun, motorsikal-motorsikal ini hanya alat dan bergantung kepada kita bagaimana mahu menunggangnya. Amalkan tunggangan yang selamat dan patuh pada undang-undang jalan raya. Sekian, harap artikel kali ini dapat dimanfaat seadanya dan jika ada kesilapan fakta atau cadangan boleh disalurkan di ruangan komen di bawah.
Artikel dikemaskini 1 Jun 2017
Disclaimer : Model dan jenama yang dinyatakan dalam artikel ini hanyalah sebagai rujukan dan saya tidak terlibat dalam mana-mana pengiklanan dan promosi. Untuk lebih info mengenai motorsikal-motorsikal ini saya syorkan supaya sertai group-group mereka di Facebook dan dapatkan review daripada pemilik untuk maklumat lanjut.
Ulasan menarik, teruskan...saya penunggang Maxsym
ReplyDeleteTerima Kasih. Insya Allah saya akan hasilkan artikel lebih menarik akan datang :)
DeleteUlasan menarik, teruskan...saya penunggang Maxsym
ReplyDeleteSaya baru je beli Demak Skyline 200 beberapa minggu lepas.
ReplyDeleteSetakat ni takde masalah lagi. :)
Harga berapa sekarang, maintain 7.5k lagi ka?
DeleteDah naik.
ReplyDeleteHarga kedai area Setapak dalam 9k.
Pernah tengok orang share ada kedai di sungai besi jual Demak Skyline 8.6k.
kalau ansuran berapa rm sebulan??? demak skyline 200
ReplyDeleteBergantung pada berapa tahun pinjaman. Biasanya yang buat pinjaman, sekitar Rm250++ utk 3 tahun
Deletetq
DeleteUlasan dan penerangan yang baik Tuan Zamir. Saya newbie lagi dalam bidang pemotoran. Sekarang menunggang motor kapcai modenas ct100. Tahun depan akan duduk di seremban bersama isteri. motor apa cadangan tuan untuk perjalanan 110km pergi balik sehari? Saya berminat antara FZ150i dan ZL250sl. Kemampuan hanya FZ tapi minat pada ZL. harap tuan boleh beri pendapat tentang dua jentera ini
ReplyDeleteTerima kasih tuan. Kalau semata2 untuk ke tempat kerja, memang Fz pilihan terbaik lagi2 bila ambil kira kos maintenance yang lebih kerap (kalau ikut setiap 3000km, sebulan setengah dah sampai). z250sl saya rasa lebih sesuai untuk yang berjiwa sporty - jenis tiap2 minggu naik genting layan corner dan tak kisah kos maintenance (anggaran lebih kurang 2x ganda kos utk fz). Untuk orang bujang dan kurang tanggungan memang saya suggest z250sl sebagai pilihan.
Deleteulasan yg baik tuan zamir..apa pendapat tuan antara demak skyline 250 dan fz150i?
ReplyDeletedari segi performance, lebih kurang sama dua2 bab horsepower (12kw),beza torque/pikap skyline lagi tinngi dgn 17Nm, FZ 14Nm.
Deletedari segi rupa, menang ke Skyline tapi dari segi kualiti pembuatan/pemasangan tetap menang ke FZ.
overall value, memang yamaha sebab kualiti atau nama dah gah. kalau nak fefeeling big bike pilih demak skyline tapi kena rajin2 la jaga terutama bab kosmetik. banyak demak skyline ni time baru beli je lawa, tak sampai setahun owner dah biar tersadai..haha
nk tanya pendapat antara naza n5 dan yamaha fz150i.. jarak perjalan pergi blk kerja sy dlm 140km.dh survey kt kedai 2motor ni dlm budget sy n harga pn xjauh beza.. beza kt cc jela. satu 250cc n lg satu 150cc..sy kurg pengalaman dlm bidang permotoran ni..bleh bg pandangn n cadangn motor mana yg ptut sy pilih? trima kasih
ReplyDeleteSaya cadangkan pilih FZ dulu kalau semata2 untuk tujuan kerja, sebab lagi mudah dari segi maintenance dan spare part. Naza N5 lebih sesuai untuk mereka yang nak upgred dari FZ lama.
Deleteulasan yg paling jujur & agak spesifik bg beginners. tqvm
ReplyDeleteSama2... harap2 bermanfaat kepada tuan. selamat menunggang :)
DeleteNaza N5 harga sekarang dah boleh dapat below RM9000 on the road cash
ReplyDeletetak ada ka senarai moto yg boleh simpan helmet dalam seat.
ReplyDeleteBelum lagi. InsyaAllah akan datang bila ada kelapangan.. sekarang ni pun ada 2-3 artikel sangkut dalam draft lagi. haha.
DeleteTerbaik review Tuan Zamir. Nak tanya dah ada review untuk senarai moto yg bole simpan helmet dlm seat?
DeleteSalam , mintak pendapat tuan tentang fz150i, y15zr dan honda rs150r untuk balik pergi kerja dalam 30km . Kadang2 nak convoy tapi dlm mase yang same kalau nak pergi kedai boleh letak barang. Buntu da haha
ReplyDeleteWsalam...
DeleteDalam kes macam ni, 1st sekali nak convoy tu dengan geng motor besar ke kapchai? Kalau ada harapan nak join geng motor besar, boleh skip la kapchai sebab konfem kena tinggal kalau asyik nak berenti isi minyak je..haha. Convoy santai2 Fz tu boleh follow lagi.
In case keperluan lebih kepada nak buat pergi beli barang atau bawa anak kecil ke sekolah, dua2 kapchai tu rasanya lebih praktikal sikit. Sikit je la sebab fz pun boleh buat perkara yg sama dgn equipment yang sesuai, contohnya mcm tank bag pun boleh buat isi barang dapur.
saya penunggang fz sehari 30km pergi balik kerja. pagi hantar anak sekolah dan kalau nak beli barang memang sumbat dalam box. kalau nak konvoi memang sesuai sangat sebab dalam jarak 300 ke 400 km hanya perlu isi 2 kali sahaja.
DeleteAnggaran maintenance untuk z250 tiap bulan berape ye sekali gn roadtax..baru start kire2 bajet..heheh
ReplyDeletemaintenance ikut penggunaan, tengok mileage sebulan berapa.
Deletebiasa servis minyak hitam/oil filter etc setiap 3000-5000km.
utk z250 enjin 250cc so kapasiti minyak dlm 2.5l.
kira 1 botor seliter dah rm50, x3 = Rm150
campur oil filter + labor charge dll = stand by rm200 untuk servis
tayar pulak depend dekat jenis.
nak jimat buat ulang alik, pakai tayar touring so boleh la tahan lama (lebih kurang 6 bulan, ikut penggunaan jugak). kalau parking kat rumah je buat lenjan hujung minggu boleh pakai yang sporty.
anggaran kos, dalam rm500 untuk set tayar yg ok
insurans + road tax utk 250cc ni biasa dalam Rm500 ke atas (1st party)
Klau kawasaki RR150?
ReplyDeleteRR150 'panas' sangat...haha.
DeleteDari segi praktikal motor tu sendiri tak ada masalah... cuma remeh dari segi keselamatan. Pengalaman kawan penulis sendiri kena kejar dengan geng penyamun masa balik kerja,tak lama lepas tu RR dia kena rembat. Lagi kesian motor baru berapa bulan je beli, hutang kena bayar jugak.
Tapi kalau dah minat dan tak kisah bagi perhatian lebih untuk keselamatan, memang puas hati pakai RR... lagi2 kalau jenis jiwa kelajuan.
Delete*sekarang dah kahwin tak boleh laju sangat, tak pasal2 kena cubit pinggang..haha
Kip rr panas. Tahun ke-4 pakai motor dah hilang kena curi.
DeleteHehe ..tula..minat..tapi motor tu panas mcm tuan ckp la. Konfoius nk pakai ke tak
ReplyDeleteHehe ..tula..minat..tapi motor tu panas mcm tuan ckp la. Konfoius nk pakai ke tak
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSaya inginkan pendapat tuan.
