CARA BAWA MOTOR CLUTCH / KLAC TANGAN


Sejak 2 buah motorsikal kapchai bersesaran 150cc diperkenalkan baru-baru ini iaitu Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R (walaupun Suzuki Belang dah lama memperkenalkan konsep ini), memberikan pilihan baru untuk pengguna motorsikal yang mahukan motorsikal yang praktikal; ada bakul, boleh bawak anak dan bini dan paling penting cukup laju untuk berkejar ke pejabat.

TAPI

Masalah utama yang menghantui bakal pembeli, dua buah motor ini menggunakan transmisi 5 kelajuan dengan klac manual.

Alamak, masa ambil lesen B2 dulu tak ada pun diajar cara guna motor berklac. Macam mana ni?

Tak usah bimbang, bawa motor berklac manual ni sebenarnya cukup mudah dan terasa pengendalian lebih mudah berbanding motor berklac automatik jika sudah biasa nanti. Mungkin ada pembaca yang dah boleh bawa motor klac tapi terasa leceh; tangan asyik nak kena pegang klac atau penukaran gear selalu tidak lancar, ada tip-tip advance yang anda boleh belajar di penghujung artikel ini.

Tapi sebelum bercerita bab-bab advance, kita back to the basic dulu. Lagipun itu sebab utama anda klik link artikel ini, bukan? Ok, kita teruskan dengan langkah-langkah berikut.

UPSHIFT / GEAR NAIK


1. Permulaan/Gear 1 (dengan anggapan gear sudah dalam keadaan Neutral)
Start enjin, tarik dan tahan tuil klac dan seterusnya tekan tuil gear ke bawah. (Kebanyakan transmisi manual gunakan paten Gear 1 ke bawah, Gear 2 dan seterusnya ke atas)



2.  Lepaskan tuil klac dan sambil itu pulas pendikit secara perlahan-lahan.
Ini bahagian yang paling susah untuk mereka yang baru belajar (termasuk bagi yang pernah guna klac manual, tapi upgrade ke motor berkuasa lebih besar). Enjin akan mati secara tiba-tiba jika
a) lepas tuil klac terlalu awal
b) pendikit tidak dipuas secukupnya seiring dengan pelepasan tuil klac
Tips di sini ialah untuk anggarkan RPM yang cukup untuk motorsikal bergerak. Bagi motorsikal 150cc 4 lejang, kelajuan enjin ideal untuk motor mula bergerak adalah sekitar 2-3k RPM jadi pulas pendikit (jangan sentap, pulas perlahan-lahan) hingga menghampiri 2K RPM dan barulah mula lepaskan tuil klac.



3. Gear 2 dan seterusnya
Kebiasannya untuk gear 2 dan ke atas, boleh tukar gear seawal 3-4K RPM untuk kelajuan perlahan atau 6-7K RPM bila mana nak memecut laju. Tarik klac dan lepaskan pendikit, sungkit tuil gear dengan hujung kaki hingga terasa klik yang sederhana kuat (kalau tak sungkit habis akan balik kepada Neutral pula, tak pasal-pasal enjin meraung)



4. Lepaskan klac dengan lebih pantas sambil pendikit dipulas secara sederhana
Untuk gear ke 2 dan seterusnya, pengawalan pendikit tak perlu teliti sangat seperti gear 1 tadi. Teruskan pecutan seperti biasa.



DOWNSHIFT / GEAR TURUN



1. Sama seperti naik gear, bezanya turun gear semasa kelajuan motorsikal dan enjin menurun. 
Masa ideal untuk turunkan gear adalah apabila RPM lebih rendah daripada puncak kuasa, sekitar 5 ke 6K RPM atau lebih bawah. Lepaskan pendikit dan tarik klac, tekan tuil gear sehingga terasa klik sederhana kuat.



