2 stroke vs 4 stroke dan Kenapa RR 150 tetap menjadi pujaan
Menurut Dani Pedrosa, pelumba MotoGP Repsol Honda dalam temuramah bersama Cycle World beberapa tahun lepas; "Two-strokes are the best 'school' for young riders"
Tidak dinafikan, motorsikal 2 lejang merupakan antara motorsikal pertama yang kerap ditunggang bagi mereka yang baru belajar mengendalikan sesebuah motorsikal - termasuk admin juga yang mula belajar mengendalikan motorsikal 2 lejang ber-klac mati melalui Yamaha SS milik ayah admin kira-kira 15 tahun lepas.
Apakah yang istimewanya dengan motorsikal 2 lejang sehingga pelumba MotoGP ini mengatakan ia merupakan 'sekolah' kepada penunggang baru? Mari kita nilaikan.
Dipetik daripada temuramah yang dijalankan oleh Cycleword.com
"Perennial MotoGP title-contender Dani Pedrosa doesn’t believe four-strokes offer young riders the on-track education of the small-displacement two-strokes on which he earned three world titles.
“They are complicated bikes,” he said at Circuit of The Americas, site of this weekend’s Red Bull Grand Prix of The Americas. “All the new riding style of the elbow being so low comes from these bikes. I was happy to be on a two-stroke.”
Though relatively simple, two-stroke Grand Prix bikes were difficult to ride. “The limit of the four-stroke is the limit,”
Pedrosa said. “But with the two-stroke, the limit was unknown—more ‘valuable.’ Not many riders could go there.” (1)
There were more machine variables, as well. “You could change carburetion and the gearbox,” Pedrosa said. “The weight was different. The feeling of the bike was different. (2)
“The engine was in your hand. It was a cable, not electronic.”
Pedrosa said modern racing is great for spectators because so many riders are able to approach the limit of machines. But the two-strokes were more instructive.
“You could learn many things that made you a better rider,” he said. “Two-strokes clearly showed the difference between the others. (3)
“Now, young riders immediately go to four-strokes in Moto3 and Moto2, but it’s not the same. For me, the best school was the two-stroke.”"
Admin pasti peminat motorsikal tanah air sedia maklum, harga motosikal terutamanya daripada kelas streetbike - iaitu merujuk kepada motorsikal kegunaan jalanan yang mempunyai tangki bahan api di hadapan, agak mahal di Malaysia kalau dibanding dengan negara jiran seperti Indonesia dan Malaysia. Bagi kebanyakan yang baru bekerja, mereka mahukan motorsikal yang lebih berkuasa (daripada kapchai, semestinya) di samping boleh dibawa untuk aktiviti hujung minggu tapi masih dalam harga mampu milik.
Dalam segmen ini pilihan yang biasa dilakukan oleh bakal pemilik streetbike baru ialah antara Yamaha FZ150i atau Kawasaki Ninja ZX150RR / RR memandangkan kedua-dua ini boleh didapati pada lingkungan harga yang sama dan tidak memerlukan perbelanjaan lebih tinggi seperti motorsikal 250cc.
Rasanya sudah cukup banyak artikel di blog serta laman web tempatan yang menerangkan kelebihan serta kekurangan antara dua buah motosikal ini. Jadi untuk sesuatu yang unik, admin ingin memberi perhatian kepada bagaimana Kawasaki RR150 dapat menonjolkan kelebihan sesebuah jentera dua lejang 150cc, berbanding pesaing 4 lejang terdekatnya Yamaha FZ150i dalam konteks temubual pelumba terkenal Dani Pedrosa.
1)“The limit of the four-stroke is the limit,” Pedrosa said. “But with the two-stroke, the limit was unknown—more ‘valuable.’ Not many riders could go there.”
Terus terang dikatakan, FZ150 dengan konfigurasi enjin 4 lejang bukan pilihan utama bagi mereka yang dahagakan kelajuan. Dengan hanya 14-16HP, agak minimal apabila dibanding dengan RR150 yang mampu menghamburkan 29HP, hampir dua kali ganda kuasa yang dihasilkan oleh seterunya pada sesaran enjin yang sama.
Ya, tidak adil untuk bandingkan kuasa yang dijana hanya berdasarkan sesaran ruang silinder semata-mata memandangkan enjin 2 lejang mempunyai kelebihan kitaran kuasa yang lebih cepat namun jika dinilai dari segi harga pasaran (sebelum markup) dan nisbah kuasa kepada wang ringgit, RR150 memang berbaloi jika kelajuan menjadi keutamaan - lagipun bukankah kita juga turut menjadikan kelajuan sebagai kriteria utama semasa membuat pembelian streetbike?