Saya mencari motor/skuter untuk kerja. Jarak perjalanan pergi 100km dan balik pun 100km so total dalam 200km pergi balik.
Jika diikutkan hati saya mahu autoclutch. Namun saya lebih mementingkan penjimatan dari segi kewangan seperti minyak, roadtax, maintenance.
Sekarang saya baru melihat Yamaha FZ150i, SYM VTS/GTS 200, SYM Evo 250i, Honda PCX.
Jika tuan ada cadangan yang sesuai mohon beritahu. Terima kasih.
Wsalam..
DeleteBanding dari list ni-
Honda PCX saya exclude, sebab tank 6l kurang sesuai untuk jarak perjalanan harian 200km.
Evo 250i saya exclude, sebab harga atas 15k.
Tinggal antara FZ dengan VTS.
Untuk perjalanan mostly dalam bandar, saya prefer FZ sebab saiz ramping lagi tangkas.
Untuk perjalanan mostly atas highway, saya prefer VTS sebab lagi selesa dan stabil, ada windshield tinggi dan posisi tunggangan lagi santai (ni saya kira penting juga bila melibatkan tunggangan jauh harian). Kos maintenance mungkin mahal sikit dari FZ tapi bila dikira keselesaan saya rasa berbaloi dikorbankan sikit penjimatan tu.
Slm? Ok ke demak skyline 200cc ni? Setakat ni ada masalah ke?
ReplyDeletewsalam... tak boleh nak komen lebih2 pasal tak pernah guna sendiri, tapi sebelum ni based on review owner mostly isu quality macam skru parts longgar dan kualiti material. kalau pandai jaga, ok je motor dia
Deleteskyline 200.. Moto saya dh tersadai.. Gearbox rosak. Perjalanan harian 120km, penggunaan selama setahun setengah.
DeleteReview:
1) Gegaran kuat sbb enjin 1 silinder,
2) Kelajuan agak kurang, senang cakap LC 135 pun xleh kejar Kat hiway.
3) meter masuk air, kena sapu silicone utk seal.
4) lampu brek belakang asyik nyala sbb tuil brek tangan kurang kualiti.
5) meter Kelajuan tidak tepat.. Reading 150km/J, tapi LC selama je potong. Lagging lbh kurang 30km/J.
6) penggunaan petrol lebih kurang 2 kali Ganda dari moto cub.
7) ekzos agak rendah & terkeluar, bahaya utk cornering, asyik Sagat jln.
8) stock rantai agak low quality.
9) jumlah SC agak kurang, susah kalau jauh dari SC ni. SC Kat batu cave Cuma buka waktu bekerja & hari bekerja sahaja. Kene ambil cuti utk ke SC. Kene dtg awal2 sangat pagi & que, sbb mekanik Cuma 2 org.
10) swing arm senget, tayar jadi xcenter.
11) engine mounting patah sbb bracket low quality.
12) ekzos boleh tercabut sbb bracket low quality. Sedar2 bracket dah putus sendiri.
13) tank cap low quality, berkarat & rosak.
14) tank plastic, xleh guna tank bag.
15) bentuk agak menarik & nampak besar.
16) gear susah masuk.
17) lampu LED depan asyik rosak.
Nasihat dari saya :
Biar alah membeli tapi menang memakai. Cari la moto yg ada brand. Tq.
Terima kasih atas review jujur Tuan Roy. Lebih kurang 47,000 km mileage dia kan?
Deletebang..insuran untuk moto RR150 first party berapa?
ReplyDeletebetul ke org cakap RR kene tukar piston setiap 20ribu KM?
ReplyDeletetak dapat nak tolong bab insurans... haha. Kena try tanya dekat orang yang tau kira insurans (boleh tanya kat brader2/akak kat kaunter MyEG) atau owner sendiri sebab insurans berbeza ikut faktor value motor, usia dll.
Deletekalau ikut petua2 owner macam tu la, top overhaul setiap 20 ribu km, tukar pistor, piston ring n head gasket. block tak perlu tukar (kadang2 pomen gatal nak pancung suruh tukar jugak)
Antara z250 dgn z250sl...mana yg lebih bagus utk trip pegi blk keje dlm 80km...moto naik 2 org..lps tu utk maintenance bulanan mana yg lg ok..
ReplyDeletez250sl lebih kepada pikap, z250 lebih kepada top speed.
Deletebeza dua2 tak jauh. kalau ikut atas kertas, z250sl sesuai utk perjalanan bandar (stop n go, mencelah dll) vs z250 untuk highway (top speed).
kalau ikut duit poket, mana-mana pun ok.. ikut bajet n selera je... cuma dengan enjin satu silinder, tayar lagi nipis of course maintenance z250sl lagi rendah daripada z250.
sebelum serah duit nak beli tu make sure bawa pillion sekali untuk test seat belakang. lagi2 kalau pillion tu bini sendiri :)
This comment has been removed by the author.
Deleteassalam bro, berAPA anggaran kos maintenance kawasaki z250 sl ye...plan utk ulang alik kerja sejauh 70-80km sehari..minat kawa z250 sl sb cc bsar sdp jalan jauh..cpt sampai tmpt kije..cm skrg ni pning fikir maintenance ..fz 150i mcm mana pula?..mohon sgt2
ReplyDeletesaya pemilik fz150i...dari segi maintenance....agak berpatutan..saya guna minyak enjin yamalube 10-50w,filter ori...selama hampir dua tahun saya berulang alik HARI HARI dari tapah ke petaling jaya-(150km x 2 trip-4jam pergi dan balik)...ternyata memang puas ati...paling penting,rajin2 check minyak enjin kalau selalu long distance trip....baru pakai 2 tahun tapi ODO meter moto dah hampir 100,000km......kesimpulan,fz150i.memg terbaik untuk mereka yang bajet kecik,tapi memerlukan jentera yang boleh dipercayai,untuk jangka masa yang lama...SEKADAR BERKONGSI.
Deletejauh lagi dari saya. ingatkan saya dah jauh 220km/day tg malim-kajang. pengguna FZ150i jugak..maintenance paling ciput.janji tukar myk itam(tu pun pkai 10-40 bli yg myk kereta 4 liter bleh pkai sbulan lebih) tukar myk itam setiap 1500-2000km.2tahun dah brulang tukar rantai sporket 1x baru(pastikan rantai sntiasa brminyak).tayar 3x dah.tu pun makan bunga tengah je.dah berpetak tayar nye yopp.
Deleteplanning nk beralih arah ke r25(new) @ versys 650(2nd hand). boleh suggest mane ok x?
ASSALAMMUALAIKUM,NAK TANYA LAU VTS 200 INSURAN ROTEX UTK TAHUN PERTAMA DAN KEDUA.DALAM ANGGARAN BERAPA RATUS YE?
ReplyDeleteTERIMA KASIH
salam tuan,.. cuma ingin bertanya 2 soalan ..
ReplyDelete1) betol ke z250sl ni ada problem pada milage 40k .. terbaca jugak dalam forum ?
2) antara yamaha r25 vs kawasaki z250sl ? pada pendapat tuan dan sesapa yg membaca soalan ni.. boleh la bagi pendapat... dari segi kos maintnce/keselesaan untuk long distance ( pergi-balik kerja) dan seumpamanya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHampir 8 tahun pakai honda wave 125 s.bila dah berkahwin cadang jual dan beli sym 200 second hand sebab boleh bawa isteri.lagi pun kami berdua montel itu pilihan oalingsesuai.hehe walaupun maintenance mahal sedikit asalkan masih dalam bajet dan menceriakan org tersayang.terima kasih atas artikel yang bermanfaat.