2. Bezanya dengan naik gear tadi, untuk turun gear seeloknya pulas pendikit perlahan-lahan sambil klac dilepaskan. Ini untuk mengelakkan motorsikal tersentak kerana anda sekarang berada pada gear lebih rendah yang mempunyai daya kilas (torque) yang lebih tinggi. Tak pasal-pasal wheelie pula nanti.



3. Dapatkan Neutral
Antara masalah yang popular dan agak sukar juga bagi penunggang baru, terutama semasa berhenti parking. Terkial-kial kaki main tuil gear, betul tak?

Ada dua cara untuk dapatkan neutral dengan mudah

a)Motor berhenti
Tarik klac dan tekan tuil gear hingga tidak boleh ditekan lagi, kemudian sungkit tuil gear dengan perlahan hingga anda rasa seperti ada klik lembut pada gearbox.

b)Motor berjalan
Lakukan semasa kelajuan motorsikal hampir berhenti, iaitu sekitar 2-3K RPM ke bawah. Tarik klac dan tekan tuil gear hingga anda rasa klik yang lembut (berbanding klik gear teratas hingga gear kedua terasa lebih keras). Untuk motorsikal yang mempunyai paparan gear, ini lebih mudah dilakukan.


TEKNIK ADVANCE

Nak kata advance sangat, tak adalah sampai tahap Valentino Rossi atau Casey Stoner tapi boleh diguna-pakai untuk kendalian seharian. Seeloknya mahirkan dulu dengan teknik asas sebelum mencuba dua teknik di bawah. Disebabkan juga artikel ini mengfokuskan kepada motor 150cc 4 lejang satu silinder, RPM yang dinyatakan hanya sesuai untuk motor dengan konfigurasi tersebut (FZ150, Y15ZR, RS150R dll)

1. Clutch-less Upshift/Downshift




Bagi yang masih tidak jelas, ini adalah teknik untuk menukar gear tanpa menggunakan klac tangan. Sebab apa tak nak guna klac? Mungkin tangan anda sedang melakukan sesuatu yang lebih penting (ehem ehem).

Triknya adalah dengan menukar gear pada masa atau kelajuan enjin yang TEPAT. Cukup mudah untuk dilakukan semasa naik gear manakala agak sukar dilakukan semasa turun gear.

Naik Gear : Lepaskan pendikit dan sungkit tuil gear semasa kelajuan enjin berada pada lingkungan 6K-7K RPM. Terus pulas pendikit sejurus gear engaged.

Turun Gear : Lepaskan pendikit dan sungkit tuil gear semasa kelajuan enjin berada pada lingkungan 4K-5K RPM. Pulas pendikit secara sederhana sejurus gear engaged untuk mengurangkan sentakan.

Antara keburukan utama teknik ini ialah boleh mengakibatkan kerosakan pada kotak gear jadi seeloknya hanya praktik apabila keadaan tidak membenarkan anda menggunakan tuil klac; biasanya semasa menukar lorong atau masuk ke simpang yang sibuk dan anda gunakan tangan sebagai isyarat tambahan, sebab kadang-kadang kenderaan lain tak perasaan mungkin disebabkan lampu signal anda padam atau terlampau kecil (jenis yang dah modi fenderless)

2. Throttle blipping / Rev Matching




Throttle blipping atau rev matching di sini merujuk kepada kawalan pendikit semasa penukaran gear, terutamanya semasa turun gear ketika menghampiri selekoh.

Contohnya jika anda sedang menunggang pada kelajuan 100kmj (7K RPM) dan menghampiri selekoh hampir 90 darjah. Anda brek dan lepas > lepaskan pendikit > tarik tuil klac > turunkan gear dan terus lepaskan tuil klac sambil pulas pendikit semula. Berikut adalah apa yang boleh terjadi :-

a) Jika kelajuan enjin terlalu tinggi
Sentakan ke hadapan akibat engine braking; bila mana enjin cuba kekalkan kelajuan kelajuan enjin yang bersesuai dengan kelajuan atas jalan. Boleh juga mengakibatkan roda belakang terkunci yang seterusnya membawa kepada hilang keseimbangan.

b) Jika kelajuan enjin terlalu rendah
Kurang kuasa untuk memecut selepas selekoh, akan rasa motor tersengguk / teragak-agak sebelum meneruskan pecutan.

