5 TIPS TUNGGANGAN DALAM BANDAR YANG PERLU ANDA TAHU



Terpaksa menunggang motorsikal berulang-alik ke pejabat setiap hari?

Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, beralih daripada kereta kepada motorsikal merupakan antara langkah yang popular. Tetapi dalam masa yang sama, bakal meningkatkan risiko terdedah kepada kemalangan terutamanya jika tidak mempunyai pengalaman menunggang dalam situasi bandar yang sibuk dan sesak.

Berikut merupakan himpunan tips tunggangan yang diharapnya dapat memberi manfaat kepada penunggang-penunggang yang menempuh perjalanan di bandar setiap hari.


1. Gunakan gear rendah semasa jalan sesak


Mencelah melalui kenderaan besar seperti kereta atau lori memerlukan motorsikal anda mempunyai pikap yang kuat. Dengan mengekalkan pada gear rendah memastikan anda setiasa bersedia untuk bertindak mengubah haluan atau mengelak kenderaan lain. Gear apa yang sesuai, bergantung kepada kuasa motorsikal anda. Biasanya untuk kapcai sesuai dibawa gear 3 manakala bagi motorsikal berkuasa tinggi 1 atau 2 gear sebelum gear akhir.

Bagaimana jika motorsikal tidak menggunakan gear seperti skuter?
Pastikan anda mengawal pendikit dengan cara tidak menyentap semasa menurun dan menambah kelajuan.


2. Elakkan berada dalam blind spot pemandu/penunggang lain


Jika menunggang di belakang kenderaan lain, pastikan pemandunya boleh mengesan kehadiran anda. Antara caranya ialah dengan menunggang sehingga anda boleh lihat muka pemandu itu melalui cermin sisi kenderaan mereka.

Jika anda perlu mencelah dan menukar lorong, pastikan anda melakukannya di hadapan kenderaan besar yang rendah seperti kereta. Elakkan daripada menukar lorong sekiranya anda betul-betul di hadapan lori atau kenderaan tinggi dikhuatiri bertembung penunggang motorsikal lain yang sedang melalui lorong tersebut.


3. Elakkan menunggang terlalu rapat dengan bahu jalan


Walaupun digalakkan untuk menunggang di lorong kiri atau lorong kecemasan sekiranya anda menunggang perlahan, anda juga terdedah kepada bahaya lain seperti serpihan kaca, paku, batu besar atau serpihan tayar lori yang pecah.

Sekiranya tidak dapat mengelak atau terpaksa melanggar objek tersebut akibat kekurangan ruang mengelak, anda berisiko kehilangan kawalan yang seterusnya boleh mengakibatkan kematian.

p/s: Terlanggar serpihan tayar celup daripada lori merupakan antara punca kematian penunggang motorsikal. Jika terjumpa, sila buat laporan kepada pihak berwajib atau jika boleh, anda alihkan dahulu serpihan tersebut sementara menunggu mereka.


4. Latih 6th Sense / Sentiasa 'baca' keadaan


Jangan hanya menumpu kepada arah yang dituju sahaja. Sentiasa perhatikan beberapa perkara yang bakal menjadi halangan.

Contohnya semasa menunggang dalam situasi trafik sesak dan perlahan, berjaga-jaga sekiranya terdapat ruang kosong dihadapan. Ini kerana peluang ini akan diambil oleh pemandu kenderaan lain untuk menukar lorong; dan paling teruk dan berkemungkinan sekali mereka melakukannya saat anda betul-betul rapat dan tanpa menyalakan turn signal.

Begitu juga jika anda menyedari kehadiran pemandu yang memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya. Jauhkan jarak anda, dikhuatiri tindakan liar mereka bakal mengakibat kemalangan dengan pemandu lain dan anda pula tidak sempat mengelak.



5. Elakkan daripada menggunakan gajet semasa menunggang


Perjalanan dalam bandar walupun mengambil jarak dan masa yang singkat, tetap mendedahkan anda kepada bahaya sekiranya tidak memberikan tumpuan sepenuhnya.

Oleh itu anda perlu sentiasa fokus dan penting untuk mengelak daripada sebarang gangguan yang boleh mengalih tumpuan anda, terutamanya menggunakan gadget atau smartphone semasa motorsikal sedang bergerak. Tidak dinafikan anda mungkin perlu gunakan smartphone untuk navigasi Waze, tapi jangan pula sambil menunggang dengan sebelah tangan.



Jika perlu gunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps semasa dalam perjalanan, anda boleh dapatkan pemegang khas yang membenarkan anda untuk mengguna smartphone dengan lebih selamat dan juga terhindar daripada bahaya lain seperti debu atau hujan.

Comments

  1. Assalamualaikum
    Kadang-kadang jarak antara motor pun perlu diambil kira untuk elakkan brek kecemasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.
      Bukan setakat kadang-kadang, memang kena sentiasa jaga jarak dengan motor depan tu...haha. Tapi ini sepatutnya sudah diajar semasa ambil lesen dulu, cuma ada lagi yang pandang remeh.

      Delete

Post a Comment

Trending