ReplyDeletealhamdulillah.... :)
DeleteAssalam zamir motor honda rs150r boleh ka pergi jauh contoh dari kl ke johor...adakah honda rs150r kurang kebolehan..tangki minyak kecil..harap bagi sedikit matlumat honda rs150r..sbb saya berminat
ReplyDeletewassalam
Deleteselagi mana motor dijaga elok, tak ada masalah untuk perjalanan jauh cuma 'kelebihan' motor kapchai dengan tangki minyak yang kecil ni, terlebih berhenti rehat untuk refueling saja la :)
lain-lain sama sahaja dengan kapchai-kapchai yang dah ada kat malaysia ni, cuma power ada extra sedikit dengan enjin 150cc
Assalamualaikum tn.. sy x tau pasal motor.. tp impian tahun 2017 sy nk hadiahkn suami motor.. bajet sy 10k ke bwh.. suami jenis x memilih.. dia jenis asal boleh.. tp dia selalu cerita psl naked bike.. sy dgr je tp x phm.. bila ckp kt dia.. belila.. dia akn ckp.. itu kehendak bkn keperluan.. sy nk cr yg sesuai dgunakan utk travel >100km pergi blk.. sesuai ikut hiway, jln kg & bndr.. memandang kn suami keje ke site2..minta jasa baik tn cadangkn motor terbaik utk sy jd kn hadiah pd suami.. trima kasih
ReplyDeleteWaalaikumsalam... alhamdulillah, untung suami puan :)
DeleteMotor terbaik overall bawah Rm10k yang saya boleh suggest, Yamaha FZ150i - 150cc. memang tak pening kepala.
Optional:
Kawasaki D-tracker 150 - 150cc.
jenis supermoto, mungkin bukan pilihan suami puan tapi mana la tahu kalau dia berkenan. saiz tangki minyak separuh daripada FZ150i jadi jarak perjalanan sebelum refill semula anggaran dalam 150km. kelebihan D-tracker 150 ni lebih sesuai untuk jalan kampung kalau banding dgn motor lain dlm list ni.
Naza N5 - 250cc
Harga mungkin lebih dari 10k sedikit, bergantung kepada kedai.
Dari segi design n performance, memang lagi baik dari FZ150i.
Kekurangan mungkin dari jenama Naza sendiri yg kurang popular, spare part dan maintenance. Tapi kalau betul2 dah berkenan tak ada masalah.
Puan google gambar tiga2 motor tu, tunjuk dekat suami minta dia pilih mana yang paling berkenan.
Salam tuan..sy nk mntak pndapat tuan..sy brkeje di klia tp stay di klang..kalau naik moto lbh kurang sejam lebih jugak..motor ape yg ssuai utk sy gunakan? Kalau boleh biar jimat minyak sbb sy da brkahwin..hehe..sy brminat dgn duke 200? Pndapat tuan?
ReplyDeleteWsalam..
DeleteNak jimat minyak, tapi nak laju?
Kapchai Y15ZR, RS150R dan FZ150i cukup laju dan jimat minyak. Cuma untuk kapchai kena rajin singgah stesen minyak.
Kalau berkemampuan untuk tanggung maintenance Duke 200, option yg lain try survey Honda CBR250 2nd hand. Biasanya harga lagi murah, cukup selesa untuk jalan jauh atas highway sebab ada fairing dan windshield. Nak pakai box pun sesuai. Saiz tayar (lebar) CBR250 belakang 140, Duke 200 150 so tayar untuk Duke memang konfem lagi mahal... ni penting juga sebab jalan jauh memang kena rajin tukar tayar, biasa 6 bulan sekali ikut compound tayar. Beza paling ketara design je la. Duke 200 lagi ranggi, CBR250 (model awal) lebih kepada touring.
Teruk sgt ke mentenen utk duke 200 ni?
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBergantung kepada kemampuan. Tak teruk tapi semestinya terasa lebih mahal daripada kapchai, lagi2 bila guna utk daily ride schedule maintenance tu lagi cepat sampai. Lagi2 bila sudah berkahwin, kadang2 tu ada yang pakai motor besar tapi tayar tak tukar sampai nampak dawai. Naik motor ni antara paling penting, penjagaan tayar sebab 2 biji tu lah contact point kita dengan jalan.
DeleteSalam tuan,sy bercadang nak angkat Rc200,pakai ulang alik kerja dalam 120km, nk minta pandangan tuan ok ke tak motor ni dari segi mentenance dan sparepart top speed sume la =D
ReplyDeleteWsalam.
DeleteSecara praktikalnya, kurang memuaskan. RC200 dengan rekabentuk aggresif (clip on handle dan footrest tinggi, serta seat rider agak keras) kurang sesuai untuk tunggangan jarak jauh harian. Dari segi power pun, dengan standard configuration tak cukup laju untuk tinggalkan kapchai modi. Maintenance pula lebih kurang dengan Duke, tak murah - tak mahal. Bergantung kepada kemampuan. RC200 lebih kepada tunggangan hujung minggu panjat Genting Sempah atau Berjaya Hill.
Bagi saya, kalau minat jenama KTM pilihan terbaik utk daily ride jarak jauh sama ada RC390 (untuk power yang sepadan dengan rupa) atau Duke250.
Duke 250 2017 memang cun. Cuma tak sure harga n bila available. Dekat website KTM dah update gambarnya.
Deletehttp://www.ktm.com/my/naked-bike/250-duke-1/
Salam bro, sye nk tnye psal maintanence yamaha r25 kalau perjalanan 80 kilo stiap ari.
ReplyDeleteWsalam.
DeleteBoleh refer gambar kat link bawah ni untuk anggaran kos maintenance mengikut mileage.
Anggaran sebulan jarak dalam 1760km so boleh calculate berdasarkan jarak tu. Cuma dlm gambar tak termasuk kos tayar. Biasanya tayar saya tukar 2 atau 3 kali setahun sebab selalu belasah corner so nampak bunga dah tinggal sikit cepat2 bawa ke kedai.
http://bit.ly/mtnr25
Salam. Boleh cadangkan moto untuk ulang alik 150km sehari, 4 kali seminggu & 400km 2 kali seminggu..
ReplyDeleteWsalam.
DeleteBergantung kepada budget tuan. Kalau budget RM30k ke atas, dari segi praktikaliti saya recommend motor sport naked / touring 500cc dan lebih macam Kawasaki Versys atau Honda CB500X. Memang terbukti lasak untuk perjalanan jarak jauh, maintenance pun insyaAllah mudah sebab banyak orang pakai.
Untuk budget sekitar RM20k, Kawasaki z250 atau Duke 250.
Kalau betul2 mampu saya suggest pilih motor cc besar terus. Biasa orang yang mampu ni bila ambil motor 250cc memang tak lama, asyik rasa nak upgrade cc je :)
As'salam tuan..
DeleteSy nk tnya sikit..
Sy badan besar
Berat 110kg
Tinggi 170cm
Klu beli motor r25 nmpk ok ka..
Sy berhajat dgn r25..
Cuma sy xde kepastian lagi psl nmpk sepadan x dgn sy motor ni..
Buat masa ni sy tngh survey 250cc nya..tuan boleh bg conth x yg sesuai dgn sy..terima kasih
Wsalam... biasa yg badan besar ni paling match dengan motor cruiser macam harley davidson tapi option paling murah (dan berjenama) cuma kawasaki vulcan s 650cc.... kalau x kisah pasal jenama, demak pun ada offer motor cruiser yang harga cukup murah juga.
Deletekalau tak minat style cruiser, pilihan lain macam r25 / ninja 250 / z250 antara motor 250cc yang boleh dikira agak besar kalau tuan pentingkan penampilan. harap membantu :)
as salam,tuan.tumpang tnye,saye cari moto yg 250cc ke bwh dn bersaiz besar.saye agak berminat dngn naza n5 tetapi org tua saya xberapa setuju krn jenama yg kurang dn penjualan balik xmenguntungkan.jd ape suggest yg dpt tuan bagi slain drpd model naza tu?harga bwh 13K
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteas salam tuan adakah z250 sl sesuai untuk perjalanan jauh..seperti contoh dari kl ke perak..dalam sebulan 2 kali perjalanan..
