Minat Berkonvoi? Ini 12 Isyarat Tangan Yang Perlu Anda Tahu
Minat berkonvoi?
Bagi mereka yang memiliki motorsikal baharu, ini merupakan antara acara wajib untuk disertai. Lebih-lagi pula jika anda berminat untuk membuat modikasi, konvoi motorsikal (dan disusuli dengan sesi TTS) merupakan peluang untuk anda mencuri dan berkongsi idea modifikasi bersama rakan-rakan pemilik motorsikal yang lain.
Pernahkah semasa berkonvoi anda perasan marshall atau ahli konvoi yang lain membuat isyarat tangan yang tidak pernah diajar semasa anda mengambil lesen dahulu? Mungkin ada yang perasan dan faham maksud isyarat tersebut tapi admin yakin ramai juga yang tak tahu apa tindakan yang mereka perlu lakukan.
Kali ini admin ingin kongsikan 12 Isyarat Tangan Yang Perlu Anda Tahu, terutama jika anda bercadang untuk selalu mengikuti konvoi motorsikal (dah beli motor baru, tak kan nak park dalam rumah je kan?)
Left turn
Memberitahu kumpulan anda tahu anda ingin membelok kiri. Isyarat ini boleh digunakan untuk semasa memimpin kumpulan atau untuk keluar, bergantung kepada sama ada anda memimpin atau berikut. Isyarat dibuat dengan meluaskan lengan kiri anda terus dengan tapak tangan menghadap ke bawah.
Right turn
Memberitahu kumpulan anda ingin membelok ke kanan. Gunakan isyarat ini untuk memimpin atau untuk keluar dari kumpulan, bergantung kepada status anda dalam kumpulan (pemimpin atau pengikut). Bengkokkan siku anda 90 darjah, kemudian menunjukkan genggaman tangan anda ke atas untuk melengkapkan isyarat.
Stop
Apabila pemimpin kumpulan (marshall) membuat isyarat "berhenti", ia harus dibuat sama oleh penunggang di belakang hinggalah kepada penunggang terakhir di dalam kumpulan. Membuat isyarat dengan membengkokkan lengan anda 90 darjah, telapak tangan kekal dibuka, dan semua jari ditunding ke bawah.
Speed Up
Antara isyarat berguna, terutama jika ada penunggang baru di belakang dan anda tak mahu mereka ditinggalkan. Gunakan isyarat ini untuk memberitahu ahli kumpulan sepaya meningkatkan kelajuan sepadan dengan kelajuan anda. Depakan lengan anda dan ayunkan tangan anda ke atas untuk memberi isyarat.
Slow Down
Sangat berguna jika terdapat halangan secara tiba-tiba di hadapan dan anda tidak mahu ahli kumpulan lakukan brek mengejut yang berbahaya. Seperti isyarat berhenti tadi, seeloknya isyarat ini turut diikuti sehingga ke ahli paling belakang. Depakan lengan anda dan ayunkan tapak tangan ke bawah untuk memberitahu semua orang dalam kumpulan itu untuk perlahankan motorsikal masing-masing.
Follow Me
Biasa digunakan untuk pecahkan konvoi kepada kumpulan kecil, terutama jika konvoi disertai motorsikal berbeza jenis (biasanya kapchai dengan motor besar yang lain sebab kapchai kena banyak berhenti isi minyak) . Membuat isyarat dengan meluaskan lengan anda ke hadapan dengan tapak tangan menghadap ke hadapan.
You Lead/Come
Digunakan jika anda ingin melantik peserta lain sebagai leader semasa perjalanan. Mula dengan menunggang seiringan dengan peserta yang anda ingin ikuti. Tunjukkan jari ke arah motorsikal mereka dan hayunkan tangan anda ke hadapan. Ulangi gerakan ini sehingga penunggang itu faham apa yang anda maksudkan.
