Motorsikal kapchai / moped peneraju jalanan Malaysia 2016

Tahun baru, motor baru. Dengan gaya yang lebih sporty daripada model terdahulu dan prestasi tinggi di samping hemat bahan bakar, mari lihat apakah motorsikal-motorsikal kapchai / moped yang bakal merajai jalanan di Malaysia untuk tahun 2016 ini.



Honda Wave Dash PGM-Fi
Boon Siew Honda meraikan awal tahun 2016 dengan Honda Wave Dash PGM-Fi. Jelas daripada namanya, Wave Dash yang telah dinaik taraf ini kini menggunakan sistem suntikan bahan api, menggantikan sistem karburator model-model terdahulu.
kredit kepada paultan.org
Antara yang menarik perhatian adalah, bahagian hadapan motorsikal yang diberikan rupa seiras pandangan hadapan sportbike Honda CBR versi 2016 menampilkan 2 lampu signal yang tirus dan tampak garang. Dari sudut belakang, kelihatan panel meter yang menampilkan rupa baharu serta signal belakang yang menampilkan gaya terpisah.
Tersedia dalam 3 varian dengan harga bermula dari RM5,229 hingga ke RM5,699. Semak laman web rasmi Boon Siew Honda untuk maklumat lebih lanjut.






kredit kepada bikesrepublic.com


Modenas CT115S
Siapa sangka motorsikal yang tampak bergaya ini merupakan versi naik taraf kepada Modenas CT110. Modenas CT115S menampilkan gaya yang boleh dikatakan sebagai motorsikal tercantik pernah dihasilkan oleh pengusaha motorsikal tempatan ini yang berpusat di Gurun, Kedah.
Menampilkan mud guard hadapan yang terpisah dari badan, sport rim 10 jejari ala gaya superbike, penyerap hentak belakang jenis monoshock serta gaya keseluruhan dengan garis tajam menjadikan CT115S dengan harga OTR sekitar RM5,000 menjadikan motorsikal ini sebagai alternatif budget kepada motorsikal jenama Y.
Dapatkan maklumat lebih lanjut daripada review oleh bikesrepublic di sini (laman dalam bahasa Inggeris).





Yamaha Y15ZR
Meneruskan legasi Yamaha LC135 5-speed, Y15ZR memberikan pengalaman moped sporty maksima.
Ditawarkan dengan hanya varian klac manual, pasti sedikit mengecewakan sesetengah peminat LC135 yang berhasrat untuk menaik taraf motorsikal harian mereka kepada model ini tetapi dengan pelbagai penaik tarafan kepada model ini membuatkan pengalaman menyesuaikan diri dengan klac manual begitu berbaloi.
Dengan enjin bersesaran 150cc yang diadaptasi dari model FZ150i, Y15ZR turut menaik taraf sistem pengapian dengan menggunakan sistem pancitan bahan api. Dari bahagian hadapan tidak banyak perbezaan dengan model terdahulu tetapi bila pergi ke bahagian sisi dan belakang, penggemar motorsikal kapchai / moped negara ini pasti teruja dengan penambah baikan yang telah dibawa oleh Yamaha.

Menggunakan gaya fender belakang iras sportbike Yamaha R25, pasti ramai yang tidak menyangka motor di hadapan mereka merupakan moped dari keluarga Yamaha LC jika tidak kerana tinggi ekornya yang masih mengekalkan ketinggian standar untuk moped. Dengan harga atas jalan sekitar RM8,000 ke RM9,000, bukan penghalang bagi mereka yang inginkan pengalaman moped 4 lejang berprestasi tinggi dan paling bergaya dalam kelasnya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai King of Moped ini, boleh dapatkan review daripada pihak i-Moto di sini.


dan akhir sekali..........

Suzuki Belang 150 Fi??
Berita baik bagi peminat Suzuki, Suzuki Belang yang jugak dikenali sebagai Suzuki Satria FU di negara asalnya Indonesia telah diberikan penaik tarafan yang agak hebat. Selain sistem suntikan bahan api menggantikan karburetor dan penyejuk cecair menggantikan penyejuk minyak, Satria FU ini mampu menjana kuasa enjin setinggi 18HP! Paling tinggi di dalam kelas motorsikal 4 lejang bersesaran 150cc - sebagai perbandingan, Y15ZR hanya menjanakan 15.4HP!
Berita buruknya, masih tiada ura-ura pihak pengedar motorsikal Suzuki di Malaysia, Suzuki Assemblers untuk membawakan model ini ke tanah air kita. Walaupun gaya Suzuki ini kurang menepati cita rasa rakyat Malaysia, tetapi dengan teknologi dan prestasi Satria FU / Belang ini pasti membuatkan ia menjadi pencabar utama kepada Y15ZR. Sayang sekali jika pihak Suzuki Assemblers tidak membawa model ini menggantikan model Belang 150R sedia ada yang sejak sekian lama tidak dinaik taraf.
Bagi mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai motorsikal ini, pihak motorsatria.com dari negera seberang telah menyediakan review yang cukup komprehensif di sini.


Sekian sahaja, diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat terutamanya kepada pembaca yang ingin memasuki alam dua roda dengan moped yang tangkas dan bergaya.

*Ingin menaik taraf kepada motorsikal yang lebih berkuasa sebagai kegunaan harian? Layari artikel ini.

Comments

  1. Betul ke 125zr nak keluar baru tahun ni warna kuning hitam

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ok, info ni dah dipastikan. Yamaha memang lancarkan 125ZR kuning untuk tahun ni.
    http://arena-motor.blogspot.my/2016/04/warna-baru-dan-model-terakhir-yamaha.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Trending