MODI 101 - APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI EKZOS AFTERMARKET



Ramai pembeli motorsikal tertarik untuk menukar ekzos mereka, tetapi selain untuk bunyi yang lebih gagah dan penampilan lebih sporty, adakah dengan menukar sistem ekzos asal kepada aftermarket exhaust benar-benar dapat menambah performance motorsikal anda?

Sebelum menjawab persoalan tersebut, mari kita study sedikit terlebih dahulu mengenai fungsi sebuah sistem ekzos, dalam konteks ini mengfokuskan kepada motorsikal.
  • Untuk salurkan sisa pembakaran yang kotor dan panas jauh dari penunggang dan pembonceng. Oleh sebab itu muncung ekzos biasanya diletakkan di bahagian ekor motorsikal.
  • Kedap bunyi. Bunyi yang terhasil daripada pembakaran enjin agak kuat tanpa sistem ekzos, dan sangat menganggu ketenteraman jiran-jiran dan orang awam.
  • Jadikan enjin dan performance lebih efisyen. Bukan saja-saja pengeluar jadikan sistem ekzos dengan panjang dan saiz tertentu. Terdapat hukum fizik dan sedikit sains yang terlibat dalam pemilihan saiz dan bentuk ekzos.
Dalam kebanyakan kes, sistem ekzos asal telah menjalankan fungsi-fungsi di atas namun terdapat beberapa sebab untuk anda menukarnya.
  • Tingkatkan penampilan. Sistem ekzos asal mudah bertukar warna kepada keperangan dalam masa yang singkat, dan sedikit sebanyak mencacatkan estetika motorsikal. Kebanyakan ekzos aftermarket dibuat daripada aluminum, stainless steel, titanium atau karbon memberikan penampilan yang lebih gah di samping tampil lebih cantik untuk tempoh lebih lama.
  • Kuatkan bunyi supaya mudah disedari oleh pengguna jalan raya yang lain. Dalam keadaan trafik bandar yang sesak dan banyak blind-spot, bunyi ekzos yang kuat membantu mudahkan kehadiran anda disedari pemandu kereta, lori dan lain-lain. Tidak dinafikan juga ngauman daripada ekzos aftermarket lebih merdu dan lebih garang.
  • Tingkatkan performance. Walaupun sistem ekzos sedia asal cukup efisyen, dengan tekanan terhadap pengawalan emisi udara membuatkan pengeluar menurun-taraf sistem ekzos supaya lebih menepati piawaian. Dengan sistem ekzos yang lebih bebas sekatan, dapat meningkatkan kecekapan enjin di samping meningkatkan kuasa tanpa belanja modifikasi lebih besar.
Bagaimana sistem ekzos aftermarket dapat meningkatkan kuasa motorsikal?


Terlebih dahulu, anda perlu faham bahawa enjin anda bertindak seperti sebuah pam. Ibarat anda mengepam tayar, semakin kuat anda tekan semakin laju angin dikeluarkan. Dalam konteks enjin, campuran udara dan bahan bakar disalurkan dalam nisbah tertentu kepada kepada enjin, kemudiannya dibakar dan gas serta sisanya dikeluarkan sebelum pembakaran seterusnya bermula. 

Sistem ekzos yang bebas sekatan, atau kebiasaannya disebut 'free flow exhaust' membenarkan gas sisa dikeluarkan lebih cepat yang mana turut mempercepatkan kitaran lejang enjin. Semakin cepat kitaran lejang, semakin cepat anda mendapatkan kuasa daripada motorsikal anda. Bayangkan jika sebelum ini anda sukar untuk mencapai redline, dengan menukar kepada sistem ekzos free flow membenarkan anda mencapai redline dengan lebih mudah.

Slip-on atau full system?



Untuk pembeli ekzos aftermarket kali pertama mungkin keliru dan tidak memahami signifikan antara dua istilah ini.

  • Slip-On. Didatangkan dengan muffler/tabung sahaja. Bahagian manifold/headpipes (paip yang bersambung dari enjin ke muffler) masih gunakan yang asal.

  • Full system. Merangkumi manifold dan muffler, membuatkan ia lebih mahal berbanding slip-on.
Pemilihan antara dua jenis ekzos ini bergantung kepada tujuan modifikasi anda. Jika apa yang anda mahukan hanyalah bunyi dan penampilan lebih gah serta sedikit boost pada performance, dan juga tidak bertujuan untuk melakukan modifikasi lain pada sistem enjin dalam masa terdekat, slip-on cukup bersesuaian dengan kehendak anda.