Road Hazard
Isyarat ini berbeza bergantung kepada sama ada bahaya adalah ke sebelah kanan atau ke sebelah kiri. Jika bahaya adalah di sebelah kiri, tunjukkan dengan tangan kiri anda. Tunjukkan dengan kaki kanan jika bahaya adalah di sebelah kanan. Antara contoh bahaya ialah tompokan minyak atau lubang kawah meteorit di atas jalan.
Isyarat ini berbeza bergantung kepada sama ada bahaya adalah ke sebelah kanan atau ke sebelah kiri. Jika bahaya adalah di sebelah kiri, tunjukkan dengan tangan kiri anda. Tunjukkan dengan kaki kanan jika bahaya adalah di sebelah kanan. Antara contoh bahaya ialah tompokan minyak atau lubang kawah meteorit di atas jalan.
Single File
Digunakan jika marshall mahukan peserta menunggang dalam satu barisan. Depakan tangan ke hadapan sambil jari menunjuk jumlah barisan yang dikehendaki.
Digunakan jika marshall mahukan peserta menunggang dalam satu barisan. Depakan tangan ke hadapan sambil jari menunjuk jumlah barisan yang dikehendaki.
Double File
Sama dengan Single File tadi, cuma peserta dikehendaki menunggang beriringan dalam dua barisan. 2 jari ditunjuk ke hadapan. (jangan ingat marshall angkat peace sebab nak bergambar pula)
Sama dengan Single File tadi, cuma peserta dikehendaki menunggang beriringan dalam dua barisan. 2 jari ditunjuk ke hadapan. (jangan ingat marshall angkat peace sebab nak bergambar pula)
Comfort Stop
Gunakan isyarat ini jika anda mahu berhenti seketika bagi melepaskan hajat besar atau kecil, andai kata RnR atau hentian rehat masih jauh. Luaskan lengan anda ke sebelah kiri dan goncang genggaman tangan anda seperti anda sedang menggocang tin spray cat.
Refreshment Stop
Ingin berhenti minum atau rehat yang ringkas? Buat genggaman 'thumbs up' dan tunjukkan ibu jari anda ke mulut atau hadapan topi keledar.
Turn Signal On
Gunakan isyarat ini jika ada rakan peserta/penunggang yang terlupa untuk off kan signal mereka. Depakan tangan sambil membuat gerakan genggam dan lepas jari anda.
Pull Off
Isyarat ini digunakan jika anda ingin peserta konvoi berhenti selain daripada berhenti rehat atau buang air. Hayunkan tangan di atas paras bahu sambil jari telunjuk ditunjuk keluar.
Cops Ahead
Sentuh bahagian atas helmet anda dengan permukaan tangan (seperti mengangkat tabik hormat) untuk memberitahu tentang kehadiran/aktiviti polis di hadapan ke peserta lain di belakang.
Fuel
Jangan segan silu untuk beritahu peserta atau marshall jika anda perlu mengisi minyak semula. Tunjukkan jari anda ke arah tangki minyak.
(untuk yang naik kapchai, mungkin perlu ditunjuk ke arah bawah pelana)
Walaupun kebanyakan isyarat-isyarat ini mudah difahami, mungkin ia agak mengelirukan terutama kepada penunggang atau peserta konvoi yang baru. Seeloknya jika melibatkan peserta konvoi yang ramai atau semasa track day, luangkan sedikit masa (terutamanya kepada pemimpin kumpulan/marshall) sebelum mulakan perjalanan untuk terangkan isyarat-isyarat penting kepada peserta-peserta konvoi yang lain. Apa-apa pun, amalkan tunggangan yang berhemah dan fikirkan juga keselamatan peserta konvoi atau pengguna jalan raya yang lain.
BACA: 7 MOTORSIKAL SPORT/NAKED 150CC TERBAIK YANG TAK AKAN DIJUAL DI MALAYSIA
BACA: CARA BAWA MOTOR KLAC / CLUTCH TANGAN
BACA: CARA BAWA MOTOR KLAC / CLUTCH TANGAN
Comments
Post a Comment