Dengan teknik rev matching pula, enjin anda akan berada dalam kelajuan yang sesuai sebelum menghubungkan gear seterusnya lantas memberikan pecutan yang lancar ketika keluar selekoh.

Menggunakan semula contoh tadi;

Anda sedang menunggang pada kelajuan 90kmj (6-7K RPM) dan menghampiri selekoh hampir 90 darjah. Anda brek dan lepas > lepaskan pendikit (ketika ini RPM mulai turun ke sekitar 5K RPM) > tarik tuil klac (kelajuan enjin menurun ke 4-4.5K RPM) > turunkan gear > sentak pendikit hingga mencapai kelajuan 4.5-5K RPM dan lepaskan (ini yang dikatakan throttle blipping), RPM akan turun ke 4K RPM > lepaskan klac sambil pendikit dipulas semula secara progresif.

Elemen penting di sini adalah untuk kurangkan jurang (gap) pada kelajuan enjin (RPM) antara sebelum anda tarik klac dan selepas anda lepaskan klac semasa menurunkan gear. Jika dilakukan dengan betul iaitu jarak jurangnya dalam lingkungan tidak lebih 1K RPM, motor tidak rasa tersentak dan anda boleh rasa pecutan selepas selekoh terasa lebih lancar daripada biasa.

Cuma kekurangannya disebabkan aksi ada 'blip' pendikit tadi mungkin ada yang beranggapan anda berniat untuk menayang bunyi ekzos anda, lebih-lebih lagi bila sudah menukar kepada ekzos free flow. Tapi peduli apa, janji hati puas hati corner smooth je, kan?


Akhir kata, diharap pengkongsian ini dapat memberi manfaat besar terutama kepada bakal pembeli RS150R atau Y15ZR yang masih dalam dilema. Oh ya, contoh RPM di atas merupakan hasil pengalaman penulis menunggang FZ150i modified jadi hasil yang anda dapat mungkin berlainan, bak kata orang putih your mileage may vary.

Adakah artikel ini membantu anda? Jangan kedekut untuk share dengan kawan-kawan rider yang lain, biar sama-sama pandai OK.


BACA: 5 TIPS TUNGGANGAN DALAM BANDAR YANG PERLU ANDA TAHU

Comments

  1. Assalamu'alaikum kalau jalan mendaki motor sedang dalam keadaan berhenti apa tips untuk motor tidak mengundur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekan brek pastu pulas throttle bnyak siket pastu lps clutch smbil lps brek

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. soalan 1 macam mana nk sstabil gear 1 dari enjin tidak mati.soalan ke 2 ada tips x semasa melintas jalan raya menggunakan motor clutch sy x confident lagi nak lintas jln raya menggunakan motor jnis clutch takut mampus ditangah jalan raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.gear 1 takleh lama kan..bila dh cukup, tkr terus gear 2...cuma kalau mendaki kena pandai main minyak dan clutch saja..
      2. Soalan tu kelakar...Sy pun sama juga ...takut enjin mati..hahaha...

      Tlg tnjk ajar...baru nak guna motor clutch juga ni
      kesahnyer :))

      Delete
    2. untk soalan nom 2 tu kalau guna jalan raya yg tak sibuk, mcm dekat kg ke, time nk lintas jalan tu boleh cuba stabil kan clutch dgn pendikit minyak jalan straight ke depan dlu, bila motor elok je dah gerak, enjin pun tak mati, boleh la cross jalan raya, ini bagi yg dlm gear 1 laa.. ini boleh buat time jalan raya tak sibuk dan kereta tak banyak, so far saya pernah buat mcm ni dan it's worked.! boleh cuba praktis bgi beginner.

