Panduan Newbies Memilih Settings Graphics PC Game
Atas permintaan pembaca entry sebelum ini, penulis akan mulakan siri Panduan Newbies yang dikhaskan untuk pembaca-pembaca di Malaysia yang mula berjinak dalam PC Gaming. Sesuai dengan tahap kepantasan intenet di negara kita, siri ini akan dibahagi kepada beberapa bahagian untuk meringan beban page loading.
Untuk artikel kali ini, disebabkan topik Graphics Settings telah sedia ada dalam bahasa Inggeris dari pelbagai blog di luar sana, penulis memilih untuk mengolah artikel dari lifehacker.com ini yang didapati agak menyeluruh dan menepati cita rasa- ZY
PENGENALAN
Graphics Settings atau setting grafik mengikut slang Malaysian merujuk kepada pengubahan pada aturan grafik PC game untuk buatkan ia kelihatan lebih cantik, lebih realistik atau berjalan lancar. Graphics settings seperti yang diketahui umum untuk menentukan bagaimana PC melakar imej pada skrin pada masa-masa tertentu. Ia boleh buatkan texture kelihatan lebih jelas, jagged edges (garisan menggerutu) lebih licin dan membuatkan kita melihat objek pada jarak yang lebih jauh. Walaubagaimanapun semua ni ada kos-nya: performance / keupayaan pemprosesan PC. Untuk mereka yang menggunakan PC berkeupayaan rendah (low end PC) mungkin setting-setting ini perlu direndahkan supaya game lebih lancar manakala jika mempunya PC berkeupayaan lebih tinggi (high end PC) mungkin merasakan setting-setting ini boleh dinaikkan untuk tambah baik kualiti grafik sehabis mungkin.
Sesetengah games akan optimize (memilih setting secara anggaran) berdasarkan spesifikasi PC kita dan tools seperti GeForce Experience dari Nvidia dan Gaming Evolved dari AMD akan scan PC kita untuk mencari PC game dan menyediakan settings yang sepatutnya digunakan. Disebabkan setting-setting ini didapati daripada database spesifikasi PC gamer di luar sana melalui internet dan hanya anggaran dari sistem, kadang kala setting yang diberikan tidak menepati cita rasa. Bagaimanapun dengan pengetahuan mengenai setting-setting ini kita mampu menghalusi mana-mana settings yang penting bagi kita dan dapatkan performance yang lebih tinggi dengan merendahkan perkara yang tidak penting.
Untuk siri ini penulis akan menerangkan tentang settings yang biasa didapati, penjelasan tentangnya dan bagaimana untuk mencari keseimbangan antara visual dan performance. Teruskan membaca.
Direktori :
Bahagian 1. Cara - cara Tweaks Settings
Bahagian 2.1 Graphics Settings Yang Biasa Dijumpai - Resolution dan Anti-Aliasing
Bahagian 2.2 Graphics Settings Yang Biasa Dijumpai - Texture, Anisotropic dan Shadow
Bahagian 2.3 Graphics Settings Yang Biasa Dijumpai - View Distance, FOV dan VSync
Bahagian 2.1 Graphics Settings Yang Biasa Dijumpai - Resolution dan Anti-Aliasing
Bahagian 2.2 Graphics Settings Yang Biasa Dijumpai - Texture, Anisotropic dan Shadow
Bahagian 2.3 Graphics Settings Yang Biasa Dijumpai - View Distance, FOV dan VSync
Bahagian 1. BAGAIMANA CARANYA TWEAK SETTINGS
Sebelum melangkah ke settings, pembaca patut membiasakan diri dengan proses yang akan kita sertai. Di sini kita akan mulakan dengan di mana hendak dicari setting-setting ini dan cara mengukur performance game.
Game yang berbeza memberikan tahap pengubahsuai (levels of customizability) yang berbeza. Ada yang menyediakan pelbagai setting yang boleh digubah manakala sebahagian hanya menyediakan satu atau dua setting sahaja. Apa-apa pun, jika settings ini tidak dijumpai dalam game kita masih boleh mengubah suai mereka. Berikut merupakan di mana kita boleh jumpa settings ni.