Jika anda memilih full system, sangat-sangat digalakkan atau wajib untuk anda turut melakukan pengubahsuaian pada sistem fuel management (akan diterangkan pada artikel akan datang) - atau jika anda memang bertujuan untuk melakukan pengubahsuai pada enjin dengan aftermarket camshaft, bore-up atau fuel delivery (ECU, karburetor dll), berbaloi untuk terus menukar kepada full system.

Ini disebabkan full system selalunya didatangkan dengan diameter manifold yang lebih besar dari asal, menjadikan pengeluaran gas sisa daripada enjin lebih cepat. Namun begitu, ia turut menjejaskan keseimbangan nisbah bahan api dan udara di mana udara akan lebih banyak daripada bahan api membuatkan enjin akan beroperasi dalam keadaan 'lean' - menjadikan enjin beroperasi pada suhu yang lebih tinggi, lebih cepat panas. 

Untuk pengetahuan anda juga, kebanyakan pengeluar lebih suka menetapkan nisbah tersebut menghampiri lean sebagai cara untuk penjimatan bahan api - oleh itu penukaran kepada full system tanpa menambah baik fuel delivery secara tidak langsung membuatkan enjin anda berisiko terdedah kepada kerosakan akibat panas melampau.

Apa yang anda boleh lakukan untuk menambah baik penyampaian bahan api sekiranya menukar kepada ekzos full system?


Bergantung kepada sama ada motorsikal anda menggunakan karburetor atau fuel injection. Perbezaan antara dua ini turut menyumbang kepada kos tambahan yang bakal anda hadapi.
  • Penalaan karburetor biasanya melibatkan penukaran jetting yang mana boleh dilakukan oleh kebanyakan bengkel motorsikal atau anda boleh lakukan sendiri di rumah. Kosnya juga agak murah.
  • Bagi sistem fuel injection, penalaan sistem suntikan bahan api sedikit rumit di mana pada tahap minimum anda bakal memerlukan alat kawalan bahan api yang dikacukkan dengan ECU asal (piggyback). Popular di kalangan pengguna Yamaha FZ150i sebagai FCU (singkatan kepada Fuel Control Unit keluaran FSR Technology) dan juga Bazzaz di kalangan pemilik motorsikal besar atau superbike. 
Selain penukaran FCU atau Bazzaz, antara modifikasi popular ialah dengan menukar sistem kawalan elektronik (ECU) kepada sistem ECU aftermarket. Modifikasi ini lebih mahal berikutan ia memberikan anda kawalan penuh kepada sistem elektronik motorsikal anda namun dengan pelbagai fitur canggih seperti rekod kelajuan, kawalan daripada smartphone melalui sambungan bluetooth serta pelbagai lagi mungkin lebih berbaloi untuk terus menukar ECU daripada menambah FCU piggyback sahaja. Antara ECU aftermarket yang popular ialah TuneBoss keluaran FSR Technology, sebuah syarikat yang diasaskan oleh anak muda Malaysia. (Mereka juga pengeluar ECU aftermarket pertama untuk pasaran motorsikal sesaran rendah Asia Tenggara, kagum tak?). 

Kebanyakan FCU dan ECU aftermarket ini mungkin menawarkan pra-tetapan sedia ada untuk motorsikal anda, tapi jika tiada anda boleh bawa motorsikal anda untuk ke pusat ujian dyno bagi mendapatkan tetapan FCU/ECU yang bersesuaian. Disebabkan mesin dyno tidak mudah didapati, siap sedia untuk membayar sedikit upah dalam lingkungan RM50-150.

Apakah lagi yang perlu diperhatikan semasa pemilihan ekzos aftermarket?