ReplyDeletewsalam....kalau motor standard tak ada masalah bawak jarak jauh. lagipun kl ke perak tak jauh sangat. cuma stand by tools sendiri mana tau jadi apa2.
Deleteterima kasih tuan atas respon yang diberikan
DeleteBerapakah kelajuan selesa untuk perjalanan jarak jauh bagi z250sl yang mempunyai top speed 153km/h
DeleteBiasa untuk motor 250cc, 120-130kmj masih kira santai lagi. Masalah utama motor single cylindermaxam z250sl ni biasanya vibrate lagi2 untuk long distance so glove wajib ada.
DeleteAssalamualaikum..tuan zamir..saya minta pendapat tuan..saya sedang buntu sekarang..antara yz15r , rs150r dan fz150i..yg mana lagi berbaloi tuk saya beli..kalau penggunaan saya hanya untuk ulang alik Rumah ke kerja dengan jarak lebih kurang 120km..melalui jalan highway campur dgn jalan bandar yg sesak..mohon pertolongan dari tuan
ReplyDeleteWsalam. Semua OK tapi untuk long distance saya prefer tank besar so FZ jadi pilihan.
DeleteTerima kasih tuan..tp kalau z250sl..mentenen bulanan anggaran berapa ya tuan??minyak kuat x??
Deletemaintenance mahal sikit je dari kapchai, tapi masih dalam range harga mampu. fuel consumption pun ok tapi kalau asyik lenjan top speed je memang ke laut la..haha
DeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteBolehkah Tuan bercerita dengan lebih terperinci berkenaan penggunaan skuter 200/250 cc ke atas(Kebaikan dan keburukan) untuk penggunaan di dalam bandar Kuala Lumpur serta basic maintenance bulanan/tahunan skuter termasuk anggaran kos berbanding motor kapcai.
Terima kasih
Wsalam. InsyaAllah akan diupdate bila berkesempatan mengarang. Buat masa ini, saya senaraikan di ruangan komen dulu ya.
DeleteKebaikan :
1. Pecutan pantas. Trafik light hijau je sekejap dah jauh di depan. Berguna juga bila nak potong lori atau kenderaan lain dalam keadaan jalan sempit.
2. Mudah dilihat oleh pengguna lain. Biasanya skuter maksi ni lampu depan dan belakang cukup jelas untuk dilihat pengguna jalan raya lain.
Keburukan:
1. Agak berat, terutama bila kita nak menyelit sambil bawa perlahan. Kena pandai main throttle.
2. Susah nak menyelit sebab lebar badan yang besar. Tak seperti sportbike, tapak letak kaki skuter tu menyukarkan penunggang untuk turunkan kaki ke atas jalan.
Maintenance tak semurah kapcai, tak semahal sportbike. Masih mampu milik.
Terima kasih En Zamir atas ulasan yang cukup komprehensif. Sangat membantu dan saya sudah pun share page in kepada kawan-kawan.
ReplyDeleteSaya cadangkan Tuan membuka sebuah laman web seperti laman web Paul Tan tetapi menumpukan penulisan tentang motosikal, semua kategori, dalam bahasa Malaysia.
Tuan mempunyai gaya penulisan yang bagus dan tidak prejudis. Maka sesuai untuk ada kan laman web review motosikal yang dilancarkan dan bakal dilancarkan di Malaysia.
www.zamriyusof.com We look forward for the birth of the most popular motorcycle web page in Malaysia.
Salam Tuan, harap dapat bg pndgn.
ReplyDeleteSaya sedang mencari moto utk kegunaan ke tempat kerja di KL dan prjlnan jarak jauh. Pada pendapat tuan model 'KTN GP 125' sesuai tak dan mcm mna dengan spare part dan sbgainya, senang dapat atau bnyk problem x? Dilema.
Harap sgt tuan boleh bagi pandangan.
Bagi saya kalau melibatkan kegunaan ke tempat kerja jarak jauh seeloknya pentingkan reliabiliti. Banyak problem tu saya tak pasti sebab tak pernah cuba sendiri tapi yang tentu spare part tak semudah jenama Yamaha atau Honda. Memandangkan GP 125 ni dalam kategori cafe racer, saya agak sudah ada group khas di FB. Mungkin tuan boleh join group owner untuk bertanya lebih lanjut mengenai pendapat mereka.
DeleteSalam.. tuan... mtor sy rxz baru hilang hari tu... skrg ni tengah cari moto yg sesuai dengan kerja saya yang banyak kena runner area KL-shah alam... sblm ni pkai rxz memg syok kesana kemari, skrg ni nk cari moto yg x 'hangat' sgt.. motor apa ye yg sesuai? Saya tinggi 175cm berat 100kg..
ReplyDeleteSaya nak cari motor 2ndhand.. guna 2x je sminggu..
DeleteWsalam.
DeleteFZ 2nd hand banyak yang murah sekarang, cukup power dan reliable. Spare part pun senang cari.
Kalau selalu parking tempat berisiko saya cadangkan Suzuki Belang. Tertinggal kunci pun belum tentu hilang. haha. Tapi kena accept design dia sahaja la.
Ohh noo, belang memg power tp tang design je out... selain fz ada lagi x yg dicadangkn? Bajet bawah 5k.
DeleteLC model lama ada lagi... Sekarang ni mungkin la dah kurang panas sebab Y15Z dah released.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetuan,baru2 ni naza bwk kluar n5r body pn cantik tuan buat review skit bole x? and antara naza n ktm mna lgi sng nk jga n murah dri segi maintenance dan spare parts
ReplyDeleteTak berkesempatan untuk buat test ride buat masa ni...haha. Kalau dikira personal taste saya lagi prefer model naked daripada yang berfairing, tak de la rasa macam 'wajib' bawak laju.
DeleteDari segi murah, menang ke Naza. Part pun boleh kacuk dengan motor lain kalau pomen pandai. KTM ni jenama dah meluas jadi dari segi maintenance n parts tak susah macam dulu, cuma harga keras sikit je.
Tuan sy nak tanya ttg vulcan s 650, dari segi penjimatan minyak, servis dan aftersales. Lgpun sy nak buat motor ni sbgai daily commuter dan jarak dr rumah ke tmpt kerja dlm 40km ulang alik 80km. Jln yg sy lalu xla jem sgt.. soalan terakhir adakah model ni nmpk sgt veteren atau perlu digayakan dgn helmet yg sesuai?
ReplyDelete1. memang jimat minyak. Sebab motor ni bukan designed untuk kelajuan (walaupun top speed boleh cecah 180kmj biasanya rider cruiser akan bawa sekitar 110-130kmj), biasanya satu full tank 14liter atau Rm32 mengikut kiraan semasa boleh pergi sejauh 300-350km.
Delete2. servis dan aftersales tak perlu risau. vulcan kongsi enjin yang sama dengan ninja 650, versys dan er6 so parts dan kemahiran pomen mudah dicari.
3. vulcan ni kacukan gaya klasik cruiser dan moden, dan paling penting sekali bukan harley davidson so tak perlu nak ikut gaya rider harley..haha.
Seeloknya gunakan helmet yang yang menepati ciri keselamatan. Helmet open face seperti kebanyakan rider kapchai pakai dah cukup tapi pastikan berkualiti. Biasanya helmet open face jenama Givi jadi pilihan, sebab ada built in visor gelap (Elakkan open face dari jenama Arai/Shoei, dua2 jenama ni 'panas')
Harap membantu :)
Helmet ARC pun panas juga..dlm rumah pun boleh lesap..