      Delete
  4. Credit to btother Zamir utk article ni...tq kongsi ilmu..heheh :)

    ReplyDelete
  5. Kalau dkat traffic light, macam mane nak elak enjin drpd mati? Kene tukar gear tu ke neutral ke mcm mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau dah nk dekat kat traffic light terus tukar ke gear 1..

      Delete
    2. Macam mana nak tukar gear 4-3 dan 2-1 boleh tolong kah

      Delete
    3. kat traffic kan, saya tahan gear 1 lama-lama. then bila dah hijau, saya lepas clutch perlahan pun motor mati. Banyak kali dah motor mati kat simpang huaaa pls help!

      Delete
    4. Tekan minyak pastu lepaskan clutch slow2

      Delete
  6. Nak tanya, kalau turun bukit,tarik clutch ke tak payah,atau tekan brek je..Aku pon baru belajar tips bawa motor ada clucth ni hahaha......

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau enjin motor dlm kelajuan 50 km keatas takpayah tarik clutch. tpi bila kelajuan enjin motor mula menurun dari 50 km ke bawah, sebaik-baiknya tarik lah clutch tu untuk mengelakkan enjin motor dari mati di tengah-tengah jalan.

      Delete
    2. kalau enjin motor dlm kelajuan 50 km keatas takpayah tarik clutch. tpi bila kelajuan enjin motor mula menurun dari 50 km ke bawah, sebaik-baiknya tarik lah clutch tu untuk mengelakkan enjin motor dari mati di tengah-tengah jalan.

      Delete
  7. Replies
    1. Kalau macam RS150, free gear di antara gear 1 dan 2. Kiranya dari gear 1, songket sikit naik ke atas. Sama jugak kalau dari gear 2, tekan sikit je turun free gear. Kalau tertekan kuat, nanti masuk gear 1.

      Delete
  8. engine asyik mati, ini yg malas motor clutch

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba praktikkan cara untuk stabilkan clutch dengan pendikit minyak. lama-lama bila dah pro, enjin motor tak mudah mati ditengah-tengah jalan.

      Delete
  9. Thnk u sgt membantu
    Untuk bljr moto class nyer☺

    ReplyDelete
  10. Kalau matikan enjin dengan cara lepaskan clutch boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tapi enjin akan cepat rosak, sbb matikan enjin dengan melepaskan clutch dlm keadaan ada gear ibarat menyakitkan enjin

      Delete
  11. blog yg sangat membantu, saya suka. terima kasih admin.

    ReplyDelete
  12. Kalau nak drop gear dari 4-3 macam mana dan drop gear 2-1 tolong beri penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 ke 3, 3 ke 2, tarik klac dan tolak tuil macam biasa. Kalau masih nak kekalkan kelajuan, biasanya untuk hadap korner2 pendek, apply throttle sedikit masa klac ditarik untuk bagi peralihan gear rendah lebih lancar.

      2 ke 1, tarik klac dan tekan kuat sedikit tuil gear. Tapi kalau memang nak berhenti, tekan lembut sahaja terus boleh tukar dari 2 ke N, tak perlu ikut urutan 2>1>N macam motor tanpa klac.

      Delete
  13. Bos, nk tya sikit. Kenapa ye klau gear 1 nk ke 2 adakala asyik free neutral. Ia trjadi selalu lampu isyarat taupn persimpangan... Ada masalah apa2 bla jd mcm ni... Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Normal, sebab untuk gear motor memang gear N antara 1 dan 2 jadi kalau tak sungkit kuat sedikit, akan termasuk gear N. Bagusnya kalau kita nak berhenti, dari gear 2 cuma tekan sedikit sahaja terus dapat gear N.

