5 'POCKET TOOLS' PENTING BAGI SETIAP BIKERS


SENTIASA BERSEDIA

Sebagai bikers, tidak sah keluar rumah kalau tidak bawa jaket dan waist bag bersama. Tapi selain smartphone dan beg duit, apa lagi yang patut anda bawa?



1. Kunci spare
Simpan kunci anda dalam poket yang ber-zip. Mungkin anda rasa tiada siapa ingin curi kunci motorsikal anda tapi jangan tak percaya, ramai penunggang sudah terkandas disebabkan kunci mereka terjatuh dalam longkang atau lubang tandas.

2. Air-pressure gauge
Ramai yang malas untuk periksa tekanan angin tayar mereka sebelum mulakan perjalanan dengan pelbagai alasan; salah satunya malas nak buka toolbox. Tak perlu beli tolok yang besar dan canggih, yang ringkas dan kecil sebesar pen sudah memadai dan lebih mudah disimpan dalam poket.

3. Flashlight mini
Walaupun kecil, flashlight mini masih praktikal berbanding menggunakan smartphone anda yang yang besar sebagai lampu suluh. Bukan sahaja berisiko terjatuh, smartphone yang besar juga memerlukan anda memegangnya dengan tangan - berbanding flashlight kecil yang boleh digigit sahaja.

4. Powerbank
Smartphone anda merupakan tools sangat penting zaman ini; sebagai penunjuk arah dan talian hayat saat kecemasan tapi tiada gunanya jika ia kehabisan bateri di saat kritikal. Dengan kehadiran powerbank dan juga kabel USB dalam reka bentuk nipis serta murah harganya, sangat mudah untuk anda dapatkan powerbank yang boleh muat dalam mana-mana poket pouch bag sekarang.

5. Multi Tools (Swiss Army Knife)
Bagi mereka yang mahu sentiasa bersedia di saat kecemasan, tidak sah jika tiada multi tools dalam poket atau pouch bag mereka. Kebanyakan multi-tools dilengkapi pisau, pemutar skru dan playar kecil sekurang-kurangnya, berguna untuk memotong kabel atau ketatkan nat dan skru yang longgar jika terjadi sebarang kemalangan atau kerosakan yang tidak terlalu serius. Mungkin anda tidak perlukannya sekarang tetapi jika keadaan memaksa, pastinya berasa lega mendapat tahu ia ada dalam poket anda.

Comments

Trending