DeleteKHI juga yang selamat. Kalau hilang pun ada alasan nak tukar helmet baru...hehe
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Tuan, saya sekarang bercadang nak amik skuter bajet. Yahama Avantiz 125. Jarak rymah ke tempat kerja lebih kurang 40km. Ulang alik jadi 80km Semenyih-KL. Sekarang kapchai lagenda FI. Minyak rm4 sehari. Jalan agak jem utk 15-20km. So, tak larat nak main gear. Enjin pun cepat panas. Skuter avantiz katanya ada system bluecore utk menyejukkan enjin dan jimat minyak. Jadi dari segi ketahanan, penggunaan minyak maintainance bagaimana ya pendapat tuan? Nak amik nmax tak mampu. Huhu
ReplyDeleteWsalam. Actually Ego Avantiz masih guna sejukan udara macam Lagenda. Blue Core ni lebih merujuk kepada optimization sistem fuel injection Yamaha, katanya lebih power n lebih jimat minyak. Berapa banyak jimat, tak dapat dipastikan sebab ujian yg ada cuma dalam makmal. Mungkin jimat sikit... tak pasti.
DeleteDari segi fuel consumption, ketahanan dan maintenance, lebih baik kapchai daripada skuter. Kalau kemampuan cukup2, seloknya maintain dahulu dengan Lagenda tu. Boleh cuba turunkan dulu ratio sproket (guna mata sproket belakang rendah 1 atau 2 gigi) untuk maintain gear 3, tak adalah motor cepat sangat mengerang mintak naik gear 4.
Salam tuan..saya nk tnye..harga motor yamaha fz150i klau loan kedai brpe ek...ikat maybe dlm 3 or 5 tahun..yamaha r15 mmg xde kt malaysiaeh tuan??
ReplyDeleteWsalam. Loan kedai ni ikut tokei jugak berapa rate interest nak bagi. Tapi kebiasannya memang lagi tinggi dari rate AEON. Anggaran dalam RM500 sebulan untuk 3 tahun.
DeleteYamaha R15 ada kat Malaysia, tapi import sendiri... tak ada dealer yang nak tolong bawa masuk. Harga, memang keras dan padu.
Assalamualaikum tuan.. Saya nak tanya pendapat tuan pasal Demak DTM ne... Antara DTM 150 dengan DTM 200 yang mana lebih baik untuk tahan lasak, pakai pergi kerja dan pakai pergi konvoi...
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Lebih kurang je dua-dua tu, beza pada sesaran enjin je.
DeleteNak kata tahan lasak, maaf cakap kualiti Demak masih belum sampai tahap Kawasaki (dari perbandingan model DTM dengan D-Tracker) tapi untuk kegunaan harian masih mencukupi. Asalkan jaga daripada jemur tengah panas dan tak selalu langgar bumper tengah jalan.
assalamualaikum tuan..
ReplyDeletesy cadang nk ambik honda pcx 150..ada yg kata spare part motor ni mahal..apa komen tuan?
mana yg better antara pcx 150,fz dan y15r?sy buntu
terima kasih
waalaikumsalam...
Deletebagi saya 3 motor ni ok bergantung kepada keperluan tuan. saranan saya, cuba ke kedai motor dan lihat sendiri motor tu. sambil-sambil boleh cuba duduk, tengok feels dia macam mana.
pcx150 kategori skuter dan tak banyak kelibat atas jalan raya, jadi mungkin harga spare part mahal sedikit tapi masih dalam range mampu
Salam tuan, sy nk bertanya..sy ulang-alik kerja setiap hari +- 200km pergi & balik. Bercadang nk ambik Kawa Z250 @ Duke 250. Tp lepas buat survey2..ramai yg ckp duke ni "ready to claim". Tp bila tanya pomen, diorg ckp duke ni manja so semua spare part dia kena brg dari duke jgk. Utk Z250 plak mcm x kisah sgt ttg spare parts dia. So persoalan sy, dari segi maintenance & minyak..tuan rasa mana lg sesuai kedua2 ni? dengan jarak perjalanan yg jauh camtu daily use..6 hari seminggu...
ReplyDeleteWsalam... dari segi maintenance, memang terbukti dari dulu lagi motor jepun memang praktikal dan tahan lasak. Untuk fuel consumption pula, tak jauh beza sebab masing-masing dalam julat performance yang sama. Kalau tuan pentingkan praktikaliti, memang z250 lah jawapannya.
Deletep/s : Kalau ikutkan saya, saya pilih Duke 250 model 2017 punya sebab rupa dia lagi garang..haha
assalam ..nak tanya.. betul ke tahun ni last production 2 stroke? beberapa hari lps saya ada tanya kedai, kedai kata tahun ni last, betul ke?.. and nak tanya berbaloikah angkat moto 2 stroke zaman skrg ni?
ReplyDeletewsalam...
Deletetak dapat nak pastikan betul ke tak pasal tiap2 tahun itu je la ayatnya. yang pasti memang banyak pengeluar dah stop production untuk motor 2 stroke n diorang provide replacement model dlm bentuk 4 stroke (cth; Ninja 150RR diganti dengan Ninja 250SL)
berbaloi ke tak, bergantung kepada tujuan. kalau beli untuk kelajuan sahaja, memang 2 stroke jawabnya. dari segi praktikal buat ulang alik kerja 4 stroke lagi cekap
salam tuan,saya ulang alik pergi kerja 400km sehari,cadang nk ambik ktm rc 250.berbaloi ka?nak ambik cc lg besar ,x berkemampuan lg..sekarang pakai fz
ReplyDeleteWsalam....
DeleteJauh betul tu tuan 400km sehari... satu arah sahaja dah 200km.
Kalau jauh macam tu saya tak galakkan motor yang fokus pada racing macam RC. Pilihan terbaik untuk touring jarak jauh 250cc sama ada R25, Ninja/Z250 ataupun CBR 250. Kalau bajet mengizinkan, boleh cari motor second hand seperti Kawasaki ER6N atau Versys, boleh dapat dalam julat harga sekita 20k bergantung pada tahun keluaran.
Andai kata jarak tu typo sahaja, tuan letak terlebih kosong di belakang ... tak ada masalah dengan kalau betul2 berminat dengan RC250. Cepat lenguh pada sendi lengan dan belakang mungkin ada sebab designnya yang fokus pada kendalian dalam litar tapi kalau dah minat, apa ada hal kan?
mmg betul 200km sehala,bdn dah lali..x pikir penat dah,pikir balik rumh dpt tgk ank2 hehe..tq tuan atas pandangan..
Deletesalam tuan, kalau tinggi dalam 162 cm motor apa yang sesuai untuk cc 500 ke atas?
ReplyDeleteWsalam.
DeleteBiasanya untuk orang yang rendah pilihan selamat dengan motor kategori cruiser macam Kawasaki Vulcan S atau Harley Davidson. Sport/Naked Sport pun okay tapi mungkin kena berjengket.
Kalau minat adventure/touring memang susah sebab kategori ni memang tinggi ² tapi ada juga sesetengah jenama yang offer versi seat height rendah mcm Triumph Tiger XCx
saya minat xj6 tapi boleh adjust rendah ke?
DeleteTuan boleh cuba cari 'lowering kit'. Kit ni macam monoshock extender yang biasa owner LC/FC pakai, tapi untuk rendahkan motor dengan adjust shock mounting point. Harga dekat Malaysia tu kurang pasti pula, mungkin boleh tanya sekali tokei kedai motor semasa pembelian.
Deleteyamaha fz150 atau demak skyline?dari segi kos maintenance dan perjalanan lebih kurang 200km balik kampung?
ReplyDeleteYamaha FZ150.
DeleteKos maintenance murah je, standard maintenance kapchai sekarang. Spare part senang dapat, pomen pun dah ramai tahu bikin.
Salam tuan..sy balik weekend sebulan 2 kali..dari kemaman ke johor bahru..jarak anggaran 400km..antara model Yamaha y15zr,Fz 150 dan Honda rs150r yang mana paling sesuai utk jalan jauh?jika budget sy bawah 10k motor superbike apa yg boleh dpat..tq tuan
ReplyDeleteWsalam.
DeleteUntuk jalan jauh memang FZ150 sahaja antara 3 tu. Satu full tank boleh pergi lebih 350km dengan speed santai sekitar 100km/j, tak adalah kena banyak berhenti isi minyak.