- Game Options : Jelas sekali tempat pertama yang perlu kita lihat ialah pada game tu sendiri. Kebanyakan game menyediakan setting ini di dalam game (in-game) pada bahagian Options manakala sebahagian seperti Batman Arkham City dan Witcher 2 hanya menyediakan graphics settings ini di game launcher. Jika graphics setting ini tidak terdapat in-game dan game launch terus dari shortcut tanpa launcher dahulu, cuba periksa dalam folder game sama ada terdapat file Launcher.exe (biasa jadi pada mereka yang bermain pirated games) dan open launcher tersebut untuk mengubah settings.
- Video Card's Control Panel : Jika tidak terdapat settings yang dikehendaki dalam game, control panel video card (datang daripada driver, tak perlu installation tambahan) juga boleh digunakan untuk tweak settings seperti texture filtering, anti aliasing dan vertical sync antara yang biasa digunakan. Open control panel (NVIDIA Control Panel untuk graphics card NVIDIA, AMD Catalyst Control untuk AMD/ATI), pergi ke application-specific 3D settings / program settings dan import file EXE untuk game yang dikehendaki. Dengan cara ini, setiap setting tambahan yang dinaikkan pada driver hanya activate pada game tersebut berbanding dengan menggunakan global settings yang penulis amat tidak galakkan.
- Third-Party Graphics Tuner : Untuk yang tidak puas dengan dua pilihan di atas boleh mencuba untuk gunakan third party tweaker seperti nHancer untuk NVIDIA atau RadeonPRO untuk AMD/ATI. Seperti control panel pada driver graphics card kita, kedua-dua aplikasi ini turut membenarkan settings untuk game tertentu tetapi pada aturan yang lebih halus. Dari pengalaman penulis sebelum ini, hanya gunakan cara ini untuk rendahkan settings lebih dari sepatutnya - almaklum laptop low end sangat -_-"
Bagaimana Mengukur Performance Game
Penulis mencadang untuk pembaca mula tweak setting-setting ini satu pada setiap masa. Mulakan dengan kesemuanya pada taraf rendah (low) dan naikkan sedikit demi sedikit. Kemudiaan mulakan game dengan mencuba bahagian yang paling memberi impak pada performance game. Contohnya jika bermain game menembak (first person shooter seperti Call of Duty, Battlefield), jalankan permainan di bahagian luar bangunan (outdoor) dengan musuh yang ramai. Sama juga jika bermain permainan adventure/open world (seperti Grand Theft Auto V, Witcher 2) jalankan di luar bangunan dengan karakter dan bangunan lain kelihatan. Situasi-situasi seperti inilah di mana keupayaan grafik PC akan diuji. Setiap kali kita menaikkan settings satu persatu, visual akan semakin cantik tetapi performance akan semakin menurun. Apabila ia menurun kita boleh rumuskan dengan tepat settings yang mana satu yang akan memberi impak yang tinggi dan boleh mulakan dalam mencari seimbangan antara visual yang cantik dan performance yang memuaskan.
Apabila bercakap mengenai performance, ia bermaksud berapa banyak PC kita mampu paparkan frames imej setiap saat (frames per second, FPS). FPS boleh diukur menggunakan tool seperti FRAPS atau video card overclocker kegemaran penulis, MSI Afterburner. Untuk kegunaan kali pertama penulis mencadangkan FRAPS kerana ia lebih ringkas untuk dijalankan bagi newbies berbanding Afterburner (maklumat lanjut mengenai Afterburner di sini). Hanya download dari link ini dan instal, semak shortcut key untuk pengaktifannya dan boleh mula run game. FRAPS akan memaparkan digit berwarna kuning pada bahagian bucu skrin.
Contoh paparan FPS dalam game menggunakan FRAPS - sudut atas,kiri |
Apa frame rate yang sesuai adalah mengikut kepada individu tetapi kebiasaannya mana-mana gamer bersetuju 25-30 FPS dikira masih boleh dimainkan (playable) dan bawahnya akan sangkut-sangkut atau lembab (choppy). Optimal pada 60 FPS dan lebih daripada itu tidak mendatangkan hasil yang ketara, terutamanya bagi yang memiliki 60Hz monitor yang mana FPS lebih dari nilai itu akan mendatangkan masalah screen tearing dan stuttering (akan dibincangkan di entry berikutnya) apabila FPS turun secara mendadak semasa banyak proses berlaku di atas skrin.
Good review!
ReplyDeleteThanks! :D
Delete����
ReplyDelete