Ada Apa Dengan Top Speed?
Setiap kali tersebarnya berita mengenai pelancaran motorsikal baharu di pasaran terutamanya yang bersesaran 250cc dan ke bawah, pasti soalan yang sama diulang-ulang-
"Berapa top speed motor ni?"
Jangan buat main, soalan macam ni pun boleh buat gaduh. Tak percaya, boleh semak di ruangan komen sama ada di laman Facebook atau Youtube - pasti ada yang ejek mengejek, perli memperli hanya kerana isu ini.
Dalam pemilihan motorsikal, penting sangat ke top speed?
Secara peribadi, penulis merasakan top speed bukanlah kriteria yang perlu diambil kira sangat memandangkan kebanyakan motorsikal terutamanya yang berciri sporty sama ada kapchai (seperti Honda RS150R atau Y15ZR, masing-masing dilengkapi klac manual serta saiz tayar yang agak besar untuk kelasnya) atau entry level sportbike mampu mencapai kelajuan lebih dari had laju kebangsaan.
Berbanding mengfokuskan kepada top speed, penulis memilih untuk menitik beratkan berapa lama masa yang diambil untuk mencapai kelajuan maksima tersebut dan ini melibatkan DAYA PECUTAN.
Sebagai contoh, kita bandingkan motorsikal kegemaran penulis, KTM RC250 dengan Yamaha R25. Walaupun kedua-duanya mempunyai enjin bersesaran 250cc, perbezaan top speed antara keduanya amat ketara - R25 mampu mencapai 170-180kmj manakala pengguna RC250 hanya mampu berpunya hati dengan kelajuan maksima sekitar 150-165kmj.
Adakah ini bermaksud KTM RC250 tidak sehebat Yamaha R25?
Kita lihat jadual spesifikasi enjin kedua-dua motorsikal di bawah.
Untuk rider seperti penulis yang gemar meratah selekoh, KTM RC250 mungkin dirasakan lebih menepati jiwa dan cita rasa berikutan keupayaanya untuk keluar masuk dan keluar selekoh dengan lebih cepat serta enjin yang responsif memudahkan untuk mencelah antara trafik yang sesak. Tiada masalah tentang top speed - untuk jarak tunggangan sekitar 15km ke pejabat serta keadaan trafik tidak memberikan peluang yang cukup untuk mengerah mesin ke kelajuan maksimanya.
Dengan pecutan yang tangkas, adakah KTM RC250 pilihan yang tepat bagi penulis?
Tidak juga. Ada lagi pelbagai faktor lain yang diambil kira.
Antaranya :-
Kendalian dan keselesaan.
Dengan penampilan dan reka bentuk yang sporty, RC250 menumpukan kepada ergonomik sebuah motorsikal lumba sejati dengan kedudukan handle yang rendah serta pelana yang agak nipis yang pastinya ramai bersetuju ia tidak selesa ditunggang tegak seperti motorsikal biasa terutamanya semasa perjalanan menempuh trafik yang sesak. Dalam situasi ini, KTM Duke 250, versi naked kepada RC250 dirasakan pilihan yang lebih tepat untuk tunggangan seharian penulis. Dengan postur tunggangan yang tegak mengurangkan beban kepada pergelangan tangan serta memberikan POV yang lebih tinggi memudahkan untuk meninjau keadaan trafik - pengendalian terasa lebih mudah.
OK. Dah betul-betul berkenan, penulis risik-risik pula di kedai motorsikal berdekatan.
Selepas semak jumlah harga yang perlu dibayar atas jalan dan kos alat ganti, terpaksa lupakan hasrat untuk meminang si Duke.
Kos Pemilikan dan Maintenance
Umum bersetuju, penjagaan dan maintenance untuk sportbike lebih mahal berbanding dengan kapchai. Tayar tak boleh guna sebarang model dan jenama, minyak enjin pun tak boleh main sumbat yang murah punya. Itu belum masuk lagi kos insurans setiap tahun dan kos alat ganti sekiranya rosak atau kemalangan. Untuk rider yang pentingkan penjimatan seperti penulis, pemilikan sportbike 250cc kini dirasakan tidak berbaloi dengan mengambil kira jarak perjalanan dan bajet pengangkutan ke pejabat.
Kesimpulannya
Top speed bukanlah satu isu begitu penting sehingga perlu bergaduh dan bertekak di laman media sosial. Setiap motorsikal mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, tiada yang boleh dikatakan terbaik untuk semua orang. Apa yang pasti, anda boleh memiliki motorsikal yang terbaik untuk diri sendiri setelah mengambil kira faktor-faktor yang telah disebutkan.
Biarlah motor tak laju asalkan sampai ke tempat yang dituju, daripada motor laju tapi cepat menuju ke liang lahad. Renung-renungkan, selamat beramal!
Penulis maintain dengan FZ150i je.. laju cukup rasa, jimat minyak dan servis pun harga standard kapchai :) |
Baru je beli FZ150i
ReplyDeleteFeb 2017
Bayar muka RM1,590
Loan AEON 5 tahun
Bulanan RM218
Banting Selangor
Ok la tu... harga standard.
DeleteY15ZR setakat ini yang terbaik selepas 135LC v2 ikut pengalaman. semoga berterusan!
ReplyDeletebaru plan nak beli RC250 , sebab minat dengan colour and reka bentuk motor hahahaha tanpa segan nak cakap , top speed tak penting , yang penting puas hati 😂
ReplyDeleteBeli je tuan kalau betul2 dah berkenan. saya sendiri baru je tukar ke Duke 250 baru. Plan asal nak beli Aprilia Shiver 2nd hand sebab harga market dah jatuh around 20k, so kira dalam bajet dah. Tapi bila fikir nak buat daily, nak hantar wife ke office, extra power tu bakal jadi cabaran untuk handle especially dalam trafik lembah klang ni.
DeleteCuma jujur cakap, sebab saya pernah pakai Kawasaki Ninja 250SL yang ergonomik hampir sama dengan KTM RC250, stail tunduk setiap masa, sakit belakang is real..haha. Tapi kalau buat main corner pendek memang sedap, sebab kurang gayat n senang nak libas.