Bajet bawah 10k memang susah nak dapat superbike, tuan..hehe. Kalau sportbike tu banyak pilihan, tapi second hand sahaja lah. Saya rekemen Honda CBR250R atau Ninja 250. Dua-dua motor ni sedap jalan jauh. KTM Duke 200 pun dalam harga ni juga tapi dari segi top speed mungkin kurang memuaskan untuk perjalanan atas highway banding dengan dua motor tadi.
salam tuan, saya tgh survey satu model moped dari BENELLI model RFS 150i ni. tgk design and spec mcm cantik. harga pon murah dari Y15zr and RS150r. apa pendapat tuan dengan model ni?
ReplyDeleteWsalam... Kalau tak ada merancang untuk modify banyak, RFS150 ni kira berbaloi juga dengan apa yang ditawarkan.
DeletePengalaman 5 tahun ulang alik kerja Putrajaya-KL 80km 5 hari seminggu..FZ mmg terbaik. Kalau kapcai kena singgah isi minyak 3x smggu, fz skali je. Jimat masa. Mentenen murah mcm kapcai. Layan MEX hgway sempoy. Masuk town pun x susah.
ReplyDeleteTapi sekarang pindah perlis, serba serbi dekat dah mula rasa letih naik FZ... bercadang kembali berkapchai wlpun minat moto tank besar
angkat 125z jer bro
Deletedah biasa guna fz kemudian beli 125z confirm menyesal, baik ambik kapcai 4 stroke balik, minyak jimat
Deletesalam bro..jenama demak ni okey tak? design dah cun mcm yamaha tp kualiti dia okey tak?
ReplyDeleteWsalam... bab kualiti masih di bawah, sepadan dengan harga. Untuk kegunaan biasa tak ada masalah. Enjin jaga seperti kapchai lain, servis ikut time. Cuma part plastik dia cepat kusam kalau selalu jemur bawah panas matahari.
DeleteKalo nk lenjan better guna jenama lain yg lg tahan..tp kalo nk pki biase2 ok je
DeleteAssalamualaikum.. mohon review kelebihan kekurangan z800 & Z1000 tahun 2014 ke bwh 2nd... Sesuai ke pkai daily office ipoh kuala kangsar dlm 60km pergi
ReplyDeleteBalik .. maintainance?
Waalaikumsalam....
DeleteDari segi power, of course z1000 lagi tinggi sebab 1000cc.
Dari segi maintenance hampir sama sebab dua-duanya 4 silinder, beza sedikit pada cc sahaja. Sekali servis setiap 6000km (3 bulan lebih kurang) dalam Rm500-600, untuk minyak hitam, oil filter dll. Tayar pula setiap 10,000km (5 bulan, lebih kurang), lebih RM1,000 untuk sepasang tayar sport.
Kalau tuan rasa agak mahal maintenance tu saya suggest downgrade ke 2 silinder macam ER6n atau Versys untuk daily usage, boleh jimat separuh dari kos maintenance tadi.
Salam tuan Zamir.. Sy pegi keje hari2 140km pegi balik 6kali smgu lalu hingway & jln biasa.. Sy tgh servey 2 moto secondhand ni fz150i dan sym t2 250i.. Mana yg baik dari segi mntnance, performance & fuel cosumption.. tq..
ReplyDeleteWsalam...
DeleteDari segi maintenance & fuel consumption > FZ
Performance & style > T2
Margin beza dua2 motor ni tak jauh, so mana2 pun ok. Cuma untuk T2 ni kena ambil tahu sikit cara maintenance, in case pomen terdekat tak tahu nak buat atau tak ada spare part penting macam oil filter.
Salam tuan, mohon pndgn dan cdgn..sy berulang kerja sejauh 200km(pergi-balik) ke Bkt Fraser, dengan keadaan jarak dan jalan berliku..apa jenis motosikal yang sesuai bg (pening memikirkan)..tq atas pndgn dan cdgn tuan
ReplyDeleteWsalam...
DeleteSaya prefer Kawasaki z250SL. Ringan, body ala2 FZ tapi lagi power sesuai untuk pikap dan jalan jauh.
Cuma kurang best seat belakang dia kecil, mungkin kurang selesa untuk pembonceng (kalau ada)
Boleh juga consider Duke 250 2017 untuk gaya lebih kepada motor besar. Cuma dari segi praktikal dan kos servis, z250SL > Duke 250.
Tq tuan
DeleteAssalam tuan,nak tanya patutke saya beli motor 2ndhand atau beli motor yang ada FI ke kerja untuk penjimatan minyak .Bajet saya bawah 5k tuan.Mohon penjelasan dari tuan.Terima kasih
ReplyDeleteWsalam. Agak sukar untuk berikan pendapat yang jelas memandangkan saya tak tahu motor 2nd dan motor FI yang tuan rancang untuk beli.
DeleteDalam keadaan standard dan penggunaan harian biasa, FI lebih jimat tapi tak jauh beza dengan motorsikal bersesaran sama yang gunakan karburetor, contohnya seperti Lagenda biasa dan Lagenda FI... melainkan tuan compare contohnya antara 125z 2nd hand dengan Lagenda FI baru.
Saya bercadang kalau FI tu saya nk ambil antara honda wave dash,wave alpha,future dan yamaha lagenda 115zr walaupon terlebih kos demi penjimatan minyak dan yang 2nd tu mngkin model2 lama di atas plus ex5 sambil tu boleh simpan duit sikit.So apa pendapat tuan dan mana motor yang terbaik overall? Terima kasih :)
DeleteKalau berkemampuan untuk beli motor 2nd tu secara cash, lagi jimat.
DeleteKalau secara loan, lebih baik motor baru sebab loan untuk motor 2nd hand lagi tinggi kebiasaannya. Untuk kapchai secara jujur saya prefer Suzuki sebab selain lagi murah, materialnya juga lagi berkualiti, so dalam konteks ini saya prefer Suzuki Smash Fi berbanding dengan Wave alpha yang sama harga dalam Rm4,9k. Ada bajet lebih, terpulang sama ada Wave Dash, Future atau Lagenda ikut cita rasa tuan cuma kalau pilih Future, ada kelebihan boleh simpan helmet bawah seat.
Salam tuan, skali lg mohon pencerahan..sy ade tgk model KTN RS3(250)..gaye cam sesuai dgn laluan pergi-balik sy yg lasak dan bajet..ape komen tuan ttg motor ni? Tq ats segala maklumat..
ReplyDeleteWsalam. KTN RS3 ni OK, tapi salah satu masalah utama mungkin susah nak dapatkan part dan reliabiliti sebuah motorsikal CHina. Cuba periksa dengan bengkel atau pengedar yang terdekat dengan tempat tinggal/kerja tuan sama ada mereka mudah dapatkan spare part.
DeletePendapat jujur saya, biar alah membeli, memang memakai. Tambahan pula dengan perjalan seharian tuan yang memang mencabar.
salam, nak tanya pasal yamaha ego avantiz. boleh terangkan pasal dia secara overall tak? sy try google banyak kali tapi tetap tak faham. lgpun tak ramai yg pakai avantiz ni i guess (sbb review kat internet pun ada seketul dua jer). adakah dia sama jer dgn ego solariz? tolong sy, sy dlm dilema nak beli skuter. sy takut skuter pilihan sy (avantiz) tu tak ok. huhu
ReplyDeleteWsalam. Ego Avantiz dan Solariz hampir sama sahaja dari segi feature cuma beza ketara dari segi gaya, Avantiz lebih maskulin dan sporty dengan fairing bersudut tajam manakala Solariz pula walaupun sporty tidaklah ke tahap extreme seperti Avantiz. Tepuk dada, pilih mana yang lebih menepati gaya.
DeleteAs Salam tuan, saya nak bertanya perbandingan skuter Yamaha, Honda, Suzuki, kymco atau Piaggio Liberty, perbandingan setiap skuter tersebut dari segi kecekapan, ketahanan dan kos penyelenggaran yang mana lebih berbaloi.