Antaranya:
  • Jenama, model dan tahun keluaran motorsikal anda. Jangan ambil mudah dalam hal ini. Model yang sama namun berlainan tahun belum tentu mempunyai sistem ekzos yang sama. Contohnya Yamaha FZ150i model tahun 2014 ke atas (facelift) mempunyai tambahan O2 sensor pada ekzos mereka, maka tidak boleh gunakan ekzos untuk model 2013 dan sebelumnya berikutan ekzos model ini tidak mempunyai soket O2 sensor.
  • Ekzos aftermarket dijamin peningkatan performance-nya untuk konfigurasi standard atau modifikasi dengan parts tertentu. Contohnya slip-on Yoshimura Tri-Oval bagi Suzuki Shogun 125 peningkatan performance jika penukaran slip-on dilakukan bersama penukaran camshaft Yoshimura ST-1. Jika anda menggunakan slip-on Yoshimura bersama camshaft jenama lain, peningkatan kuasanya mungkin tidak begitu memuaskan dan anda tidak boleh menyalahkan pengeluar ekzos aftermarket tersebut dalam hal ini.
  • Anda mungkin perlu melakukan modifikasi atau mengubah kedudukan parts lain. Contohnya manifold yang lebih besar mungkin menyebabkan anda tidak dapat menggunakan belly pan (sampan) asal melainkan anda menebuk belly pan tersebut atau ubah kedudukannya menggunakan braket.
  • Anda mungkin masih perlukan parts asal seperti skru dan braket pengikat. Pengeluar ekzos aftermarket mungkin datangkan ekzos mereka dengan pakej minima tanpa skru atau braket tambahan sekiranya ia masih boleh gunakan skru dan braket asal. Jadi simpan parts asal di tempat yang selamat semasa anda menanggalkan ekzos lama atau teliti manual ekzos aftermarket untuk parts yang mungkin diperlukan.
  • Perhatikan juga sama ada ekzos aftermarket tersebut didatangkan dengan db killer atau tidak. Untuk kegunaan harian, tidak perlu set motorsikal anda kepada performance tinggi setiap masa jadi db killer sangat membantu untuk mengurangkan tahap bunyi. Bukan sahaja tidak menjengkel jiran-jiran, bunyi ekzos aftermarket yang tidak terlalu kuat menjadikan anda berpeluang lebih tinggi untuk selamat ketika menghadapi sekatan jalan Polis atau JPJ.
Menyentuh bab Polis dan JPJ, pengubah-suaian sistem ekzos boleh dikira melanggar undang-undang jalan raya dan anda berisiko disaman. Walaupun begitu, biasanya terdapat kelonggaran dan bergantung kepada keadaan (serta mood pegawai bertugas juga). Jika anda kerap berulang-alik di kawasan hot spot sekatan jalan raya, adalah lebih baik untuk kekal kepada sistem ekzos asal untuk lebih selamat. Namun sekiranya anda jarang-jarang menempuh road block, tetapi masih ingin gunakan ekzos aftermarket untuk perjalanan harian anda ke tempat kerja pastikan motorsikal anda tidak mempunyai penampilan pengubahsuaian yang menonjol serta sentiasa bersedia untuk 'beramah mesra' sekiranya ditahan. 




Comments

  1. Sy baru pakai slip on two brother kat motor cb500x.. Tp lepas pakai top speed drop 20 point. Sebab apa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu punca mungkin disebabkan saiz muffler yang terlalu lawas. Kalau ada db killer, boleh try pasang dulu.

      Tapi assuming slip-on two brother yang tuan pakai tu original, sepatutnya tak ada masalah pada performance even dengan db killer dibuka.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Boss kalau half system ekzos mcm mana..? Kena pergi tuning tak..?
      Maksud saya tukar Muffler + Link Pipe yg Header x tukar just guna STD Kilang

      Delete
  2. saya pakai ekzos open kou mahachai pada 135lc sbb moto dh upgrade spec...Pakai ekzos open memang ekzos tersebut cepat panas ataupun tidak walaupun moto baru start

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Delete
    2. Apa bezanya dan performance dari manifold 28mm dan 32mm. Jika sya nk tukar exhaust tapi engine standard

      Delete
  3. Apa bezanya performance dari manifold 28mm dan 32mm. Jika saya nk tukar exhaust tapi engine standard

    ReplyDelete
  4. Block standard rs150r blh ke masuk manifold saiz 32mm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, tapi performance akan drop sedikit . untuk daily pergi balik kerja okay . untuk tunduk atas highway jauh ke belakang 😂

      Delete
  5. Boleh ke kalau saya tukar ekzos cutting standart saiz 28 mm..tanpa tune..bermaksud..saya x hntr dyno tapi sarung je ekzos cutting standart tu..???

