SMAA | Anti aliasing yang lebih baik dengan hampir 0% kos performance PC

Untuk yang belum maklum, SMAA ini merupakan sejenis anti aliasing post-process seperti FXAA tapi hasilkan kualiti edge smoothing setara FXAA tanpa kaburkan seluruh skrin atau texture.


Disebabkan tak semua game dan graphics driver support SMAA maka di sini akan dikongsi sedikit mengenai cara mengaplikasi teknik AA ini menggunakan SMAA Injector yang telah lama wujud dari tahun 2012 tapi tidak diketahui semua.


Sample perbandingan, klik untuk fullscreen.









mrhaandi's injectSMAA 

Seperti namanya, injectSMAA ni merupakan SMAA injector, yang mana injector di sini bermaksud sesebuah software yang menambah proses tambahan (post processing) pada game tanpa melibatkan perubahan pada kandungan PC game atau pengaktifan pada driver graphics.
Disebabkan SMAA ni cuma overlay (anggap macam screen protector yang ditampal atas skrin), tak perlu nak turn off in-game anti-aliasing setting dahulu - boleh inject dulu, turn off kemudian. Nak pair dengan anti-aliasing sedia ada pun boleh juga tapi tujuan kita nak tambah baik visual tanpa kos performance maka elok la turn off anti-aliasing yang lama tu.

Cara install;

1. Download file injectSMAA v1.2 di sini
2. Extract ke mana-mana folder di PC. ('Extract here' paling senang)
3. Pergi ke file d3d9 untuk game DirectX9 atau d3d10 untuk DirectX10 & 11 (pilih salah satu je).
4. Pilih semua file, copy dan paste ke folder yang sama dengan folder executable game tu. Contoh; C: \Program Files\Kuda\Bin32\; dalam folder tu ada fail Kuda.exe jadi paste ke folder tu atau pun right click pada icon game di desktop, pada submenu pilih Properties > Open file location.
5. Untuk Steam game, biasanya folder game seperti contoh di sini C: \Program Files \Steam \steamapss \common \Kuda \. Open file injector.ini guna notepad dan set 'weird_steam_hack = 1'. Ini untuk mengelakkan masalah dengan Steam overlay.
6. Dah boleh main!

Cara uninstall:
Delete semua file yang di-copy paste tu. Siap!. 

Tips 'n Trick

1. Selain untuk set Steam overlay, fail injector.ini juga merangkumi setting untuk level SMAA yang ingin di-apply.

Open injector.ini dan edit pada line ke-4 bawah tajuk [smaa]. Hanya gantikan _HIGH kepada nilai seperti yang dah dinyatakan pada baris ke-2.

[smaa]
;smaa preset one of {SMAA_PRESET_LOW, SMAA_PRESET_MEDIUM, SMAA_PRESET_HIGH, SMAA_PRESET_ULTRA}

preset = SMAA_PRESET_HIGH

2. Untuk lihat perbezaan sebelum dan selepas SMAA, tekan butang PAUSE pada keyboard semasa dalam game. Disebabkan SMAA tiada masalah dengan overlay MSI Afterburner bolehlah korang bandingkan sama ada SMAA ada impak pada performance PC atau tidak.

Contoh perbandingan tambahan  - *gambar pinjam dari dsogaming.com*


Project Cars

Street Fighter IV
p/s : Tak semua game support SMAA ni dan juga mungkin akan di-detect sebagai cheat sebab ia melibatkan modifikasi pada game. 



*Sedikit penjelasan yang newbies atau kurang arif mengenai anti-aliasing. 

Anti-aliasing atau AA ini merupakan satu proses untuk licinkan garisan pada game 3D. 



Seperi dalam gambar ni atas, tanpa anti-aliasing (atau dengan aliasing) di sebelah kiri, Bahagian condong pada huruf A dan melengkung pada bahagian C kelihat menggerutu (jaggies) kerana grafik komputer dijana daripada sejumlah pixel segiempat yang disusun mengikut bentuk yang diinginkan (seperti Lego). Dengan anti-aliasing, pada setiap pixel antara bucu (edge) pixel-pixel jaggies tu di-isi dengan hasil blending antara pixel-pixel menyebelah. (anggap kita patahkan blok Lego tadi untuk hasilkan blok Lego yang kecil dan isi antara ruang tu).

Disebabkan proses anti-aliasing ni melibatkan kuasa pemprosesan grafik tambahan dan memori grafik yang lebih tinggi dan terdapat pula beberapa teknik anti-aliasing yang berbeza cara implementasi yang mana terdapat pro dan kontra untuk setiap satu maka adalah perlu untuk PC gamer yang inginkan kualiti visual lebih tinggi memilih teknik anti-aliasing yang sesuai dengan kemampuan PC mereka.

FXAA dan MSAA (x2, x4, x8) antara jenis anti-aliasing yang biasa dijumpai dalam setting grafik pada game, yang mana biasanya hanya FXAA paling sesuai untuk PC yang berkemampuan rendah (low end) tetapi mengakibatkan seluruh skrin kelihatan lebih kabur manakala serendah-rendah MSAA x2 mengakibatkan frame drop dengan edge-smoothing lebih rendah dari FXAA. 

Dengan SMAA, hasilnya ialah edge-smoothing yang setaraf FXAA tapi tanpa kekaburan dan mengakibatkan frame drop seperti teknik AA yang lain. Disebakan tidak semua PC game terdapat setting untuk SMAA lebih-lebih lagi pada PC game sebelum tahun 2013 seperti GTA IV dan Skyrim yang masih popular sampai sekarang maka penggunaan injector adalah diperlukan. 

Comments

Trending