ReplyDeleteWsalam.
DeleteKalau tuan mahukan skuter yang flexible, cukup berkuasa, maintenance sederhana dan harga yang mampu milik sekitar Rm12,000, saya sarankan tuan consider Modenas Elegan 250 yang baru. Model ni rebadge dari skuter Kymco Downtown jadi dari segi kualiti agak meyakinkan. Untuk pembeli yang berkemampuan, saya rasakan Elegan baharu ni cukup berbaloi berbanding skuter lain.
A'salam Tuan,
ReplyDeleteBole bagi pendapat, saya duduk di Shah Alam, dapat tempat kerja baru di Cyberjaya, sedang berkira2 nak bawak moto semula (time dulu2 masih dgn Modenas)...
Bole beri pendapat moto apa yg sesuai....
Hanya untuk weekday ulang alik sahaja
Wsalam. Kalau tuan nak berjimat dan fokus pada praktikaliti sahaja, mana-mana kapchai sesaran 110-135 dah dikira ok. Tak cukup laju atas highway tapi cukup memadai untuk jarak perjalanan 30km / ~40 minit satu arah. Biasanya motor-motor ni hampir sama sahaja ada kelebihan dan kekurangan sendiri, jadi paling mudahnya pergi ke kedai motor dan pilih yang paling menarik perhatian tuan.
DeleteSambil2 tu, take note juga kelengkapan lain seperti ruang simpanan bawah pelana kalau ini merupakan salah satu kriteria yang diperlukan. Ada yang cukup besar untuk simpan helmet, ada yang hanya muat untuk satu set baju hujan dan ada yang hanya boleh letak set tools asas.
Hi.. nak tnya saya duduk bangi, kerja di port klang. berminat dgn r25.. adakah berbaloi? perjalanan hari2 pegi kerja.. ataupon fx shj?
ReplyDeleteKedua-dua motor ni cukup OK untuk daily ride jadi berbaloi atau tidak, ikut kepada kemampuan. Kalau gaji sebulan lebih daripada cukup, berbaloi bayar lebih untuk R25. Tak berbaloi pula kalau R25 punya pasal, tiap-tiap hujung bulan terpaksa ikat perut.
Deletesalam..saya nak tanya pendapat tuan, saya di JB dan orang rumah di KL..Pada pendapat tuan moto yang mana sesuai digunakan untuk perjalanan jauh seperti itu..
ReplyDeleteBergantung kepada bajet tuan dan minat tuan. Biasanya minima motorsikal 250cc seperti Ninja 250/R25. Untuk 500cc ke atas ada pilihan sama ada jenis touring seperti Versys / CB500x atau sportbike dengan ciri-ciri touring seperti Z650 / CBR500F.
DeleteAssalamualaikum tuan,
ReplyDeletesaya dah lama berminat dengan motor berkuasa tinggi dan ingin bermula dengan CC rendah kerana belum ada pengalaman menunggang motor seperti ini.
Pada pendapat tuan, untuk perjalanan lebih kurang 40km pergi balik kerja . manakah yang lebih berbaloi dan sesuai antara R25 dengan Z250 ? atau tuan ada cadangan tersendiri?
.
Waalaikumsalam...
DeleteSecara peribadi saya pilih motorsikal naked sebab mudah selenggara, jadi kalau bajet bukan masalah saya pilih Duke 250, atau CBR250R atas sebab keselasaan untuk perjalanan jarak jauh.
Untuk yang baru memiliki motor, saya sarankan motorsikal 250cc daripada Yamaha atau Kawasaki atas sebab populariti; mudah untuk cari servis dan alat ganti serta komuniti yang lebih besar.
ASSALAM EN.ZAMIR
ReplyDeleteSAYA PEMINAT MOTOR BERKUASA TINGGI...SY ADA SEDIKIT PERTANYAANTENTANG MOTOR DEMAK SKYLINE 200cc (MOTOR MAMPU MILIK)...
-SY PEREMPUAN DAN KETINGGIAN SY CUMA 151cm SJE...BOLEH KE BAWA MOTOR INI,PRNAH CBE NAIK (TIDAK TUNGGANG) KAKI SY JONGKET.
-ADAKAH ABSORBER MOTOR BOLEH DIRENDAHKAN.
Waalaikumsalam...
DeleteAsalkan sebelah tapak kaki boleh letak atas jalan pun dah ok, cuma lenguh sikit la kalau menunggu lama dekat traffic light.
Absorber standard tak boleh direndahkan. Perlu modifikasi tukar kepada adjustable, boleh rujuk pada kedai/bengkel motor.
terima kasih en.zamir atas ulasan encik...sgt m'hargai...
Delete-angah (rawang)
sama2.... have fun and stay safe
Deletein shaa allah...terima kasih en.zamir
DeleteBetul, saya setuju ninja 250r dn R25 paling popular utk sportbike 250cc. Tapi klau dari segi availability sparepart, saya lebih prefer ninja (wlaupun saya pemilik R25). Berdasarkan pengalaman sndiri, sparepart r25 kalau order tu ada tapi LAMBAT smpai. Terutamanya klau eksiden dn tunggu sparepart yg diorder smpai kedai.. Berbulan2..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam abg zamir..saya nak tnya pendapat..skrg ni saya pakai modenas gt128, ulang alik kerja isnin jmaat..pergi balik 80km++ dari setia alam ke rawang..jalan yg sy guna bukn highway tapi jalan biasa..tapi mslh jalan biasa ni agak teruk sket terutama di kwasan meru..sy berminat nak smbr motor pd awal tahun dpn..pndpt abg zamir, motor apa yg paling sesuai iaitu handling yg sdap, minyak yg boleh kata save..dan sy xnak laju pun, cuma boleh maintain kelajuan dlm 100kmj..modenas pulsar ns 200 ok x?
ReplyDeletewsalam... pulsar ns200 pun ok. saya ada kenal sorang owner baru ns200, tak ada komplen daripada dia
DeleteSalam tuan zamir...motor apekah yg sesuai dgn perjalanan ulang alik kerja 40 km sehala..kriteria tambahan motor yg tidak sakit badan bila menunggang & bajet bwh 10k...x kisah motor/skuter..terima kasih
ReplyDeleteWsalam... Boleh consider Modenas NS2oo, 200cc cukup sedap ride jauh.
DeleteAssalamualaikum bro zamir,
ReplyDeleteSaya ingin memohon pendapat bro zamir.. Jarak perjalanan saya ialah 450km setiap hujung minggu (balik kampung). Saya ingin mencari motor yang sesuai untuk kegunaan seperti ini. Antara pilihan saya ialah :
1. Yamaha R25
2. Kawasaki z250
3. Honda CB500x
4. Honda CB500f
Dari segi bajet kewangan saya akan memilih No 1 atau 2, tetapi saya agak risau dengan kedudukan postur badan ketika menunggang (sakit pinggang) kerana jarak perjalanan mungkin mengambil masa 2-3 jam. Jika diikutkan dari segi keselesaan pula No 3 tetapi terpaksa mengorbankan bajet yang lebih kerana dari kos maintenance 500cc pasti lebih tinggi berbanding 250cc.
Apa pendapat bro zamir??
Terima kasih.
Waalaikumsalam...Kalau betul2 berkemampuan, lebih baik belanja lebih untuk cc lebih besar. Bak kata pepatah, "no replacement for displacement"
DeleteR25 dan z250 walaupun cc lebih kecil, dengan status sebagai sportbike akan buatkan rider menunggang dengan lebih 'bersemangat'. Kesudahannya tetap membawa kepada kos maintenace yang agak tinggi.
zamir,
ReplyDeletesaya sedang meminati Honda Rebel 500 atau model yg dipanggil CBX500. apakah model ini bakal memasuki pasaran malaysia? Jika benar, berapa harganya?