      Delete
  14. Sangat membantu
    Terima kasih kpada admin yang bagi tips menungang motor class

    ReplyDelete
  15. Bila baca posting nie..baru saya perasan, selama sy bawa FZ, sy buat apa yg ditulis di posting ini tanpa sedar..huhuhu

    ReplyDelete
  16. Memang terbaik penerangan
    Terima kasih admin bg tips2 bawa moto clutch

    ReplyDelete
  17. Boleh bawak Tapi bila nak N nak bebai rasa.. Jenuh cungkil naik turun. Xreti..😂

    ReplyDelete
  18. Kalau gear 6, lepas minyak n bila nk pulas blik kena tekan cluck ke

    ReplyDelete
  19. SENANG JE GEAR 1 TEKAN SAMBIL TARIK CLUTCH JGN LUPA MAIN THROTLLE PASTU NAK MASUK GEAR 2345 CONGKIT....NAK BUANG TEKANG GEAR SAMA DENGAN CLUTCH KALAU DLAM KEADAAN MENGELABAH JGN LEPAS CLUTCH TU ...MACM BWK SS GITU

    ReplyDelete
  20. Kalau nak berhenti ditdi light..nak masuk gear apa and perlu tekan clutch ke kalau berhenti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply, tapi saya reply juga untuk kebaikan pembaca seterusnya.

      Amalkan masuk gear N terus dan tak perlu tarik klac kalau dah N. Kalau rasa traffic light sekejap sahaja, kekal dalam gear 1 dan tarik klac pun tak ada masalah.

      Delete
  21. Nak tanya, kalau baru belajar bawa motor clutch ni terlupa pula tarik clutch terus masuk gear 2 semasa motor berjalan... Adakah itu memudaratkan untuk gear box?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memudaratkan, yes.

      Tapi takde la sampai jahanam terus gear box tu kalau terlupa sekali sekala atau sengaja buat clutch-less up shift. Clutch-less upshift ni kalau betul cara, dengan erti kata penukaran gear tu lancar, tak ada masalah pada gear box. Cumanya kalau ada lever klac tu eloklah guna daripada jadi hiasan, tukar gear pun lagi lancar bila tarik klac melainkan motor ada quick shifter.

      Delete
  22. Assalamualaikum tumpang tny kalau macam tekan brek semasa pulas minyak boleh jadi masalah apa2 tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt

      Masalahnya, brek jadi tak efisyen dan memudahkan brek panas seterusnya mengurangkan prestasi brek. Sebab kita cuba melawan brek, brek dah nak cengkam tapi kita lagi nak laju pula. Silap2, tayar belakang boleh spin dan motor hilang kawalan.

      Tapi kalau dari kelajuan 0 atau berhenti, tak jadi masalah besar bila kita pulas minyak untuk bergerak dalam masa sama brek masih belum dilepaskan.

      Seeloknya, tarik brek dalam masa sama, lepaskan minyak. Dan kurangkan penggunaan brek semasa turun bukit. Kalau turun bukit banyak korner pendek, gunakan gear rendah lagi sesuai untuk kurangkan laju.

      Delete
  23. Assalamualaikum abg zamir nk tny ni klu turunkan gear 5 kpd gear 4 dlm kelajuan 80 kmh tanpa buat rev matching boleh jadi masalah apa2 tak sebab enjin menjerit selepas turun gear saya risau plk ... Motor y15

    ReplyDelete
  24. Bang nak tanya dari gear 1 tukar ke 2. Berapa lama masa diperlukan. Moto second untuk belajar. moto tu meter rosak susah agak timing

    ReplyDelete
  25. kalau enjin mati semasa d traffic light pada gear 1, boleh ka tekan clutch sambil kickstart? (moto 125zr)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ja,takpun ejas masuk neutral balik bru kickstart

      Delete
  26. Berapakah Rom untuk masuk ke gear 4,5,dan 6 ya min

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum abg , saya nak tanya , kalau y15 naik bukit saya tak turun gear , guna gear 5 shj boleh ke , motor bergerak slow , tak mati enjin tak mati.

    ReplyDelete

Post a Comment

Trending