Namun apa yang membuatkan RR150 lebih menarik, ialah bagaimana kuasanya disalurkan. Tidak seperti motorsikal dua lejang lain, motorsikal ini dilengkapi powervalve yang membenarkan enjin jentera ini mencapai performance maksimum saat injap ini dibuka.
Berikut merupakan graf dyno RR150 dan FZ150 sebagai perbandingan visual bagaimana kuasa kedua-dua buah motorsikal ini diterjemahkan.
KAWASAKI RR150
YAMAHA FZ150i
Apa yang dapat anda lihat?
Pada saat powervalve dibuka saat kelajuan enjin meningkat melebihi 7,000RPM, RR150 mengalami peningkatan kuasa yang mendadak. Peningkatan 7HP dilakukan dalam sekelip mata sahaja.
Cukup seronok jika anda hanya memecut di atas lebuh raya yang lurus, terasa seperti ada 'jin' yang menolak motorsikal anda saat pendikit dipulas. Akan tetapi bukaan powervalve dan peningkatan kuasa secara mengejut ini agak mengerikan ketika anda sedang bertarung di selekoh - jika tidak dikendali dengan kemas, boleh mengakibatkan tayar belakang terlebih pusing dan sentakan mengejut pada sistem gantungan yang mana kedua-duanya bakal menyebabkan anda hilang kawalan.
Namun begitu, karekteristik penyampaian kuasa seperti inilah yang menyebabkan pengalaman menunggang RR150 lebih menyeronokkan walaupun mempunyai sesaran yang rendah. Dalam masa yang sama juga ia mendidik penunggangnya supaya melatih kawalan pendikit, brek, perpindahan berat dan pelbagai skil lain dengan lebih kemas jika ingin memerah keupayaan sebenarnya - yang mana kemahiran-kemahiran ini lebih mudah dipindah jika pemiliknya menaik taraf kepada sportbike atau superbike yang mempunyai karekteristik penyampaian kuasa yang hampir sama.
2)“There were more machine variables, as well. “You could change carburetion and the gearbox,” Pedrosa said. “The weight was different. The feeling of the bike was different."
Dalam konteks petikan ayat ini, mungkin Dani Pedrosa merujuk kepada konfigurasi motorsikal kelas perlumbaan namun ia juga teraplikasi bagi motorsikal jalanan seperti RR150 dan FZ150.
Sejak dilancarkan pada tahun 2008, FZ150 didatangkan dengan sistem suntikan bahan api yang mana memerlukan kos yang lebih tinggi untuk ditala berikutan perlu melalui modifikasi lain seperti unit pengawal bahan api / fuel control unit (FCU) atau unit kawalan elektrik / electronics control unit (ECU) yang mana kedua-duanya lebih mahal daripada penggantian jet karburetor atau penyalaan nyahcas kapasitor / capacitor discharge ignition (CDI) yang mana terdapat pada hampir kesemua motorsikal 2 lejang, RR150 terutamanya.
Walaupun kuasa yang dihasilkan RR150 sudah cukup tinggi, dengan kelebihan modifikasi yang lebih mudah dan murah membuatkan ramai pemiliknya tidak teragak-agak untuk mengubah suai jentera mereka - dan mereka juga mampu melakukannya tanpa perlu bergantung kepada mekanik professional 100%.
3)“You could learn many things that made you a better rider,” he said. “Two-strokes clearly showed the difference between the others.
Seperti yang telah dinyatakan pada point pertama dan kedua tadi, pengendalian yang memerlukan penunggangnya melatih kemahiran mereka dan talaan serta modifikasi yang mudah dilakukan tanpa bantuan mekanik terlatih merupakan antara dua perkara utama dalam mendidik penunggang motorsikal yang berkemahiran tinggi.
Oleh sebab itu bukan setakat menjadi kegilaan kebanyakan mat rempit, Kawasaki RR150 turut menjadi motorsikal pilihan utama bagi pelatih pelumba motorsikal tempatan.
Sebagai contoh, The School of Knee Down Malaysia menawarkan kursus bagi mereka yang berminat untuk belajar berlumba dalam litar atau belajar teknik tunggangan yang betul - dengan menjadikan motorsikal dua lejang (RR150) yang telah diubah suai mengikut spesifikasi perlumbaan sebagai unit latihan. Tujuannya? Sudah pasti untuk mudahkan segala skill dan kemahiran yang diperoleh mudah dipindah kepada motorsikal milik pelatih mereka nanti.