CBX500 motorsikal touring. Honda Rebel 500 ni kod dia CMX500. Akan masuk pasaran Malaysia bulan 8 nanti . Harga pula saing-saing Vulcan dengarnya, dalam Rm30k
DeleteAs salam tuan. Setakat ni antara dua mana yg ok untuk motor pergi balik kerja sehari 120km. Samada yamaha r25 atau z250? Antara keduanya mana satu yg selesa maintain kelajuan 160km/hr ? (Motor touring tak minat kecuali cc besar terus jer ok la). Terima kasih.
ReplyDeleteWsalam. R25 lagi sesuai untuk maintain kelajuan tinggi sebab rekaan aerodinamik. Nakedbike macam z250 tak sesuai bawa laju sangat sebab kesan angin memang kuat, boleh penat badan (melainkan tukar kepada windshield lebih tinggi)
Deleteas salam tuan,
ReplyDeletenk minta pandangan tentang yamaha r25 @ versys 650(2nd tahun 2013,2014) mana lagi better.daily use(220km) tg malim-kajang( 1jam 15minit/trip)
nk tnya tentang :
1.maintenance
2.monthly installment mcm lebih kurang(rm500++ , 5tahun)
3.pengunaan petrol
4.keselesaan tunggangan (hyway trip)
5. kelajuan ideal antara keduanya (rpm sedang2 x menjerit)
dah lama pikir ni nak amik mana 1. sebab skg pakai fz150.motor cun xde msalah, cume nk upgrade (kurangkan masa di hyway)
wsalam...
Deleteuntuk jawapan terperinci boleh semak post2 di group fb dua2 motor ni tapi secara general saya pilih Versys atau Er6 second hand daripada R25 kalau nak upgrade daripada FZ150.
jiwa permotoran tuan sama macam saya la,lebih kearah versys.% nak ambil versys makin menaik ni..tqvm atas comment.
DeleteSama2...umur nak masuk 3 series ni memang cita rasa berubah sikit..haha
DeleteKalau tuan minat touring, boleh consider juga Versys X-250. Enjin 250cc parallel twin daripada Ninja 250 dengan harga sekitar Rm24k.
yang mana lebih ok? Honda PCX atau Yamaha NMAX
ReplyDeleteHampir sama. Saya pilih NMAX, lagi murah
Deleteas-salam tuan zamir,
ReplyDeletesaya nak minta pandngan tuan ..saya sekarang sedang dilema nak pilih antara ninja 300 dengan ktm rc390 jarak ulang-alik pergi balik kerja dalam 130km klang-kl. Dua-dua jentera ini mempunyai pron and corn yang berbeza, soalanya tuan disini jentera yang manakah sesuai dari segi highspeed, cornering dan cruising yang selesa dalam 140-150.saya berumur 24 dan gemar melayan selekoh2 lagi-lagi melayan selekoh ulu yam.bagaimana pula keselesaan pilion di belakang
Wsalam. Overall prakatikaliti saya pilih Ninja 300. Tapi kalau hati dah berkenan sambar je RC390 tu. Cons utama bagi saya pada ergonomics RC390, posisi dia terlalu focus untuk kegunaan dalam litar. Kalau selalu ride solo, boleh manage lagi RC390. Kalau belakang selalu ada mem, tak perlu seksa diri sangat..ambil Ninja 300 :)
DeleteAssalamualaikum...bagi pendapat bro kalau sy ambil skuter Yamaha Ego Avantiz utk long distance...contoh sy pergi balik kerja 60km sehari....walaupun ianya takda liquid coolant tapi efficiency dia agak menarik dengan enjin blue core terbaru...cuma nak tanya pendapat bro bagus ker kalau Ego Avantiz ni untuk tunggangan long distance?
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Tiada masalah, asalkan sanggup terima Ego Avantiz bukan direka untuk kelajuan atau lebuh raya :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAS salam. Tuan... Saya baru beli Pulsar NS200. Tinggi sangat sehingga kaki saya terjengkit. Bagaimana saya hendak rendahkannya.
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Pakai high heel ^^
DeleteAssalamualaikum Tuan, nk minta pendapat.. sy & suami skrg tgh surver nk beli skuter utk harian pergi kerja.. kami tinggal dkt subang & keje di Bangsar.. skrg kami ada kapcai Honda EX5.. selalu jugak mengadu sakit pinggang setiap kali balik keje.. skrang tgh riki nk beli skuter.. yg mana satu kami x pasti.. masih tercari2.. hope tuan dpt beri sedikit pencerahan dkt kami mengenai maintenance & kelebihan skuter tersebut. Kena dengan baget kami sebln dlm RM300..
ReplyDeleteTerima kasih..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam tuan..antara z250sl dan duke 200 yang mana okey?
ReplyDeleteWsalam... Saya prefer z250sl.
DeleteKalau nakkan Duke juga, boleh tunggu Duke 250... lagi mengancam design yang baru.
Assalamu'alaikum,
ReplyDeleteSaya cadang untuk beli moped 150cc. Tapi saya keliru antara Yamaha Y15, Honda RS150 dan Benelli RFS150i. Hati tertarik dengan Benelli tapi ramai kata headlamp macam "Power Rangers", "Kamen Rider". Penggunaan 3 spark plugs juga memusykilkan. Boleh tuan dan yang lain2 bagi pendapat agar memudahkan pilihan saya.
Terima kasih.
Wsalam...
DeletePilihan paling mudah mestilah Y15ZR, spare part banyak. Boleh dikatan hampir sama sahaja ketiga-tiga motor ni, cuma pilih mana satu yang paling berkenan je.
Tentang 3 spark plug tu saya ada ulas di blog PanduLaju
https://pandulaju.com.my/palam-pencucuh-berganda-mampu-tingkat-prestasi-atau-gimik-semata-mata/
Assalammualaikum tuan.. kalau benelli rfs 150 sesuai tak untuk travel ulang alik keje dalam 150km sehari utk seminggu 5 kali dari segi maintenance dan ketahanan moto tersebut.
ReplyDeleteSaya bercadang nak sambar benelli rfs 150 untuk ulang alik kerja.
Salam geng...kawe ade minat moto naked...usha mt25...pasaran malaysia x masuk lagi ker...?
ReplyDeleteZ250 dengan mt25 mane bagus?
Minat laju dan jimat....mohon pencerahan sesuai ker guna naked....
Ade cadangan ? Terima kasih.
Sebelom ni ade gak guna fz..meme terbaik...dari segi jimat...tp asyik exsiden...wkwkwk...skng guna lc modi huhu
Deleteassalam tuan. sebelum ni sy berhasrat nak beli ktm rc390. jd sy nak mintak pendapat tuan dr kos utk maintenance dan spare part. selain tu apa yg harus sy tukar atau tambah sebaik shj beli moto itu utk keselesaan,keselamatan dan kuasa maksima. terima kasih tuan
ReplyDeleteMotor sy xj6. Masalahnya sy rendah cuma 5 kaki je tinggi. Ezober dh turunkan habis tp kaki msh jinjit. Kalau nk tukar ada tak ezober yg rendah lgi. Dpt turun kn dlm 1 inci lgi pun ok supaya kaki blh jejak tanah. Dan ada kesan tak rider kalau rendah sngt..
ReplyDeleteMotor sy xj6. Masalahnya sy rendah cuma 5 kaki je tinggi. Ezober dh turunkan habis tp kaki msh jinjit. Kalau nk tukar ada tak ezober yg rendah lgi. Dpt turun kn dlm 1 inci lgi pun ok supaya kaki blh jejak tanah. Dan ada kesan tak rider kalau rendah sngt..
ReplyDeleteassalamualaikum tuan zamir , saya pengguna fz150i ,saya nak beralih ke motor 250cc , antara z250 dan z250sl , mana yang terbaik ? mohon bantuan ye ... n_n
ReplyDeleteassalamualaikum tuan zamir , saya pengguna fz150i ,saya nak beralih ke motor 250cc , antara z250 dan z250sl , mana yang terbaik ? mohon bantuan ye ... n_n
ReplyDelete