    ReplyDelete
  6. Ape fungsi stopper pd silencer exhaust ...jika dibuang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CUBA TRANSLATE PAKAI GOOGLE TRANSLATE, FAHAM LAA NANTI

      Delete
  7. Yamaha lagenda 110z ... Sume std tpi nk tuka ekzos je , ekzos apa yg lepas eh?

    ReplyDelete
  8. Saya naik y15zr standard.. Kalo pakai slip on yg saiz 36 boleh kaa masuk muffler standard y15

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply, tapi saya reply juga untuk kebaikan bersama orang yang baca komen ni.

      Dari segi boleh masuk atau tak, kita boleh guna mana2 mid pipe (paip penghubung antara manifold dan muffler) yang sesuai dan dapatkan khidmat kedai tukang ekzos kereta untuk besarkan muncung mid pipe tu supaya boleh dipadankan dengan paip ekzos kita.

      Dari segi sesuai atau tidak, boleh tanya dalam group motor kita kalau ada owner lain yang pernah try modifikasi sama. Kebiasaannya bila custom ekzos, perlu tune balik untuk dapatkan air-fuel ratio (AFR) yang tepat, kalau tidak antara masalah utama ialah RPM idle rendah dan enjin mudah mati sendiri.

      Delete
  9. Apa beza ekzos performance dan ekzos yang hanya untuk bunyi? Dua² dalam bentuk full system.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekzos performance biasanya ekzos yang dah RND khas untuk model motor tertentu. Contohnya kalau AHM keluarkan full system ekzos khas untuk model Y15, maknanya ekzos tu dari segi fitting dan performance terus boleh plug and play dengan Y15, tak perlu modi banyak.

      Ekzos yang khas untuk bunyi, biasanya generic model. Apa yang pasti bila beli, kita dapat bunyi. Mungkin bunyi tu lagi special sebab ada twin tip contohnya, tapi tak ada jaminan peningkatan dari segi kuasa. Boleh jadi juga, kebiasaannya ekzos tiruan, walaupun ditulis plug n play untuk motor kita, tapi cuma dari segi fitting - maknanya piping dah dibentuk supaya boleh masuk ke motor. Untuk dapatkan kuasa atau optimumkan AFR, wajib untuk tune semula motor kita.

      Delete
  10. Kalau nak tukar color botol ekzos GL boleh ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tanya kat kedai pakar ekzos. kalau pakai spray sendiri je, tak tahan lama silap2 lagi bahaya sebab wap kimia dari cat tu sendiri bila ekzos panas.

      Delete
  11. Asslam boss Saya nak tanye, Saya baru pakai motor R25 v2 kalau Saya masuk terus ekzos sc project then tak buat full system boleh ke? Atau ada kerosakkan apa2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam

      Kalau setakat slip on, even cap ayam pun tak ada kerosakan. Cuma masalah airflow sebab bila tabung pendek n bukaan muncung besar, biasanya top speed akan lagi kurang dari standard. Try biasakan dengan ekzos standard lepas tu tukar ke sc project, tengok apa yg lebih atau kurang then baru decide nak ubah apa lepas tu.

      Delete
  12. halo, ingin tanya, ekzos after mkt, ada laber apa2 tunjuk ekzos yg dilulus oleh JPJ ?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum saya gunakan moto y16.klu ekzos standard tukar Manifold kepada yg lebih besar 28mm ➡️ 30mm@32mm adakah motor tu saya perlu dyno

    ReplyDelete
  14. Halo boss..saya mahu tukar exzos asal motor saya..apa exzos yang sesuai untuk yamaha mt150

    ReplyDelete
  15. Hello boss, saya pakai lagenda 115 fi standard, tukar pakai ekzos catalyzer 28mm boleh ke? Atau patut guna manifold standard??

    ReplyDelete
  16. Assalam tuan,sy pkai z900,kalau sy juz buang tabung nenas tu dan gantikan dengan link piping ok tak,means header still pkai yg ori dan muffler akra...kalau setup mcm tu ada effect pada enjin n penggunaan petrol tak..terima kasih

    ReplyDelete
  17. Manifold superbike menjadi kemerahan( glowing) berdekatan head..apa masalh nya ya

    ReplyDelete
  18. Bang sye pakai ekzos gl 28 cutting lagenda , ape yang nak kene adjust ye ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Trending