Dengan segala kelebihan ini, kenapa FZ150 tetap mendapat permintaan yang lebih tinggi hingga kelibatnya mudah terlihat setiap hari di lebuh raya?
Ironinya, penulis blog picisan ini juga turut memilih FZ150, bukannya RR150 sebagai tunggangan seharian ke tempat kerja mahu pun motorsikal belasahan di hujung minggu. Berikut merupakan antara sebab-sebab yang buatkan akhirnya ramai memilih untuk memiliki dan menggunakan jentera 4 lejang ini sebagai motorsikal streetbike pilihan mereka.
Sumber : Adventure Touring Malaysia |
1) Availability
Walaupun RR150 sudah dihentikan penghasilannya tidak lama dahulu, ia masih boleh didapati namun pada kuantiti unit yang terhad, lantas menjadikan harganya hampir tidak masuk akal. Walaupun terdapat unit terpakai yang masih dalam keadaan baik dan dijual pada harga munasabah iaitu sekitar RM9,000 ke bawah, bakal pemilik juga perlu mengambil kira dua aspek seterusnya pula...
2) Keselamatan
Tidak perlu dihurai lanjut, umum mengetahui Kawasaki RR150 merupakan salah satu motor yang dikehendaki pencuri. Memandangkan ramai bakal pembeli menetap di kawasan yang mempunyai kadar kecurian yang tinggi seperti unit PPRT atau kawasan apartment kos rendah, membuatkan mereka tidak berminat mengambil risiko.
Bukan untuk mengatakan FZ150 pasti lebih selamat tapi sekurang-kurangnya motorsikal ini bukan tumpuan utama pencuri.
3) Praktikaliti
Bagi bakal pembeli streetbike yang rata-ratanya mempunyai bajet rendah, praktikaliti tetap antara faktor utama yang selalu diambil kira.
Dengan penggunaan bahan api yang lebih tinggi serta kekerapan penjagaan minyak 2T, termasuk juga powervalve yang perlu diselenggara mengikut jadualnya menjadikan pemilikan RR150 terasa lebih membebankan berbanding FZ150 yang sudah terkenal dengan penjimatan bahan api dan kos penyelenggaraan setanding motorsikal kapchai.
Adakah masih berbaloi untuk memiliki Kawasaki RR150 sekarang?
Ya. Walaupun tiga faktor di atas mungkin buatkan anda berkira-kira untuk mendapatkan Kawasaki RR150, ada dua sebab utama untuk anda memilih motorsikal ini.
1) Kepuasan tunggangan jentera dua roda yang asli
Dengan kuasa maksimum 30HP dan berat yang hanya sekitar 130kg, RR150 memberikan nisbah kuasa/berat yang tertinggi dalam kelas streetbike tempatan. Bukan itu sahaja, dengan kehadiran powervalve yang tidak terdapat pada mana-mana motorsikal 4 lejang menjadikan pengalaman menunggang motorsikal ini begitu mengasyikkan bagi pencinta kelajuan yang tidak mempunyai bajet besar bagi memiliki sebuah sportbike atau sportbike.
2) Motorsikal latihan sebelum beralih kepada superbike sebenar
Menunggang superbike seperti KTM Superduke atau Ducati 1299 Panigale memerlukan anda mempunyai kemahiran tunggangan yang tinggi, jika sayangkan nyawa dan motorsikal anda memandangkan kedua-dua motorsikal ini mampu menghamburkan kuasa yang begitu besar dalam sekelip mata. Dengan kejutan kuasa yang tinggi melalui pengaktifan powervalve dan tanpa kawalan elektronik seperti ABS dan Traction Control, RR150 antara motorsikal yang tepat sebagai 'bahan ujikaji' untuk perbaiki kawalan motorsikal anda - terutamanya jika anda hanya pernah menunggang kapchai sebelum ini.
Apa pula kata anda, adakah Kawasaki RR150 masih motorsikal dua lejang terbaik yang anda boleh miliki sekarang?
Yup, belajar guna rr150 dahulu sebelum beli sportbike. Sye pengguna rr150 sekarang dan insyaAllah akan Upgrade kepada naked bike bila ada rezeki nanti
ReplyDeleteKalau nak jual RR150 maklumlah ye en. Nazri.
Delete